Assalamualaikum...
Hari ni pergi ke Pejabat dengan rasa letih lesu. Pagi-pagi tadi adalah pulak hal yang argggghhhh.. nak cerita pun letih. Terus rasa letih lesu sedia ada jadi bertambah-tambah hu..hu.. Minggu lepas aku agak sibuk sepanjang minggu. Dari isnin hingga jumaat Is menduduki peperiksaan PSRA (Penilaian sekolah agama). Han pula nak exam untuk keyboard. Jadinya sepanjang minggu aku memang sibuk beri lebih perhatian pada mereka. Hari isnin juga aku kena jadi pengacara majlis untuk majlis perhimpunan bulanan jabatan. Hari khamis terlibat sebagai urusetia sambutan untuk 60 minit bersama Ustaz Don di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013. Memang pukul 12 tengah malam baru sampai rumah.
Hari jumaat kena jaga booth pameran di KUD. Masa di booth pameran ada kisah menyibuk pulak he..he.. Petang tu ada lintas langsung Berita TV3 di booth kami bersama Pengarah. Aku dah habis sesi bertugas masa tu. Sementara tunggu nak balik aku lepak kat tepi tengok kawan-kawan main congkak. Elok aje tengah lepak-lepak abang cameraman tv3 suruh duduk elok-elok sebab nak masukkan sekali dalam berita. Ha..ha.. apalagi.. dari muka berlengas semua orang terus sapu bedak dan calit lipstik sikit-sikit. Siap masing-masing call mak ayah suruh tengok berita pukul 4 (ni abang cameraman yang cadangkan). Padahal muka keluar kat berita tv cuma seminit aje ha..ha..
Balik dari jaga pameran, lepas maghrib tu terus pergi ke majlis pernikahan sepupu di Setapak. Walaupun 'setapak' tapi bertapak-tapak juga baru nak sampai he..he.. Sampai rumah semula pun pukul 12 tengah malam. Hari sabtu majlis persandingan di dewan pula. Sibuk menolong sikit-sikit aje. Tapi sibuk makan itu dan ini dan bergambar pose begitu dan begini yang lebihnya he..he.. Hari ahad majlis di pihak lelaki. Lepas itu ini, petang baru sampai rumah. Ingat nak landing aje tapi aduhai.. mata tak boleh tahan tengok rumah yang dah berapa hari tak sapu.
Lepas solat asar terus pegang penyapu. Siap menyapu dari atas sampai bawah sampai dapur sampai tempat kucing dan luar pagar baru rasa lega. Dah settle semua baru rasa flat sangat. Badan pun dah mula sakit-sakit penangan seminggu yang sibuk. Tapi walaupun sibuk, letih dan lesu tapi ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar. Paling penting hati rasa gembira bila dapat jalankan tugas dengan baik. Dapat penuhi undangan dan merai orang. Paling best dapat bersama dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!