Thursday, September 12, 2013

Cerita RIAK..

Assalamualaikum..

Petang semalam balik dari sekolah Han bercerita tentang pengajaran mengenai RIAK yang dia perolehi di sekolah. Ianya sangat baik dan menarik sehingga aku terasa ingin kongsikan di sini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan dari pengajaran tersebut, insyaAllah.

Situasinya begini :

Setiap hari kita memang membaca Al-quran di rumah. Suatu hari ada tetamu yang datang ke rumah kita. Kita nak membaca Al-quran tapi kita bimbang andai kita dianggap riak oleh tetamu kita. Disebabkan itu, kita meninggalkan rutin membaca Al-quran itu.

Dalam tak sedar, perbuatan kita meninggalkan bacaan Al-quran itu adalah riak sebenarnya. Ini kerana, kita membaca Al-quran adalah kerana ALLAH. Bila begitu mengapa kita perlu hiraukan pandangan orang lain jika bacaan itu kita buat hanya kerana ALLAH. Itu yang terjadinya riak. Astaghfirullahalazim.. 

MasyaALLAH.. Pengajaran tersebut menjawab banyak persoalah tentang riak yang aku sendiri selalu hadapi. Kita selalu rasa kita buat sesuatu perkara kerana ALLAH. Tapi dalam pada itu, kita masih fikirkan apa pandangan orang. Dalam beria mengelak tidak mahu riak, sebenarnya riak itu sudah terjadi.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

14 comments:

NM03 said...

ye ke kak... mm... tanpa sedar, nak jaga hati tetamu, kita sendiri dah bersalah dengan Tuhan. tengkiu kak, share ilmu yang sangat berguna ni.

Kakcik Seroja said...

Perkongsian yang bagus. :)

safurara said...

hmmm sbb takut riak,tinggal kan baca alquran.tp mmg pon kak,kalo kita baca quran depan org.mst org pulak yg ckp kita mcm nk menunjuk nunjuk kan.

Latifah said...

Terima kasih kak atas perkongsian yang sangat baik ini. :')

Eye_nee said...

Tq utk satu perkongsian yg sgt bagus ni....

Irfa said...

sis..
hampir sama en3 kita tp sy bab makan
betul tu,kdg2 kita takut org kata kita tp kita x takut apa Allah kata
YaAllah..malunya

Irfa said...

tp sis,sy penah baca ttg perkara
raikan tetamu lebih banyak pahalanya
dan kalau tetamu dtg 3 hari,kita wajib raikan tetamu selama 3 hari tersebut.Allah tau niat kita

ummiross said...

betul tu Hanis, kelemahan kita selalu takut orang fikir apa, sedangkan kalau kita ikhlas dengan Allah, pandangan orang sudah tidak menjadi soal.

Acik Erna said...

assalam hanis..terim kasih..

Kakzakie Purvit said...

Tapi itulah hati payah nak dididik. Kalau baca terus bimbang tetamu ingat kita riak pula, hati tetamu kena hormat pulakkan... tak baca dah lain pulak..

Lydia Miza said...

Terima kasih kak atas perkongsian.. Nak ikut kan bkn lama sgt pun kita mengaji tu kan kak

Unknown said...

oo..gitu pun riak ye..saya baru tau..

mamaarifakeemaisy said...

Ya la kan.. tp kita rasa nak elak dr riak, rupanya terjadi riak juga..kena muhasabah diri ni...

apdm said...

salam,

itulah org kata, bila belajar ni, lagi banyak kita tidak tahu dan membawa maksud yang berbeza....

ingat nak jaga hati tetamu, rupanya lain hal yang terjadi.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...