Tuesday, May 21, 2013

Orang kuat...

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal orang kuat. Bukanlah orang kuat dengan badan sasa dan berotot dan boleh angkat bebanan yang berat. Tapi sekadar orang kuat majlis he..he.. Untuk perkahwinan kedua-dua orang adikku, memang aku dan en.asben jadi orang kuat. Dah macam emak dan bapa pengantin pulak kami berdua. Dari persiapan awal sampailah ke hujung majlis kami terlibat secara langsung. Kata en.asben, dia ingat dia hanya akan handle majlis perkahwinan anak-anaknya 10 tahun lagi. Tapi bila kahwin dengan aku, kakak sulung dalam keluarga yang ayahnya dah takde, terus en.asben dah awal-awal merasa jadi bapa pengantin he..he.. TQ sayang.

Aku dah rasa macam mana peningnya nak uruskan majlis perkahwinan. Untuk perkahwinan sendiri pun aku tak sepening itu he..he.. Cukup tak makanan? Cukup tak tempat duduk? Cukup tak goodies? Cukup tak segalanya? Soalan-soalan itu memang sentiasa ada dalam kepala selagi majlis belum selesai. Bila dah selesai majlis memang rasa Fuuhhhhhh... lega. ALHAMDULILLAH.. barulah boleh tidur lena. Kalau tidak, tengah malam aje mesti rasa macam tak boleh tidur. Sibuk memikir itu tak siap, ini tak selesai, yang tu tak lengkap he..he..

Untuk majlis sepupuku hujung minggu hadapan, kami berdua akan jadi orang kuat lagi. Sebagai orang kuat majlis, baju kena sedondon. Kalau pengantin cantik menawan, orang kuat majlis pun kena bergaya sakan. He..he.. itu yang paling aku suka. Cumanya tak boleh lebih menyerlah dari pengantin aje. Kiranya, jangan mengada-ngada nak pakai cucuk sanggul atau veil. Pakai tudung Pareedah boleh. Tak payah pening-pening nak cari keris bagai. Pakai songkok dengan sampin dah cukup ha..ha.. Kelmarin baju yang ditempah dah siap. Semalam baju melayu en.asben dah dibeli. Baju anak-anak orang kuat majlis pun dan settle juga. Kelebihan untuk orang kuat majlis, baju raya tahun ni tak payah nak fikir lagi. Sebenarnya... itu aje point utama aku nak cerita ha..ha.. adios.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

17 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kena pikul tanggungjawab tu Hanis. Bukan sebarang org kuat bila kena kendali majlis kahwin. Macam-macam kena lihat dah tahu..

Nini D.. said...

sama la kita kak...taun lepas dah jadi org kanan utk majlis kawen adik ipar..maka,baju raya tahun ni kita recycle yg aritu.pakai sekali ajer.heheheheh

JunAina said...

Jimat kos raya tahun ni 2 in 1. Aina jarang jd org kuat coz ramai mak2 sedara yg boleh jadi org kuat.

ummiross said...

Orang kuat ni kira orang hebat juga hanis, bukan calang2 orang boleh pikul dan laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin sehingga habis majlis, tahniah buat Hanis n en suami sebab muda2 dah mampu lakukannya. Ummi doakan semoga semuanya berjalan lancar.Mesti cun melecun orang kuat dengan tudung Pareeda, hik!

Acik Erna said...

assalam hanis..kena ada bakat jugak nak jadi orang kuat ni..hanis dan suami memang berbakat handle majlis

-Sara- said...

eheheeh..kak hanis ngn asben kan kuat..mst boleh punya..bagos tu kak, dh ada xpereience utk kenduri anak2 nnti..hihikk

Unknown said...

nama pun orang kuat..kan??habis majlis baru rasa tak kuat dah..heheh

Angah said...

ish ish...memang orang kuat betul ni...

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

lepas ni boleh jadi orang kuat saya pulak...

mummY daniSha said...

x pe..biasanye org kuat ni org akan inngat kite sampai bile2 hehe

mamaarifakeemaisy said...

Jd org kuat mmg blh buat tidur tak lena selagi majlis belum selesai.. eina untung anak second bongsu, merasa kalut2 time majlis adik bongsu kawen je, skrg lega semua dh selesai.. ups tunggu majlis adik ipar pulak next ogos nnti, mgkn takla jd org kuat sgt kot..hee..lps tu, tggu majlis anak2 la pulak,,hehe..lmbt lg loor..

Eye_nee said...

Bagus ni sis...husband & wife sama2 jd ORG KUAT...ambil pengalaman...esok2 anak sendiri kawin tak der lah pening kepala tu...dah boleh handle dgn jayanya...Syabassss....

azian said...

amboiiii...sbb nk dpt baju free ye kak???kikikiki
kl kita pun kita suke kak....

Mak Wardah said...

Latihan dengan praktikal sekali ni Hanis...semoga semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah tak lama lagi bolehlah buat services untuk perkahwinan pulakkan...

Nina Mads said...

bertuahnya dpt merasa jd tuan rumah..nanti majlis kawen anak sendiri dh xkekok

Dr K said...

Bagus tu..persediaan awal, latihan awal..
Nanti bila tiba saat anak anak kawin, dah ada pengalaman handle...:)

Alin Marlini said...

Dah lama family alin x buat kenduri.. Sepupu ada yg msh beljr lag

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...