Tuesday, September 2, 2014

Pakcik & Pesta Buku Selangor 2014..

Assalamualaikum..

Menjadi anak yatim membuatkan kami adik beradik  terpaksa menumpang kasih  ayah dari pakcik-pakcik kami.  Tak kiralah pakcik-pakcik dari sebelah emak mahupun sebelah ayah. Juga pakcik-pakcik dari suami makcik-makcikku. Semuanya cukup mengasihi kami bagaikan anak sendiri. Disebabkan itu, hubungan kami dengan pakcik-pakcik sangat rapat. Mereka bagaikan pengganti arwah ayah untuk kami. Mereka juga yang selalu mengambil berat akan hal kami adik beradik. Subhanallah.. walaupun tidak kaya dari segi harta dan wang ringgit, namun kesemua pakcik-pakcikku cukup kaya dengan kasih sayang. Alhamdulillah.. terasa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan pakcik-pakcik yang cukup penyayang dan begitu mengambil berat. Sejak dari  kecil, malah sehingga kini, pakcik-pakcikku melayan kami adik-beradik dengan cukup baik. Bukan setakat kami adik-beradik malah anak-anak kami juga mendapat layanan yang cukup baik dari datuk-datuk saudara mereka itu.

Petang sabtu baru ni, aku mendapat  berita dari kampung yang salah seorang dari pakcikku diserang stroke. Sebaknya hati mendengar berita tersebut.  Terasa seperti saat itu juga mahu terbang ke kampung untuk pergi melawat. Hati jadi cukup risau. Setelah berbincang, malam itu juga kami pulang ke kampung.  Ini kerana aku ada hal pada hari esoknya. Sampai di Taiping dalam pukul 12 lebih tengah malam. Kami terus ke Hospital. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kami masuk melawat dalam jam 1 pagi itu. Ini kerana pakcikku baru dimasukkan ke hospital beberapa jam sebelum itu. Sebaknya bila melihat pakcikku terlantar di katil hospital dengan bahagian badannya sebelah kanan tidak boleh bergerak. Tangan pakcikku aku usap lembut. Meleleh airmatanya ketika kami memberi semangat kepadanya. Terasa sedikit lega setelah dapat melawat dan melihat keadaannya. Doaku semoga pakcikku yang sedang sakit itu akan diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga segala urusan pakcikku di permudahkan. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada buat kesemua pakcik-pakcikku yang begitu baik budi, insyaALLAH.

Hari ahad, pagi-pagi lagi kami sudah bangun setelah tidur untuk hanya 3 jam. Selepas bersiap-siap, kami singgah menjengguk tok sekejap sebelum berangkat pulang. Dalam pukul 10.30 pagi kami bertolak pulang. Ini kerana aku sudah berjanji dengan pihak editor Buku Prima untuk slot temu mesra bersama penulis di Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah, kami selamat  tiba di bangunan Shah Alam Convention Centre pada jam 2 petang. Slot aku pada hari itu ialah pada jam 2~5 petang. Alhamdulillah.. ramai juga yang sudi bertegur sapa. Alhamdulillah.. ramai juga yang tertarik untuk membeli novelku, Takdir Fitrah Terindah dan Dia Sayang Aku. Terima kasih banyak buat pembeli dan pembaca yang budiman. Semoga kalian puas hati dengan hasil karyaku hendaknya. Terima kasih juga untuk penerimaan yang baik juga pujian buat kedua-dua novelku. Rasa berbesar hati bila ada yang sudi datang dekat hanya untuk ucapkan tahniah dan memberitahu yang mereka  sangat berpuas hati dan suka dengan karyaku.Ada juga yang mahu bergambar bersama. Alhamdulillah.. penerimaan baik dari pembaca dan pembeli memberi semangat untuk aku terus menulis dengan lebih baik lagi.. insyaALLAH.

 
Kenangan bersama Novelis Junie Octovian di Pesta Buku Selangor pada 
Hari Merdeka 31.08.2014

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

6 comments:

Dr K said...

Saya doakan pakcik akak cepat sembuh dari stroke nya itu...moga dipermudahkan segala urusan..

Laaa..kalau tak masa hari merdeka ada kat shah alam CC tu, saya ajak wife saya gi singgah...hihih

Izwa Kamaruddin said...

Semoga pakcik akak diberi kesembuhan dgn segera..

Misz-ella said...

Hidup sangat indah bila hidup berkasih sayang, kan.

alaaa .. kc sampai sekarang masih belum dapat novel Hanis lagi. Nak pergi cari ..

azieazah said...

Kasih sayang abadi yang kekal berada di hati. Semoga pakcik HanisAzla segera sembuh dan sejahtera.

Sejak kerja baru Kak azie tak cukup masa nak layan novel. Apapun all the best yeaaa!

Mak Wardah said...

syukur alhamdulillah, sweet anis. moga terus maju dlm bekerjaya.

sud@is said...

Assalam Hanis, smoga pakcik diberi rahmat kesmbuhan dan pada Hanis selamt terus berkarya...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...