Friday, February 28, 2014

ALLAH belum izinkan..

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang mulia untuk semua.

Alhamdulillah.. di Karnival Karangkraf baru-baru ini, masih ada lagi yang sudi membeli novel pertamaku. Ianya membuatkan aku tersenyum-senyum ketika membaca post di FB. Lebih tersenyum bila menerima komen yang menyenangkan dari pembaca. Terasa seronok bila novel yang diterbitkan pada tahun 2011 masih lagi mendapat sambutan dari pembaca di tahun 2014 ini. Terima kasih banyak-banyak kepada pembeli dan pembaca novel sulungku Takdir Fitrah Terindah. Terima kasih juga buat editor dan kakitangan dari Grup Buku Prima Karangkraf. Sokongan dan komen-komen baik yang diberikan sangat aku hargai. Sokongan yang diterima selalu membuatkan aku berasa terharu dan cukup berbesar hati. Bila bercerita tentang novel pertama, pastinya ada yang akan bertanyakan tentang novel kedua. Pada waktu ini, aku masih tiada jawapannya. Yang boleh aku katakan ialah manuskrip kedua sudah selesai aku siapkan. Ianya juga sudah aku hantar ke syarikat penerbitan untuk proses penilaian. Buat setakat ini aku masih lagi menunggu peluang dan giliran. Aku maklum, penulis handalan sedia ada sudah begitu ramai. Ditambah lagi dengan penulis baru yang kebanyakannya cukup berbakat. Adalah tidak mudah untuk bakat kecilku bersaing dengan mereka-mereka yang hebat di luar sana tu. 

Ketika novel pertamaku dapat diterbitkan, ada kenalan yang menyangkakan bahawa dunia penulisan adalah mudah buatku. Sebenarnya ianya tidaklah semudah seperti yang disangka. Aku bermula dari kosong ya. Tiada asas langsung dalam bidang penulisan. Tiada sesiapa yang aku kenali untuk dijadikan rujukan. Tiada kawan-kawan juga yang terlibat dalam bidang ini. Semuanya aku lakukan sendiri bersandarkan minat dan cita-cita. Setahun juga aku perlu menunggu sebelum manuskripku diterima dan dapat diterbitkan. Bila manuskripku diterima dan novelku dapat diterbitkan, aku meneruskan dengan manuskrip kedua pula. Aku ada memuat naik sebahagian dari manuskrip keduaku di laman web Ilham Karangkraf. Tajuknya Benar-benar cintaLangkah pertamaku dalam bidang penulisan memang tidak mudah. Langkah yang kedua ini pula terasa lebih payah. Selepas lebih setahun, masih belum ada berita baik yang aku terima. Itulah cabaranku dalam bidang penulisan novel. Sebagai penulis doaku untuk melihat novelku dapat diterbitkan masih tidak putus. Demi sebuah cita-cita aku masih mahu berharap dan menunggu. Sokongan dari pembaca yang setia menantikan novel keduaku menjadi kekuatan buatku untuk terus menanam impian.

Sekarang ini aku sedang menyiapkan manuskrip yang ketiga. Alhamdulillah.. ianya sudah masuk hampir separuh perjalanan. Nasib manuskrip kedua masih tidak ketahuan. Terkadang, tertanya-tanya juga sendiri. Entahkan ada entahkan tidak rezekiku lagi di dalam bidang penulisan ini. Adakalanya ada juga rasa mahu mengalah. Namun minat yang mendalam dalam bidang ini memaksa aku untuk terus bertahan. Ada juga aku terbaca tentang penulis yang marah-marah kepada editor bila novel mereka masih tidak lagi diterbitkan. Aku maklum, sebagai penulis hasrat untuk melihat sebuah novel itu diterbitkan adalah sangat besar. Tapi menyalahkan pihak penerbit dan editor adalah tidak patut sama sekali. Dengan bilangan penulis dan manuskrip yang bukan sedikit, pastinya tugas editor menjadi lebih rumit. Membuat pilihan untuk memilih manuskrip yang terbaik juga bukan satu urusan yang mudah. Marah-marah kepada pihak editor takkan mampu membuatkan novel kita dapat diterbitkan. Berbudi bahasa itu pastinya lebih molek. Aku selalu memujuk hati dengan memikirkan yang segalanya adalah soal rezeki. Bukan salah editor jika manuskripku masih tidak dapat atau tidak langsung boleh diterbitkan. Mungkin saat ini ALLAH masih belum izinkan

