Monday, September 10, 2012

Persiapan menjelang peperiksaan anak..

Assalamualaikum..

Tahun lepas anakku Han menduduki peperiksaan UPSR. Esok, anak-anak tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dikesempatan ini aku ingin kongsikan sedikit ilmu yang aku perolehi dari orang lain yang aku amalkan diwaktu anakku mengambil peperiksaan.  Padaku  tak salah untuk kita mencuba dan berusaha. Selebihnya kita tawakal saja kepada Allah. Apa saja keputusannya nanti kita terima dengan redha.

Aku tidak mengambil cuti waktu Han mengambil peperiksaan. Ini kerana pada aku, itu semua tidak perlu. Aku lakukan apa yang aku rasakan perlu. Malam sebelum Han mengambil peperiksaan, kami sekeluarga (aku, en.asben, Han dan Is) membaca surah yaasin bersama-sama. Malam itu aku, en.asben dan ada buat solat hajat agar dipermudahkan segala urusan dan ditajamkan ingatan agar dapat menjawab soalan dengan baik. Han sendiri buat solat hajat dan mengaji setiap pagi sebelum menduduki peperiksaan. Aku berpuasa ketika Han menduduki peperiksaan. Pada waktu Han di dalam dewan peperiksaan aku sedekahkan banyak-banyak surah al-fatihah untuknya sambil berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk anakku.

Itulah amalan yang aku (orang yang baru setahun jagung membesarkan anak) lakukan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, anakku Han berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Harap-harap perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat pada orang lain. Selamat maju jaya buat anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day. 

26 comments:

Reflisia said...

Good luck untuk anak-anak akak.. InsyaAllah doa ibu akan dimakbulkan =)

Unknown said...

Terima kasih berkongsi tips ini Fea.Anak yus lagi 2 tahun baru nak tempuh UPSR ni, tak tahu macam mana perasaannya nanti....

Unknown said...

doa ibu bapa paling mustajab.. teringat dari dulu sampai sekarang pun mak tak putus2 berdoa utk kejayaan anak2..

semoga anak2 yg nak hadapi upsr tahun ni akan berjaya dgn cemerlang..

Acik Erna said...

Terima kasih hanis..anak acik tahun depan SPM..acik juga ikut apanyang dikongsikan oleh kawan2..masa upsar acik tak cuti..masa pmr acik bercuti..sebab peperiksaan sampai petang..tengahari acik masak sendiri dirumah dan hantarkan kesekolah waktu rehat..nak jaga jugak tak mau dia makan dikantin sekolah masa tu

Cikgu Ma said...

adik saya pun upsr..moga dorang semua berjaya...

ummiross said...

Alhamdulillah hanis, amalan yang baik yang penuh dengan keberkatan, doa ibu bapa yang tulus ikhlas dan penuh kasih sayang tentu sekali amat mustajab.

dwatyKNY said...

pasti doa ibu akan mempermudahkan urusan anaknya... insyaALLAH...

mummY daniSha said...

thanks for sharing kak

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun tak pernah ambil cuti waktu anak2 menduduki peperiksaan. Hanya doa mengiringi...

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul, akak pun tak amik cuti, just pegi hantar, tunggu sampai masuk dewan exam pastu akak pegi keja. tahun ni, ada 2 org anak sedara akak yg amik exam.

Izwa Kamaruddin said...

perkongsian yg bagus kak..

Eye_nee said...

Alhamdulillah..doa ibu ayah dan diri sendiri itu yg terbaik...

munna said...

good luck buat semua anak2yg ambil upsr thn ni..... tq share tips ni kak....

Dilla Ady said...

tenkiu kak tuk perkongsian yg bagus ni..dilla pun rajin sedekahkan al-fatihah tuk anak pas solat...

-Sara- said...

bagos akk bagi tips tu kak :)

lame tak jenguk kak hanis..hehe

Cho Zila said...

good luck untuk anak2 yang sedang berjuang.. UPSR jer... jangan stress sangat tapi buatlah yang terbaik...
thanks akan diingati tips ini...

Mak Wardah said...

Hanis, Akak doakan Han mampu menjawab semua soalan dgnbaik, betul doa ibubapa yang terbaik..

Kakzakie Purvit said...

Itulah usaha kita seagai membantu anak-anak yg menduduki peperiksaan. Kakak pun sama selagi anak berada di dewan peperiksaan selepas baca yaasin kakak baca suroh al-insyiroh sampai anak habis periksa. Cuma kakak biasanya ambil cuti Hanis..

ieja amieja said...

sama lah tu hanis..doa ibubapa yg paling mustajab selain usaha diri sendiri..semoga dipermudahkan buat mereka yg tgh amik peksa ni

whitecappuccino said...

akak juga tak pernah ambik cuti sepanjang anak menduduki apa2 exam besar.cuma sepanjang mereka menduduki peperiksaan akak juga bacavsurah yasin serta buat perkara g disebutkan hanis tu..alhamdulillah..semua berjaya dgn cemerlang.

Dinas Aldi said...

Semoga pelajar2 yg mengambil UPSR tu dapat menjawab dengan tenang & dipermudahkan segala urusan mereka, amin.

Alin Marlini said...

Anak Alin pun tahun depan UPSR. Alinpun penah terpk akan buat cam akak buat jugak. Sebab kalau kita cuti bukan dpt apapun...yelah atleast sblm dia pi sekolah bg kata2 semangat..lagi satu kalau cuti banyak..blhlah cuti kak...kalau cuti skit...hehehhe

Unknown said...

As salam kak fea,

Tips yg baik haruslah dikongsikan! Terima kasih kak... Marya tak dpt bygkan mcmana anak2 saya pula nnt...hiks

TiranaAduka said...

wah ..thanks tip yg bagus..leh gunakn..
Lama TA Tak jenggok sis

Siti Noor Aminah said...

masa dekat U dulu pun, mak pantang dengar anak2 nak exam, sebok nak posa. tu kdg2 takmau bagitau mak sebab cian, penat kat kebun lagi.

Izan Ishak said...

ilmu utk izan juga ni kak fea... mudah2an anak2 kita sentiasa diterangkan hati.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...