Wednesday, November 27, 2013

Ada pasangan sendiri, abaikan pasangan orang lain..

Assalamualaikum..

Aku mungkin kolot sikit bab pergaulan antara yang berlainan jantina. Tapi pada aku batas dalam pergaulan perlu sentiasa dijaga agar semua pihak rasa selesa. Lebih-lebih lagi pada yang bergelar isteri orang atau suami orang. Bukan tiada kawan lelaki yang rapat setelah bergelar isteri. Tapi aku selalu berjaga-jaga dalam pergaulan. Berlebih-lebihan dalam berkomunikasi secara peribadi memang lebih dulu aku tolak. Dengan kawan lelaki yang kurang rapat lebihlah lagi aku berjaga-jaga. Perbualan yang membawa kepada salah faham memang awal-awal lagi aku elakkan. Jika ada mesej peribadi yang aku rasa seperti tidak kena memang tidak akan aku layan. Biarlah ianya habis sehingga di situ saja. Terasa tidak mahu melanjutkannya kerana berasa tidak wajar untuk melayan mesej seumpama itu dari lelaki lain yang bukannya suami. Biarlah walaupun perkara itu hanya perkara simple di mata orang, namun aku tidak mahu mengambil mudah tentang hal seperti itu.

Jika mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan lelaki yang rapat mahupun tidak, perkara pertama yang aku ambil kira ialah apa pandangan suamiku. Yang kedua apa pandangan pasangan temanku. Disebabkan itu aku jarang mahu berlebihan dalam berkomunikasi secara peribadi dengan lelaki lain lebih-lebih lagi dengan yang sudah bergelar suami orang untuk perkara yang tidak tentu. Lainlah ceritanya jika dalam kumpulan. Terasa tidak senang bila disekelilingku, masih ada yang tidak peka tentang perkara itu. Aku faham, setiap orang punya cara dan pandangan tersendiri. Tapi entah mengapa aku tetap berasa tidak senang. Untuk perkara tertentu, kongsikan saja dengan pasangan kita. Tak perlu dikongsikan dengan pasangan orang lain. Hubungan kita dengan pasangan kita mungkin akan kekal baik. Namun, mana tahu ianya mungkin menganggu hubungan orang lain. Sebelum cara kita menganggu hubungan orang lain, lebih baiklah berjaga-jaga. Sebelum berlaku perkara yang tidak patut berlaku, lebih eloklah kita letakkan diri kita di tempat mereka, pasangan mereka dan lebih penting pasangan kita sendiri. Adakah kita juga tidak kisah jika pasangan kita yang berkomunikasi sebegitu?

Meluah rasa, nak bermanja, berkongsi perkara yang tak perlu atau sekadar suka-suka untuk berkomunikasi sekadar mengisi masa cukuplah hanya dengan pasangan kita saja. Kalau mengantuk pun nak mengadu dan minta tolong pada teman berlainan jantina dan bukannya pasangan kita, pada aku itu dah melampau. Kenapa tidak mengadu kepada pasangan kita saja? Paling tidak pun mengadulah pada teman yang sama jantina saja.  Apa yang diharapkan dari pasangan orang lain dengan pengaduan yang seperti itu? Mahu orang dodoikan? Mahu orang tepukkan? Pleaselah. Kalau kena atas batang hidung sendiri nanti baru tahu apa yang orang lain rasa. Sori, aku agak emosi dengan perkara yang berkaitan hubungan dengan teman yang menjadi pasangan orang lain. Kalau kena pada aku, sejujurnya aku mengaku, aku akan meroyan! Minta dijauhkan hubungan kita dan pasangan dari orang ketiga.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Tuesday, November 26, 2013

Percutian ke Hatyai dan Krabi Part 6.. Elephant Trekking!

