Wednesday, September 24, 2014

Compact.. All in..

Assalamualaikum..

Sejak kecil aku dah terbiasa dengan kehidupan yang hmmm.. macam mana nak cakap ya.. hmmm.. compact kut. Maksud aku, aku dah terbiasa dengan semuanya sekali terkumpul gitu. Macam tidur, dulu masa kecil memang tidur sekali dengan emak dan ayah. Katil double decker aku dengan arwah adik masuk sekali dalam bilik emak ayah. Itu pun selalu dok mengendeng ajak emak dan ayah tidur di luar sebab aku suka dapat tidur tilam rapat-rapat kat ruang tamu. Lepas arwah ayah meninggal, tinggallah kami berempat perempuan. Aku, emak dan dua orang adikku. Tidur pun empat-empat dalam satu bilik untuk rasa selamat sebab semuanya perempuan kat rumah waktu tu. Kalau berjalan ke mana-mana, sejak dulu aku akan pastikan barang aku masuk dalam satu beg baju saja. Jadi cuma bawa satu beg baju dan satu handbeg saja. Aku tak boleh ada dua tiga beg yang lain sebab aku akan jadi serabut. Kalau padat sekali pun biarlah beg aku padat. Nama aku nak  masukkan dalam satu lagi beg lain memang tidaklah. (Aku memang terer susun isi dalam beg padat-padat dan masih boleh zip. Disebabkan itu, memang banyak beg pakaianku rosak. Kalau selalu dah overload macam mana beg-beg tu nak bertahan kan he..he.. berangin aje en.asben dengan aku). Kalau duduk dalam bas ataupun duduk menunggu flight aku akan pastikan barang aku berada dekat dengan aku. Kalau jauh-jauh atau kedudukannya berterabur, aku mula rasa tak senang duduk. Beria mengalihkan sampaikan en.asben selalu tegur, macamkan ada orang nak ambil.. He..he u faham tak i tak boleh. (atau dalam bahasa mudah.. u faham tak yang isteri u ni pelik ha..ha..).

Pernah sekali aku pergi kursus di Kedah naik bas sendirian. Sepanjang jalan tu barang-barang aku memang kat atas riba aku. (Beg baju besar memang kat tempat beg kat bawahlah kan). Handbeg, fail dan jaket aku sibuk nak peluk jugak. Tak boleh jauh-jauh sebab aku rasa tak selesa.  Padahal kerusi sebelah kosong ha..ha.. Tak tahu kenapa, bukan takut orang ambil ke apa tapi aku memang rasa tak boleh. Macam kalau orang duduk sebelah aku, tiba-tiba dia alihkan barang-barang aku jauh sikit. Terus aku dah mula rasa tak best. Macam masa tu juga nak alihkan barang-barang aku dekat balik dengan aku. Macam beberapa hari lepas, aku keluar lunch dengan member ofis. Waktu nak makan kawan aku alihkan purse dengan kunci kereta aku ke hujung meja. Satu, untuk lebih selamat sebab di bahagian tepi dinding jauh dari laluan. Satu lagi sebab tengah meja penuh dengan makanan. Sudahnya sepanjang waktu makan aku rasa macam ada aje yang tak kena sebab barang aku jauh ha..ha.. tah apa-apa entah. Tapi itulah yang aku rasa. Waktu anak kecil-kecil aku rasa best sangat sebab boleh tidur sekali satu katil dengan anak-anak. Anak seorang okey lagi. Masuk anak tiga, en.asben dah surrender. Dia dah tak selesa nak berpadat-padat. Jadi dia tidur bawah. Aku dengan anak-anak tidur atas katil. Memang sakit-sakit badan tapi aku still rasa best sebab semuanya ada dekat dengan aku. Waktu anak-anak dah  belajar tidur sendiri aku yang paling susah hati. Tapi sekarang ni anak-anak dah besar so aku dah boleh biasakan diri. 

