Thursday, July 11, 2013

Pringles punya cerita..

Assalamualaikum..

Pagi ni nak cerita tentang hari pertama puasa. Semalam selepas Az balik dari sekolah, dia membuka cerita yang dia 'termakan' pringles pagi-pagi tu. Aku dengan en.asben dah saling pandang-pandang. Betul ke dia terlupa ni? Sebab pagi tu dia memang bangun sahur. Takkanlah pagi-pagi lagi dah terlupa. Lepas tu bila tanya banyak ke sikit yang dia makan, dia jawab dia dah makan banyak juga kentang tu sebelum tersedar yang dia sedang berpuasa. Bila dia beria mengatakan yang dia memang benar-benar terlupa, aku pun terimalah cerita dia tu.

Waktu berbuka puasa, Han juga membuka cerita yang dia pun 'termakan' pringles juga pagi tu. Apalagi, memang gelak besarlah kami semua mendengar cerita tu. Manakan tidak, boleh pulak dua beradik tu berjemaah 'termakan'. Kami sangkakan adiknya saja. Rupa-rupanya si kakak pun sama. Han cerita waktu dia sidai kain pagi tu, dia nampak Az makan pringles kat luar sambil bagi kucing makan. Han pun ambillah beberapa keping dan makan sambil sidai kain. (Patutlah banyak kucing suka datang kat rumah aku. Apa yang anak-anak makan, itu juga yang dia orang bagi kucing makan he..he..).

Aduhailah anak. Dahlah terlupa. Siap makan kat luar rumah lagi kan. Bila dah begitu aku jadi yakin yang mereka memang betul-betul terlupa. Kalau ada jiran yang nampak, tentu dia orang ingat, apa hal lah dua beradik ni tak puasa. Hmm.. hari pertama kan. Yang teringat pun boleh terlupa. Yang berpuasa pun boleh termakan. Harap-harap ibadah puasa kami sekeluarga dan kita semua diterima oleh ALLAH.  

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

17 comments:

JunAina said...

Kelakarlah anak2 ni. Betul tu 1st day selalu huru-hara terutama anak2kan.

Angah said...

Selamat berpuasa...

Kakzakie Purvit said...

Maha kaya Allah kalau lupa sangat-sangat dimaafkan. Kakak pun selalu lupa Hanis apa lagi kalau puasa sunat sebab balik kerja terus masuk dapur. Itu yg selalu lupa...

ummiross said...

hehehe..dah lupa nak buat macamana kan, rezeki lah tu, Allah juga yang bagi, Alhamdulillah.
Ummi pun pernah, puasa qada, pergi rumah kawan, dia hidangkan kek, kita pun sama2 lah makan dengan meriahnya lepas tu baru teringat ummi berpuasa, hehehe, terus pergi berkumur. Tu namanya rezeki orang berpuasa, hik!

Unknown said...

hihi..memang betul la tu termakan.

safurara said...

hehehe mmg betul2 terlupa tu kak.pas tu dh biasa keluar bg kucing,tu yg ter keluar jugak kot.hehehe.

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

ha ha....biasa la budak2
anak2 saya masih kecil dulu pun macam tu juga

Dinas Aldi said...

Terlupa beramai2 tu, kihkih! Tu la kan, kalau jiran2 ternampak, apa gamaknya depa fikir. Tapi hari pertama, dah tu budak2 pulak, mesti orang paham :D

Eye_nee said...

Secara berduet terlupa...mkn pringles lagi...heheheh..Yana semalam pun hampir2 sis...katanya balik sekolah ugama letak beg terus ambil mangkuk nak makan cococrunch...sib baik cepat ingat katanya...

mamaarifakeemaisy said...

Hehe..kelakar pulak berrjemaah terlupa bulan puasa ye.. tentunyalah diorang terlupa tu, kalau sengaja, tak adalah diorang bercerita tu..hehe..

Nini D.. said...

nini pon nyaris2 terbabas kak kelmarin..selamba dobot je bukak peti ais amik buah..mujur sedar diri cepat! hahaha

Anonymous said...

salam ramadhan..sekurang2nya anak anak tu jujur bagi tahu diorang terlupa...comel sungguh 2 beradik tu..siap sedekah dekat cat yang tak tahan..hahahahhaha

Unknown said...

heheheh...
hari pertama..biasala..kan??

faraherda.razalan said...

Hehehehe....comel je. Mcm ne ley terlupa mkn pringles tu? Heheheh~

MulutPayau said...

Hihi...terlupa, biasalah budak2 kan...Yg dewasa pun kdang2 terlupa jugak...

Selamat menjalani ibadah puasa utk hanis dan fmly...

RedRose said...

jgn kata budak2 lah, yang tu pun sama boleh terlupa. tengah syok2 masak untuk berbuka boleh laju aje colet sudip nak rasa cukup masin ke tak. aiiissshhh! kalau dah terbiasa kan...hahhaha

aizamia3 said...

hehehe.. terlupa takpe.. tapi jangan buat lagi ye.. ;)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...