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita mengenai Elephant Trekking pula. Mengikut perancanganku, kami mahu ambil pakej Elephant Trekking dan Emerald pool pada hari ketiga kami di Krabi. Sepatutnya, kami booking trip ni  seawal kami sampai ketika booking trip untuk island hopping. Tapi kami terlepas untuk booking dengan lebih awal. Sudahnya ketika kami cuba booking selepas pulang dari island hopping, tiada trip yang masih kosong untuk kumpulan kami. Hu..hu.. sedih. Orang lain nampak tidak kisah. Tapi aku memang frust sebab aku berhajat sangat nak bagi anak-anak merasa pengalaman menaiki gajah. Jadinya gigih juga aku bertanyakan single pakej untuk Elephant Trekking saja. Alhamdulillah ada juga trip yang masih kosong untuk Elephant Trekking dan Elephant show di sebelah pagi berserta dengan pengangkutan. Bertanyakan kepada yang lain, hanya 1 keluarga lagi yang turut berminat. Harga trip tu RM 410  setelah ditawar. Jadinya harga untuk kami sekeluarga ialah RM205 setelah dibahagi dua dengan keluarga kawanku. Pada aku harga tu sudah berpatutan juga. Alhamdulillah.

Pagi-pagi selepas sarapan, sebuah Toyota Komuter sudah menunggu kami di hadapan hotel. Alhamdulillah, kenderaan yang besar ini cukup selesa untuk kami 2 keluarga yang seramai 12 orang. 

Jauh juga perjalanannya. Dalam 40 minit rasanya. Sepanjang perjalanan memang banyak melalui ladang-ladang getah dan kawasan-kawasan hutan. 

Sampai aje kat kawasan tu semua orang dah excited. Tapi keluar aje dari van semua dok komplen bau yang tak best. Al-maklumlah, dah tempat kawasan gajah, tentulah tempat tu berbau gajah dan najis-najisnya he..he..

Banyak betul gajah di situ. Leka juga kami menengok gajah yang lalu lalang di hadapan kami. 

Seronok tengok telatah anak gajah yang comel ni. Anak-anak memang suka. Alhamdulillah.. 

Ini pelantar untuk menaiki gajah. Kalau nak panjat gajah tu memang tidaklah aku he..he.. takut. Gajah-gajah dah mula queue untuk mengambil penumpang.. (penumpang ke bahasa yang betulnya? he..he..)

Tempat duduk tu boleh memuatkan seramai 3 orang. 4 gajah untuk kami yang seramai 12 orang. Setiap gajah memang ada seorang penjaganya yang akan menemani kami sepanjang lebih kurang 1 jam perjalanan.


Aku, Is dan Luqman (anak kawanku) menaiki gajah yang pertama. Tinggi worrrrr.. mula-mula memang rasa gayat juga he..he.. Dah lama sikit baru cool.

Splash.. splash.. bila gajah melalui kawasan tanah yang berlumpur. Memang tengelam kaki gajah tu dalam lumpur. Kami yang duduk di atasnya mulalah rasa tak stabil..

Tapak kaki gajah. Terus becak kawasan tu dibuatnya. Aku ingatkan naik gajah tu cuma melalui jalan biasa. Tapi rupanya masuk hutan, naik bukit, turun bukit. Sangat mencabar rupanya. Satu pengalaman baru yang cukup best. Anak-anak memang seronok. Alhamdulillah.  

Tengok tu laluannya sewaktu menuruni bukit. Memang terjerit-jerit kami dibuatnya bila terasa macam nak terjatuh. Tapi Alhamdulillah.. memang tiada siapa pun yang terjatuh. 

En.asben pun enjoy dengan trip ni. Tak sia-sia aku beria-ia nak masukkan trip ni dalam agenda. 

Laluan turun bukit yang nampak licin. Tapi rileks aje gajah tu seimbangkan badan.

 Dari kawasan hutan nak menurun bukit pula..

Beratur-beratur.. jangan rebut-rebut.. jangan tolak-tolak he..he..  

Gajah hanya mendengar arahan dari penjaganya saja. Macam hu--hu... hiii...hiii.. haa..haa.. saja bunyinya tapi gajah tu dah boleh faham. Clever! 

Pemandangan sepanjang perjalanan naik gajah tu memang sangat best. Kehijauan di sana sini.. Indahnya.. Subhanallah..

