Wednesday, September 17, 2014

Bila emak pergi haji..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini dah 13 hari emak berada di Tanah Suci. Alhamdulillah.. segalanya baik-baik untuk emak. Selang sehari emak memang akan menghubungi kami di sini untuk mengkhabarkan keadaannya di sana. Alhamdulillah.. terubat rindu, terlerai rasa risau. Rasa gembira bila dapat berkomunikasi dan mengetahui keadaan emak di sana. Syukur.. Terima kasih ALLAH. Semalam, emak berkempatan buatkan umrah buat arwah adik. Alhamdulillah.. Seronok dengar. Kami di sini, Alhamdulillah.. baik-baik saja semuanya. Yang tak berapa baik pun masih dapat ditangani dengan baik juga dengan pertolongan dan keizinan dari ALLAH. Syukur.

Sebaik balik dari Kelana Jaya selepas menghantarkan emak pada 4 september yang lalu, anak arwah adikku kena demam campak. Alhamdulillah.. segalanya terkawal. Cepat saja chicken poxnya keluar dan mengering. Elok saja demam campaknya pulih, semalam berjangkit pula kepada gegirl. Baru aku nak praktis uruskan anak-anak buah sendiri tanpa emak, en.asben dah kena out station ke Singapura selama 4 hari elok aje selepas emak pergi. Jadi agak kelam kabut sikitlah nak uruskan budak-budak tu sendirian di dua buah rumah. Anak saudaraku Fareez menduduki UPSR. Jadi kena beri tumpuan kat dia lebih sikit minggu tu. Tup-tup.. soalan bocor pulak. Kena buat balik paper english. Paper sains kena hold. Hmm.. takpelah. Ada hikmah disebaliknya kan.

Malam tidur kat rumah arwah adik aku untuk uruskan anak-anaknya sekolah. Pagi-pagi kena keluar awal sebab nak hantar Az, Is dan Han ke sekolah dulu. Alhamdulillah.. anak saudaraku yang kecil Hafiy dan gegirl pakcikku tolong jaga. Tengah hari  makcikku dengan baik hatinya tolong masakkan lunch untuk Fareez dan dinner untuk kami semua. Bersyukur sangat ada pakcik dan makcik yang sangat perihatin dan baik budi. Kurang sikit kerja aku. Balik kerja kena settlekan hal rumah sendiri dulu. Kemudian uruskan anak-anak dengan tuisyen dan kelas muzik sebelum balik Kajang, rumah arwah adik. Alhamdulillah juga, Han boleh pergi dan balik tuisyen tumpang mak mentua. Taklah aku rushing sangat nak pusing-pusing. Bersyukur bila ada ramai yang dapat membantuku ketika aku seorang diri nak uruskan semuanya. Terima kasih ALLAH.

Hari pertama okey. Hari kedua pun okey. Hari ketiga pun masih ok. Masuk hari keempat, hari terakhir en.asben outstation, pagi-pagi dah kalut sikit. Boleh pulak hari tu Han tertinggal kain sekolah dia. Jadi terpaksa patah balik ke rumah dulu sebelum hantar dia ke sekolah. Oklah.. kena keluar awal sikit. Tapi dalam nak keluar awal, Fareez pulak hulur baju sekolah. Lencana kat baju dia tanggal. Baju yang satu lagi dalam mesin basuh. Hmmm.. nak taknak kenalah menjahit lencana tu dulu sebelum nak  keluar awal. Tak jahit, kesian pulak dia nak masuk periksa. Takkan nak pakai baju togel takde lencana. Dengan skill menjahit yang tak berapa nak ada, gigih jugalah menjahit dengan nak rushing balik ambil kain Han kat rumah. Anak oh anak.. gigil mama korang tau pagi tu.