Anak-anak aku waktu kecil memang dalam kereta tak pernah merasa duduk atas car seat. Sebabnya aku rela pangku dan riba anak dalam kereta sebab aku rasa seronok dapat dekat dengan anak aku. Boleh peluk setiap masa. Rasa best sangat. Biar tangan lengguh pun aku tak kisah. Tapi mulut masih mengada juga nak mengadu dengan en.asben kata sakit badan kena pangku anak. Padahal aku sendiri yang memang suka macam tu. Dulu waktu kereta ada bonet, aku lebih suka letak barang kat tempat seat. Sebabnya aku rasa senang kalau apa-apa. Semua ada dalam kereta tak perlu nak buka bonet. Lepas dah beli MPV aku rasa lega. Barang barang boleh letak dalam kereta aje. Takde bonet-bonet he..he.. Senang hati aku bila orang dengan barang boleh masuk semua dalam satu bahagian. Rasa bahagia bila fikiran tak serabut nak fikirkan barang jauh dari aku. Bengong tak bertempat kan. Kalau naik kereta, aku tak kisah berpadat-padat. Naiklah kereta aku penuh-penuh pun aku tak kisah Sebab aku kan suka macam tu. All in gitu. Tapi walaupun aku suka, aku masih tak boleh nak pentingkan diri. Keselesaan orang kena aku ambil kira juga. Tak kisah nak bawak orang ramai-ramai, keselesaan orang tetap tak boleh tolak ke tepi.

Hujung mac, arwah nenek en.asben sakit tenat di hospital. Kakak ipar dah kena balik kampung dulu. Kami balik lambat sikit sebab nak tunggu mentua balik dari Indonesia waktu tu. Lepas mentua aku sampai, barulah kami balik kampung. Kami sekeluarga dah berlima. Mertua dan kakak ipar dan anaknya dah berempat. Total dah jadi sembilan orang. En.asben drive. Aku kat depan pangku Az. (Aku kan lebih suka begitu he..he..). Row pertama kat tempat duduk belakang empat orang - mertua, kakak ipar dan anak buah. Last row, Han dengan Is berpadat-padat dengan beg pakaian. Di mata aku yang suka compact ni memang rasa okey aje. Boleh muat, kira okeylah kan. Yang penting dapat sampai juga ke kampung. Tapi en.asben memang tak boleh. Dia jenis orang yang nak semua orang rasa selesa. Lebih-lebih lagi keselesaan emak dan ayah. (Dia rasa  bertanggungjawab untuk buat emak dan ayah rasa selesa). Bukan asal boleh macam aku yang compact ni. So lepas hari tu dia dah mula menung. Kami dah kena fikirkan nak ada kenderaan yang besar sedikit dari mpv sedia ada. MPV 7 seater dah tak sesuai untuk kami. MPV lain pun kebanyakannya memang 7 seater juga. Hmm.. macam mana tu. Fikir punya fikir, memang kena beli van macam ni. Kami pun mulakan survey. Survey aje dulu tanpa buat apa-apa keputusan sebab budget tak ambil kira lagi.

Ditakdirkan, awal bulan 5 arwah adikku meninggal. Empat anaknya akan dijaga oleh emakku dan kami. Selalu kalau ke mana-mana memang naik 2 buah kenderaan. Bila arwah adikku tiada, lebih senang kalau kami naik satu kereta saja. Pertama kali berjalan jauh semua aku mula perasan sesuatu. Total kami semua dah jadi 10 orang - 7 orang anak, emak dan kami berdua. Memang padat jadinya. Walaupun aku suka compact dan all in tapi kalau dah padat sangat jadi kesian pulak. Baju dalam beg takpelah kalau berpadat-padat sekali pun. Ini orang nak duduk dalam kereta. Nak naik 2 kereta rasa tak praktikal untuk aku yang suka compact ni. Aku takpelah ada seat sendiri kat depan. Orang lain tu, takkan nak biar gitu. En.asben memang sah-sahlah tak boleh dengan keadaan tu. Terus idea nak beli van kembali mekar. Rezeki semua milik ALLAH. Bila niat kita nak bagi keselesaan untuk orang lain, ALLAH memberi jalannya. Budget yang rasa tak cukup jadi cukup dengan izin ALLAH. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Segala urusan kami dipermudahkan. Selepas dua minggu betul-betul buat survey, kami mula menetapkan pilihan. Okey kita beli van 11 seater. Muat untuk kami anak beranak dan family en.asben. Muat juga untuk kami anak beranak dan family aku. Yang penting semua orang boleh rasa lebih selesa bila ada seat sendiri. Syukur Alhamdulillah. 

