Wednesday, July 10, 2013

Percubaan pertama...

Assalamualaikum...                                        

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah... dapat lagi kita bertemu dengan ramadhan kali ini. Semoga ramadhan kita kali ini akan lebih cemerlang mutunya.... insyaAllah....          

Alhamdulillah... hujung bulan lepas sudah genap 4 tahun aku berhijrah ke tempat baru. Alhamdulillah. dalam tempoh 4 tahun itu banyak ilmu dan pengalaman berharga yang aku perolehi di sini. Ianya sangat berharga untuk aku.                                    

Alhamdulillah... isnin lepas aku telah diberi peluang untuk mengacarakan majlis. Sekadar membuat hebahan di PA sistem memang menjadi tugas hakikiku. Tapi untuk mengacarakan majlis menjadi tugas yang besar untukku.                          

Walaupun majlis itu cuma acara dalaman tapi berdebar jugalah untuk berdiri dan mengacarakan majlis di dalam auditorium yang besar.                                

Alhamdulillah... berkat tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman dari ramai orang aku dapat melakukan tugasan itu.   Alhamdulillah... peluang yang diberi memberikan aku pengalaman yang cukup bernilai. Jika sebelum ini aku rasa cukup tidak berani sekarang ini keyakinan itu sudah sedikit ada dalam diri.. Alhamdulillah.                                                

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

10 comments:

Anonymous said...

Selamat berpuasa kak fea

AisNy said...

Good job... :d

Acik Erna said...

Selamat berpuasa..in syaa allah..tak lama lagi hanis akan biasa dengan semua tu.selamat berjaya

Izwa Kamaruddin said...

wahhh....cik puan MC :)

Unknown said...

4 tahun ke 4 bulan kak Fea..heheh

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah..bukan semua org mampu jd pengacara mjlis :-)

Selamat berpuasa..

JunAina said...

Melangkah setapak ke hadapan.

Salam Ramadhan.

Dr K said...

Moga lebih confident dan komited utk mengacara kan majlis lepas ni kak :)

Selamat menyambut bulan puasa...:)

ummiross said...

Salam ramadhan Hanis, selamat menjalani ibadah puasa buat Hanis sekeluarga.

tahniah, insyaAllah lepas ni tentu lagi confident.

aizamia3 said...

Bila peluang diberikan terasa bangga dan dihargai.. ;)

selamat berpuasa..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...