Nuffnang

Wednesday, September 3, 2014

Tetamu ALLAH..

Assalamualaikum..

InsyaALLAH.. tengah malam nanti kami sekeluarga akan ke Kelana Jaya untuk menghantar emak bagi menunaikan Haji. Dalam gembira dengan rezeki emak untuk menjadi Tetamu ALLAH, rasa sebak untuk berpisah dan berjauhan dengan emak sudah mula terasa. Awal pagi tadi ketika menelefon emak, kami berdua sudah sama-sama sebak. InsyaALLAH, emak akan pergi dalam tempoh 50 hari. Semoga segalanya dipermudahkan buat emak. Semoga emak selamat pergi dan selamat pulang juga selamat dalam setiap perjalanan.

Terasa risau juga bila emak akan pergi bersendirian. Tapi aku yakin, ALLAH akan sentiasa ada untuk menjaga emak. InsyaALLAH, segalanya akan baik-baik saja buat emak. Tiada rezeki untuk aku ikut bersama. Permohonan rayuan yang aku kemukakan tidak berjaya. Belum ada rezeki untuk aku menjadi Tetamu ALLAH untuk menunaikan haji. Semoga ada rezeki dan kesempatan  untuk aku dan en.asben juga seluruh keluarga untuk menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya insyaALLAH.

Setiap kali ke Tabung Haji bila menemani emak untuk urusan perjalanan emak  ke Mekah, hati selalu rasa seronok. Dikelilingi insan-insan yang bakal menjadi Tetamu ALLAH membuatkan perasaan jadi sangat indah. Kegembiraan yang terpamer di wajah mereka membuatkan kita yang memandang menjadi ikut ceria. Alhamdulillah.. pastinya sangat indah bila dapat menjadi Tetamu ALLAH. Doaku semoga emak dan mereka yang terpilih untuk menjadi Tetamu ALLAH bagi musim haji tahun ini akan memperolehi haji yang mabrur. Haji mabrur yang ganjarannya syurga.. masyaALLAH.

Tolong doa-doakan keselamatan dan kesejahteraan emakku ya. Terima kasih.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH, semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

6 comments:

idzwa kamaruddin said...

Semoga mak sihat sihat disana dan semoga perjalanan pergi dan balik mak selamat seadanya.

sud@is said...

Semoga bonda Hanis selamt mengerjakan ibdah Haji dengan mendapat haji mabruj aminn

ummi aqilah (LM) said...

Moga bonda kak fea selamat dan sihat di sana dan urusan ibadah berjalan lancar.

Rayuan kami pun x dpt tahun ni kak fea. Tp pelik jugak sbb boasanya utas bg surat bg tau x berjaya pergi haji mcm tahun2 lps tp thn ni xde. Takpelah.. Sbb klu dpt pun hamil mmg x dpt pergi, cuma dorang janji klu hamil tp nama naik dorang bg pergi thn depannya. Tu yg masih berharap tu. huhu

Diana Rashid said...

Alhamdulillah..semoga dipermudahkan amalan haji mak kak fea di sana nanti..

nahlia said...

Insyaallh..doa buat mak agar dipermudahkan urusan di sana...aamiin

nahlia said...

Insyaallh..doa buat mak agar dipermudahkan urusan di sana...aamiin