Monday, September 29, 2014

Air Panas Jasin..

Assalamualaikum..

Sekarang ini hujung minggu terasa begitu cepat berlalu. Dua hari bagaikan tak berasa. Tahu-tahu sudah malam isnin he..he.. Namun begitu, tetap bersyukur juga kerana masih diberikan rezeki untuk menikmati hari.. ALHAMDULILLAH. Bersyukur juga kerana dalam dua hari yang bagaikan tak terasa dapat juga dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Terima kasih ALLAH untuk segala nikmat yang terbaik dariMU.

Hari sabtu, kami ke Melaka. Cadangnya nak bertolak pagi, tapi selepas itu ini hampir 11 lebih baru keluar dari rumah. Singgah sana sini, sudahnya pukul 12 juga baru keluar dari Bangi. Sampai Ayer Keroh pukul 1 tengah hari. Lepas makan sikit dan bersolat kami ke Air Panas Jasin. Sepupu aku buat majlis harijadi anaknya di sana. Tumpangkan sekali untuk buat birthday anak buah aku Fareez.

Pertama kali aku ke  Air Panas Jasin tu. Tak jauh mana pun dari rumah makcik aku di Ayer Keroh. Dalam 15 ke 20 minit aje. Lain kali kalau ke Ayer Keroh, bolehlah kami ke sana lagi. Bagi aku, tempatnya best juga. Anak-anak pun sakan mandi kolam di sana. Aku dan en.asben sendiri seronok dapat berendam di kolam air panas tu. Rasa release segala tekanan lepas keluar dari kolam tu. Syok betul. Bayaran masuknya hanya RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Pada aku memang berbaloi-baloi. 

       7 beradik sebelum bertolak. 

Waktu ni baru sampai. Baru sibuk nak tukar-tukar baju. Sepupu aku yang nak buat function pun tak sampai lagi he..he.. Boleh tuan rumah pulak yang datang lambat kan... adoiilah. Kami yang sampai awal ni carilah port dulu. Dok cari meja dan alih-alihkan kerusi. Sekejap lepas tu barulah tuan rumahnya sampai. Meriah betul juadah yang dibawanya. Ada nasi lemak, pulut kuning, rendang ayam, rendang kerang, sambal udang, meehoon, cheese tart dan beberapa jenis kuih lagi, air oren, air mineral, air kotak dan jajan-jajan semua. Memang tak cukup meja nak letak. Aku cuma bawa kek dan karipap aje he..he.. buat penuhkan lagi meja.



Happy birthday untuk Zamarul 7 tahun & Fareez 12 tahun.. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.. insyaALLAH.. Waktu kami kat sana ada grup yang buat family day kat situ. Siap ada karaoke lagi. So, suasana jadi meriah dibuatnya. Sampaikan nyanyi lagu happy birthday pun sayup-sayup aje dapat dengar ha..ha.. jadilah.


Sebahagian dari kami yang 'happy'. Seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.  Lain kali kita datang sini lagi ya.


Berendamlah korang puas-puas. Sibuk main air sampaikan makan pun tak ingat. Panggil makan pun tak layan. Padahal makanan bukan main banyak. Terpaksalah emak-emak yang dah sedia berlemak ni yang makan banyak he..he.. Dah hujung-hujung barulah anak-anak berasa lapar. Anak-anak berendam di sini. Kami yang dewasa berendam dalam kolam air panas. Dah petang sikit tu hujan renyai sikit. Tapi sekejap aje. Sebelum tu sempatlah kami berpindah dan alihkan barang dekat area berdekatan kolam air panas.  Kat situ ada kawasan berbumbung. Ada kolam untuk anak-anak juga siap dengan slide. Sambung mandi pulak kat situ.

Dalam pukul 6.30 barulah kami keluar dari tempat tu selepas semua orang dah puas mandi. Memang semua orang rasa puas hati. Kami terus balik ke Bangi selepas tu. Singgah solat maghrib dan makan snek di R&R jejantas. Sampai rumah pukul 9 malam. Alhamdulillah.. semuanya selamat. (Sori ya, gambar kat area kolam air panas takde. Aku sibuk mandi. Gambar-gambar ni semua pun sepupu aku yang ambil. Aku cilok dari whatsapp aje he..he.. TQ Yus).

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

7 comments:

Anonymous said...

Bestnya, nanti boleh plan kesana tak payah overnight pun kan

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer kak..meriah dpt kumpul ramai-ramai mcm nie.

sud@is said...

seronoknya tengok budak2 mandi, heppy family

Kakcik Seroja said...

Cantik berjaga kolamnya... :)

Lydia Miza said...

Bestnya.. Tak tau pun ada kolam
Air panas di sana. Kalau berendam dlm air laut atau air terjun saya takmo la sbb sejuk. Air panas ... Teruja sy dgr dan nak pergi

Eye_nee said...

best pulak baca post kamu ni..ada kolam air panas lagi..mesti segar jer bdan kan berendam dlm kolam tu..ada kolam kanak2 juga..Yana mesti suka sgtt kalau akk bawak ni...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

best juga dpt mandi air panaskan..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...