Bila dapat kereta eh van kut eh entahlah ha..ha.. (waktu tu betul-betul beberapa hari sebelum masuk ramadhan) ramai yang menegur, kata wah.. kereta raya. Ditakdirkan waktu itu waktu nak raya. Jadilah ia macam kereta raya kami. Padahal kami tak terfikir pun nak tukar kereta untuk raya. Kalau bukan untuk keselesaan ahli keluarga, memang kami tak terfikir langsung nak tukar kereta. Lebih-lebih lagi aku sayang dengan kereta kami sebelum ni. Tapi ianya dah tak boleh nak menampung kami yang ahlinya ramai.  Sekarang en.asben dah rasa selesa dan seronok sebab semua orang boleh rasa selesa. Bila semuanya boleh berjalan sekali naik satu kenderaan aku lagilah rasa best. Sebab compact dan  all in.. itulah aku. Terima kasih ALLAH. Lama dulu aku pernah tengok Ning Baizura ditemubual dalam kereta macam tu. Waktu tu rasa macam best pulak kereta tu. Aku macam lebih teruja tengok  kereta dari tengok Ning Baizura. Tak sangka sekarang aku dapat pulak. Terus jadi macam dapat kereta idaman padahal bukan kereta idaman sangat pun ha..ha.. tapi apa pun aku tetap suka dan sangat bersyukur.. ALHAMDULILLAH.
Once upon a time.. he..he.. beberapa bulan dahulu.
Hari pertama en.asben dengan kereta eh van baru eh apa-apalah haha.. 
Yang bukan kereta besar apatah lagi kereta mewah tapi mempunyai lebih tempat duduk. Yang sangat sesuai untuk orang yang compact dan all in macam aku. Suka semua orang boleh naik sekali dalam ni. Harap dapat  beri keselesaan untuk semua orang yang dapat sama-sama menaikinya..
insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah ada kenderaan sesuai yang boleh angkut semua kan...

Besar pahala tu dapat bantu anak2 adik sekali takdelah mereka rasa kehilangan sangat....

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah..murah sgt rezeki akak..

Saya selalu berdoa semoga kehidupan saya mcm akak..sederhana tapi cukup semua plus bahagia.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alhamdulillah..senang nak g mana2..semua bole ikut.

Kakzakie Purvit said...

Kita merancang, Allah perkenankan doa - Alhamdulillah berkat ada niat nak beri kelesaan buat semua akhirnya kenderaan impian Hanis dpt dimiliki.

Eye_nee said...

Alhamdulillah..hepi for sis..Allah maha mendengar kan..

nahlia said...

Nak naik juga nanti..jom pi shopping gm..he he

Tie HT said...

alhamdulillah bestnya kereta baru :)

munna said...

Alhamdulillah .... Semua boleh naik.... Menjimatkan dan memudahkan lagi

LYAfrina said...

alhamdulillah..urusan akak dipermudahkan..Allah swt lebh mgetahui niat baik akak.. sbb tu dipermudahkan..

lya sama mcm akak.. lebih rela meriba ank drp letak dlm car seat..walaupon lenguh..

Unknown said...

Hai Kak Fea...lama batul tak follow blog...emmm baru 5 bulan da rase mcm bertahun2...alhamdulillah yg penting selesa...ha5 kereta baru ye kak...apapun miss u so muchhh...take care

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...