Thursday, December 3, 2015

Masuk syurga dengan Rahmat ALLAH..

Assalamualaikum,

Bila ada majlis ilmu, hati selalu berasa nak ikut serta. Tapi selalunya,  waktu dan keadaan tak mengizinkan. Tanggungjawab dan tugasan  perlu diutamakan. Kalau kat kat tempat kerja, majlis ilmu memang selalu sangat diadakan. Penceramahnya pula memang dari kalangan insan-insan hebat yang cukup terkenal di Malaysia ini. Tapi rutin kerjaku tak mengizinkan aku untuk turut serta. Tak apalah. Itu namanya bukan rezeki, kan? Bila tak dapat ke majlis ilmu, dapat dengar majlis ilmu di corong radio pun dah rasa bersyukur. Ianya juga satu rezeki. Setiap pagi di radio IKIM jam 7.30 ~ 7.40 pagi akan ada tazkirah ringkas dalam slot motivasi pagi. Bagi yang berkesempatan tu bolehlah dengar. Ianya satu program yang menarik dan selalu dapat menyuntik semangat dan memberi keinsafan dalam diri. Lebih-lebih lagi di waktu kita masih segar di waktu pagi dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. 

Pagi semalam, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar Han ke pusat tuisyen aku berkesempatan untuk mendengarnya. Slot motivasi pagi semalam disampaikan oleh Ustaz Miftah Anuar. Dapat dengar pun di pertengahan. Alhamdulillah... masih juga diberikan kesempatan untuk mendengar dan mendapat ilmu yang sangat baik. Kisahnya adalah mengenai bangga diri. Ianya sangat menyentuh hati.  Ianya juga sangat memberikan kesedaran buat diriku. Bila ianya adalah hal yang baik, terasa sangat teringin untuk berkongsikannya di sini untuk renungan aku sendiri. Ustaz Miftah bercerita dengan nada suara yang cukup memberikan keinsafan. Cara dan gaya penceritaannya sangat menyentuh jiwa. Bila ianya seperti terkena pada diri, memang mengalir air mata mengenang dosa sendiri. Tapi penceritaanku di sini mengikut bahasa aku yang masih sangat cetek ilmu.

Sebagai manusia, siapalah kita untuk bersikap sombong. Semua yang kita ada pun semuanya milik ALLAH. Semua yang berlaku dalam hidup kita semestinya dengan izin dari ALLAH. Ada satu masa, ada seorang ni sangat banyak amalnya. Selama 500 tahun hidupnya dihabiskan dengan beramal hanya kepada ALLAH. Dari cerita ustaz, orang itu memang beramal dengan sungguh-sungguh. Ada satu ketika orang itu ditanya, dia mahu masuk syurga dengan apa? Orang itu berkata, dia mahu masuk syurga dengan amalannya kerana sudah 500 tahun dia beramal dengan sungguh-sungguh. Jadi dia mahu masuk syurga dengan amalannya. Maka Amalannya pun di timbang dengan sebelah biji matanya. Tapi walau dengan hanya sebelah biji matanya saja timbangan amalannya yang selama 500 tahun itu masih tidak dapat melebihi  berat sebelah biji matanya. Itu baru ditimbang dengan sebelah biji matanya. Belum lagi  ditimbang dengan anggota badannya yang lain. Oleh kerana timbangan itu, orang itu di masukkan ke dalam neraka.

Bila mahu dimasukkan ke dalam neraka, orang itu memohon ampun dari ALLAH dengan bersungguh. Dia mula sedar akan sikap sombongnya. Dia tahu yang dia sudah berlaku riak dengan amalannya. Orang itu merayu untuk masuk ke dalam syurga dengan rahmat dari ALLAH. Pastinya dengan rahmat ALLAH dia mampu dan berdaya untuk  beribadat kepada ALLAH dengan bersungguh. Semua yang dapat kita lakukan atau yang kita miliki adalah dari rahmat dan kasih sayang dari ALLAH. Mana mungkin kita mampu melakukan apa saja walaupun amalam kita kepada ALLAH tanpa rahmat dan keizinan dari ALLAH. Maka, bagaimana kita boleh berasa sombong dengan amalan kita. ALLAH.. tiada daya dan upaya selain dari pertolongan ALLAH. Dengan rahmat ALLAH orang itu akhirnya dapat masuk ke dalam syurga.  Syukur.. Alhamdulillah.

ALLAH.. mengalir laju airmataku mendengar kisah itu. Rasa takut sangat dengan amalan sendiri yang terlalu kurang daripada itu. Rasa takut sangat dengan azab api neraka. Terasa takut dengan sikap diri yang ada kalanya berasa bangga dengan diri sendiri. Ya ALLAH.. ampunilah aku. Ya ALLAH, jauhilah aku dan kami semua dari sifat sombong, bongkak dan riak. Ya ALLAH, masukkanlah kami semua ke dalam syurgaMU dengan Rahmat dariMU ya ALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Hmm...hmmm..(speechless)

Unknown said...

Assalamualaikum .. memang benar dan tiada lagi kebenaran selain drpd apa yang dikongsikan ... sekalipun sudah beberapa kali saya mendengar pencerahan seperti ini (drpd ustaz2 lain) tetapi tulisan puan cukup menginsafkan saya ... itulah kehebatan seorang penulis novel.

Salam pd suami dan jemput ke Musholla Ihsan ... Ahad ini 6 Dis 2015 jam 9.30 pagi - 11.30 pagi ada CERAMAH KHAS MAULANA FAAKHURRAZI ABD RAHMAN "HADIS PALSU DAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH" ... ceramah ini tidak terbuka kpd umum atas sebab masalah ruang dewan ... dijemput khas bersama suami.

Kakzakie Purvit said...

Kakak dengar ni Hanis. Selain pagi dlm perjalanan pergi kerja dgn motivasi pagi, sebelah petang pukul 5:15 pun ada slot agama yg baik utk halwa telinga kita. Macam petang semalam di ulang bagaimana Muaz yg sekadar tak beristinjak bersih sekali saja. Di dalam kubur dihimpit bumi sehingga menjadi sehalus sehelai rambut. Bagaimana dgn kita ni yg nak berzikir 1K kali sebelum tidur pun tak ampu usah kata 17K. Takut mengenang duduk diri kita ni kan...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...