Sesekali gajah akan berhenti meragut daun-daun pokok. Memang bergoyang-goyang juga kami dibuatnya he..he.. 

Hijau di sana sini. Waktu ni aku dah jauh ke depan. Bila meragut daun pokok, ada yang gajah berhenti lama. Ada yang berhenti sekejap. 

Selepas itu melalui kawasan paya ni pulak. Ohh..ohh.. gajah nak sejukkan badan pula. 


Masa ni suspen juga. Kut-kutlah gajah tu nak masukkan seluruh badannya dalam air he..he..  habislah lencun kami.

Pegang kuat-kuat he..he..  

 Masih selamat. 

Selamat lagi.  

He..he.. gajah tu memang tak rendam kesemua badan dia. Tapi penjaga tu suruh gajah semburkan air pada kami. Semburan pertama cuma kena sipi-sipi aje.

Semburan kedua.. lencun ha..ha.. Alhamdulillah aku terselamat. Tapi en.asben dah separuh kuyup. Tapi sebab sporting gelak masih kuat lagi ha..ha.. apa ada hal.. sesekali have fun dengan gajah kan. Bukan hari-hari dapat merasa.

Lepas masuk paya kita masuk dalam kebun kelapa sawit pula.  



Masa ni penjaga tu turun untuk ambilkan gambar kami. Sedangkan kami tak minta pun. Tapi apa-apa pun jasamu dikenanglah. Lebih dikenang sebab berkeping-keping gambar yang diambilnya he..he.. thank you.

 Lagi..

 Dan lagi..

Bila penjaga nak naik atas gajah, gajah tu akan turunkan belalinya. So penjaga   akan pijak atas belalai untuk naik badan gajah yang tinggi tu.. 

Dan lagi.. 

Dan lagi.. (he..he.. nampak tak ketandusan idea nak tulis caption).

Selepas dah puas menaiki gajah kami diberikan pilihan untuk memberi gajah makan. Tapi makanannya kenalah beli. RM5 untuk sebakul pisang. Salah satu cara untuk menderma kepada gajah tu juga.  

 Anak-anak seronok nak beri gajah makan. 

 Aku pun nak try.. he..he.. 

 Selepas tu ada persembahan anak gajah..

Kedua-duanya sangat bijak. Seorang bijak melatih. Seekor bijak terlatih. Jadi kagum dengan kebijakan gajah tu. 

 Terer betul anak gajah tu bermain dengan hoola hoop. 

Sambil duduk pun boleh..  

Sambil berdiri dengan 2 kaki pun boleh. Seriusly.. kami memang terhibur. 

Yeahh.. aksi ni pun anak gajah tu mampu.. hebat kan. 

Menari sambil bermain harmonika ya. Bagus betullah. Pujian untuk pengajarnya yang bagi aku sangat ohsem. 

Bagi makan pisang lagi sambil menderma. kalau ikutkan anak-anak berbakul-bakul pisang pun masih tak cukup. Tapi budget mama tak besar nak he..he.. 

Posing time bersama si cute yang pintar! 

Lagi pose dari si pintar yang cute.. Suka gambar ni sebab Is dengan en.asben nampak loving sangat.  Dah boleh jadi geng dah en.asben dengan anak bujangnya. Selalu berkepit dengan anak daranya aje he..he..

Acara bermesra bersama gajah.. Keras betul rupanya kulit gajah tu. Aku ingatkan, lembut-lembut, lembik-lembik. Tapi rupanya keras dan padat. macam pegang batang pokok.. takdelah geli sangat nak pegang.

Fun time.. Keseronokan dan kepuasan aku jelas terpancar dalam gambar ni kan.. ha..ha.. Seronok dan puas dapat bawa anak-anak merasai pengalaman sebegini. Biarlah tak mahal mana pun aktivitinya. Yang penting pengalamannya cukup berharga. 

Sebelum pulang kami disajikan dengan buah nenas yang manis bersama mineral water sebagai penghilang dahaga. Alhamdulillah. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...