Friday, March 21, 2014

Hospital Ampang Puteri..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Kelmarin, adikku sudah dibenarkan keluar dari hospital. Syukur.  Namun selang beberapa hari dia masih perlu ke hospital untuk rawatan susulan. Takpelah, asalkan saja keadaan kesihatannya terkawal dan akan bertambah baik, insyaAllah. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Tak terbalas jasa kalian semua. Kiranya, 13 hari juga adikku berada di hospital. Alhamdulillah.. segalanya baik-baik saja buatnya ketika di sana. Wadnya selesa. Para doktornya sangat bagus. Jururawat dan staf-stafnya juga masyaALLAH, semuanya sangat baik dan ramah. Dalam keadaan kesihatan yang tidak  baik, mendapat layanan yang cukup baik memberikan keselesaan dan semangat buat pesakit. Adik aku memang sangat berpuas hati dengan layanan dan rawatan yang diterima. 

Bila kami memberikan pujian, ada yang kata hospital bayar memanglah tip top servisnya. Hmm.. aku tidak melihatnya begitu. Ini kerana sebelum ini pun, kami pernah menerima rawatan di hospital swasta dan hospital kerajaan yang lain. Memang hospital yang lain juga sangat bagus servisnya. Tiada keraguan di situ. Tapi bagi kami, Hospital Ampang Puteri adalah antara yang terbaik. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua doktor, jururawat dan staf Hospital Pakar Ampang Puteri. Layanan baik dari mereka benar-benar meninggalkan kesan di hati. Jururawat di wad ICU, wad biasa, bilik x-ray dan dialisis semuanya sangat baik. Keramahan dan sikap bertanggungjawab mereka sangat aku puji. Sampaikan staf di cafe pun semuanya baik-baik belaka. Menerima layanan baik ketika kita ditimpa musibah terasa sangat indah perasaannya. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. 


Salam hormat untuk semua. InsyaAllah. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

7 comments:

Unknown said...

sepatutnya macam tu la kan>??bila beri perkhidmatan pada orang berilah yang terbaik.lagi2 orang bayar untuk itu..

Acik Erna said...

Alhamdulillah hanis..acik pernah pi melawat kawan di sana..buat pembedahan jantung..dia pun kata semua baik2..
sebelum buat pembedahan..doktor panggil dan jumpa ibubapa dan suami dia..bagi tahu pembedahan tu risiko tinggi dan minta semua solat hajat..saya juga akan solat hajat sebelum buat pembedahan kata doktor tu..tersentuh hati dibuatnya Hanis

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.

Semoga kesihatan adik Fea akan terus bertambah baik.

Eye_nee said...

Layanan yg baik membantu pesakit positif utk sembuh kan Hanis..semoga adik Hanis kembali pulih seperti sediakala...

Kakzakie Purvit said...

Meraih ganjaran dari Allah disamping merawat mereka yg memerlukan. Sama-sama ada kepuasan.

Moga adik Hanis terus diberi kekuatan dan kesabaran utk sembuh sepenuhnya..

ummiross said...

Alhamdulillah..moga adik Hanis cepat sembuh sepenuhnya.
Tahniah kepada semua staf Ampang Puteri, moga diberi ganjaran pahala berganda oleh Allah SWT

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

syukur alhamdullilah...adik hanis sudah semakin pulih...semoga makin cepat pulih sepenuhnya..insyaallah

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...