Weekend, kami berehat kat rumah aje. Cuaca pun mendung so memang best layan tv sambil golek-golek. Lepas asar bawak budak-budak tu keluar. Pergi makan Tutty fruitty dengan Burger King. Malam papa dia orang datang ambil. Pagi ahad, lepas keluar beli barang basah dan breakfast aku bersantai sambil tulis novel ke-3 kat ruang tamu. Tengah hari naik atas nak berehat kejap. Turun-turun lepas solat zuhur, rumah tenang aje aman damai. Ruang tamu dan dapur pun bersih aje.  So, dengan hati yang ceria aku masak lunch. Elok aje nak menyuap kat mulut en.asben tanya anak-anak. Dah beritahu mama dah? Okey.. waktu tu aku dah cuak. Dah target mesti ada yang tak kena. Nak makan memang dah takde selera dah. Sekali.. memang betul pun. 

Korang... thumb drive aku untuk manuskrip ketiga tu dah hancur lebur. Masa dia orang main, aku syak main wrestling-wrestlinglah kan. Budak lelaki, itulah yang dia orang suka. Aku malas nak tanya. Bila dah seronok main dia orang terlanggar laptop aku. Laptop jatuh sampai tercabut habis thumb drive aku. Sampai kan boardnya keluar dari badan thumb drive tu. Memang terus tak boleh gunalah thumb drive yang isinya latest edited manuskrip ketiga yang dah 284 muka surat tu huwaaaaaaaaaa. Memang meroyan aku. Malas nak fikir dah. Tengoklah.. ada mood aku sambung guna manuskrip lama yang aku pernah save kat tempat lain. Kalau tak.. huhu.. malas nak fikir sekarang ni. Hancur hatiku.. mengenang dikau thumb drive.. menjadi keping-keping.. huhu.. Emosi aku!

Semalam cuti. Aku dah cuba lupakan hal thumb drive tu. Nak marah lebih-lebih anak sendiri juga kan. Jadi, aku maafkan dan pasrah ajelah. Ada rezeki adalah novel ketiga. Bangun-pagi-pagi dalam kepala macam nak bawak anak keluar. Tapi tak tahu hala destinasi. Tapi dah siap masak-masak benda simple untuk buat bekal. Dalam pukul 10 baru terbayang nak pergi mandi. Ingat nak pergi PD. Tapi Han ada hal untuk farewell kawan dia yang nak berpindah ke oversea petang tu. So tak bolehlah nak pergi jauh-jauh. Sudahnya kami ke Sungai Tekala aje. Gambar takde sebab dalam kereta bateri HP dah kong huhu.. Layanlah budak-budak ni mandi sungai sambil makan homemade burger dan benjo. Nampak dia orang fun aku pun seronok. 

Itulah cerita aku selama 13 hari emak takde untuk menunaikan haji. Doaku, semoga emak dan semua jemaah yang menunaikan haji pada tahun ini akan memperolehi haji yang mabrur.. insyaALLAH. Semoga segalanya dipermudahkan. Semoga emak selamat dalam setiap perjalanan dan selamat pulang.
 Gambar bersama emak dan adik sebelum kami ke Kelana Jaya.
I miss you emak. I love you emak.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

4 comments:

Eye_nee said...

hahaha..hari 1 2 3 mantain dan smooth jer yer..masuk hari ke 4 dah kalut sikit...tak perlah semua ni hanya kamu jer yg melaluinya..dan kamu berjaya juga di hari keempat tu kan...self honoured la kan...

JunAina said...

Fea sabar betul layan kerenah anak2 kan... Alhamdulillah moga emak Fea akan sihat dan dipermudahkan dalam urusan haji serta mendapt haji mabrur.

Izwa Kamaruddin said...

Wah wah wah..lepas ni jadi novelis full time dirumah pulak la kak...sambil urus anak sambil cari idea tanpa perlu pergi keje..gitu ;)

Unknown said...

Sabaq ya kak...budak2 mmg mcm tu...emmm kira baekla akak xcuit depa semua..kalo kami...ha5 angin satu bdn...apapun sabaq ya...semoga mak akak selamat pergi dan pulang...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...