Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran anak keduaku, Muhammad Adi Iskandar. Tarikh lahirnya sama dengan atuknya juga bapa mertuaku. Dah 13 tahun usia Is tahun ini. Doaku semoga Is dan atuknya akan terus mendapat keberkatan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki juga kebahagian yang berpanjangan di dunia dan akhirat, insyaALLAH. Semalam adalah buat sambutan kecil-kecilan di rumah mertua untuk meraikannya. Hanya majlis kecil keluarga berkumpul makan-makan adik beradik.
Kek Choc Indulgence untuk Atuk dan Is.
Selainnya ada sate, nasi impit, meehoon goreng, pizza dan fruit tart.
Makin besar ni nampaklah perubahan kat diri Is. Sekarang dah mula pandai nak jaga penampilan. Walau tak ketara tapi nampaklah perubahan tu. Kalau nak keluar memang dah pilih-pilih baju dulu. Takdelah main sauk aje macam dulu. Walau dah besar, kadang-kadang perangai kecilnya masih terbawa-bawa juga lagi. Harap-harap tidaklah membawa hingga ke besar perangai asyik nak bad mood dia tu. Hari tu gegirl mengadu kat aku.
Mama... tengok Abang Iskandar tu, asyik garang aje.
Kenapa? Dia marah gegirl ke?
Taklah. Dia tak marah tapi dia buat muka garang.
Ha..ha.. Iskandar memang macam tu. Kalau ada yang tak kena dia memang akan tunjuk muka moody dia. Pantang silap sikit memang dia akan tarik muka dan buat muka garang bak kata gegirl he..he.. Tapi garang-garang pun hati dia lembut. Paling suka buat kelakar juga. Buat kelakar dengan muka selamba. Memang orang pulaklah jadi berangin kat dia he..he.. Aku dengan ayahnya pulak kadang tu memang sampai tak boleh nak tahan gelak. Ada aje idea dia.
Semalam en.asben dah bagi hadiah hari jadi kat Is. Senyap-senyap dia belikan hadiah untuk Is tanpa pengetahuan aku. Dah ayahnya gila jam kan. So, hadiah untuk anaknya pun jamlah juga. En. asben sorok-sorok beli sebab malas nak dengar aku bangkang. Dua tahun lepas pernah belikan jam. Tapi dia tak jaga. Bagi kawan pinjam terus lesap. Memang beranginlah aku. So, semalam ayah hadiahkan lagi G-shock. En.asben saja nak ajar anak lelaki dia bertanggungjawab. Bagi jam tu suruh dia jaga. Harap-harap Is akan lebih pandai menghargainya dan akan jaga jam itu sebaiknya sebagaimana kami mahu dia menghargai dan menjaga masa.
Is dan ayah.
Ada yang kata muka Is cop-cop muka en.asben. Iya ke?
Muka sama macam ayah. Selera makan sama macam mama. Itu yang bam-bam pun macam mama he..he.. Is cakap, mama masak sedap sangat. Itu yang abang tak boleh nak kawal selera makan he..he.. Okey selain selalu bad mood dia juga selalu pandai ambil hati.
Di majlis meraikan anak-anak staf di tempat kerja en.asben beberapa bulan lepas. Is dapat untuk UPSR.. Alhamdulillah. Semoga Is terus cemerlang di dunia dan akhirat insyaALLAH. Jaga solat, jaga iman dan jaga akhlak ya nak.
*Beberapa hari ni kepala asyik pusing. Aduh.. tak tahu kenapa.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
6 comments:
happy birtday Is moga membesar bagai johan anak yang soleh...
selamat hari lahir Is.memang muka ayah anak bujang Hanis ni
hepi beday is... ye sama!!!!! sama sangat2. hehehe
Selamat Hari Lahir Is ;)
oh lupa..org september ni mmg garang tapi manja kan abg is.hihihii...
Selamat ulangtahun kelahiran buat MIL Hanis dan juga anakanda Is. Moga beroleh keberkatan dan berbahagia selalu
ps: memang muka anak/ayah betul-betul seiras. Hanis kena cari gambar en hubby masa kanak-kanak agaknya sama macam Is sekarang:)
Post a Comment