Jika ada rezekiku, maka akan adalah novel keduaku. Jika tidak, aku masih perlu berdoa dan setia mengharap. Menyalahkan orang lain mahupun keadaan rasanya bukan idea yang bijak. Jika ALLAH izinkan, pastinya aku akan terus berada dalam bidang penulisan novel ini. Jika tidak, mungkin hanya novel Takdir Fitrah Terindah saja novelku. Setakat ini aku perlu terus positif. Cuba siapkan manuskrip ketiga dengan baik dan jayanya. Doakan saja agar manuskrip kedua ada rezekinya. Dalam bulan october yang lepas ada editor dari penerbit yang bukan dari penerbit novel pertamaku menghubungiku bertanyakan tentang manuskrip Benar-benar Cinta selepas membacanya di Portal Ilham Karangkraf. Aku memberitahu pada beliau yang aku sudah menghantarkan manuskripku ke pihak penerbit novel pertamaku. Terus setia ya! ujar beliau. InsyaALLAH, balasku. Buat masa ini,  tiada masalah untuk aku terus setia. Tiada masalah untuk aku sabar menunggu. Tiada masalah juga untuk aku terus berharap. Yang penting aku harus terus positif agar mood menulisku tidak terus jatuh merudum. Agar rasa ingin mengalah tidak datang dekat kepadaku. InsyaALLAH semuanya akan baik-baik saja  jika aku sentiasa akur yang soal rezeki itu ketentuan dari ALLAH. 

Buat teman-teman pembaca yang selalu mengambil berat bertanyakan tentang kemunculan novel keduaku, jawapan yang boleh aku berikan ialah setakat ini ALLAH masih belum izinkan. Doa-doakan sama ya agar ada rezeki untuk kemunculan novel keduaku! Terima kasih teman-teman. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. Happy weekend to all!

15 comments:

ummiross said...

Ummi doakan yang terbaik..insyAllah ada rezeki tu, yang lambat itu manis :). Selamat menulis lagi ye..

mama maman aka yana said...

kak.. teruskan usaha.. insyaallah ada rezeki buat org yg sabar.. :)

Izwa Kamaruddin said...

Tak sabar juga menanti buku terbaru akak :) insya Allah izwa juga akan terus setia dgn akak!

JunAina said...

Insyaallah Fea...sampai masanya termakbullah doa2 Fea nanti.

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah hantar ke pihak pertama yg tak terbitkan boleh tak hantar ke pihak lain Hanis? Kalau boleh senang sikit ye:)

Kakak doakan sebaik yg kedua diterbitkan yg ketiga pula dah ready tuk dihantar pulak..

Hanis Azla said...

Ummiross : InsyaAllah.. terima kasih ummi.. :)

mama maman aka yana : Mudah2an begitulah hendaknya.. terima kasih yana.. :)



Hanis Azla said...

mrs. eady : akak pun begitu izwa.. terima kasih atas sokongan ya.. akak hargainya sangat2.. :)

Jun aina : Amin.. mudah2an.. terima kasih aina.. :)

Hanis Azla said...

Kak Zakie : Mudah2an begitulah kak.. terima kasih ya.. :)

Untuk soalan akak tu, kalau pihak penerbitan pertama sudah menolak manuskrip tersebut barulah boleh dihantarkan manuskrip tersebut ke penerbitan lain.. Ianya bagi mengelakkan dari pertindihan terbitan.. Tapi sesudah itu susah sikitlah untuk mendapat peluang lagi di penerbitan yang lama..

Mak Wardah said...

Teruskan usaha, akak dan wardah sentiasa doakan hanis....

MulutPayau said...

Teruskan usaha ya dik...Insyaallah ..suatu hari nanti pastinya impian jadi kenyataan ..
Akak pun mnunggu jugak ni novel kedua hanis...

mummY daniSha said...

insyaallah....ada rezkinye nanti

Unknown said...

kalau tak sekarang InsyaAllah ..akan datang,..kan kak Fea??saya sentiasa doakan semoga kak fea Murah rezeki..

Hanis Azla said...

Muhammad Taufiq : thank you sudi singgah di sini.. All the best utk blog baru awak tu ya..

Mak Wardah : Terima kasih utk sokongan akak dan wardah.. saya sgt2 menghargainya.. :)

Mulut Payau : Terima kasih kak MP atas sokongan.. Amin mudah2an.. :)

Hanis Azla said...

mummy danisha : Amin mudah2an.. terima kasih mummy danisha.. :)

diana : Terima kasih atas sokongan diana.. terima kasih juga utk doa yang baik tu.. amin mudah2an.. :)

Lulu Caldina said...

Insha Allah kak fea

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...