Monday, September 24, 2012

Silaturrahim itu sangat indah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. semalam sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Gathering Blogger. Seronok sangat bila dapat berjumpa, duduk semeja serta bersembang, bermesra dan makan-makan bersama. Makanan sangat superb dari segi rasa dan juga kepelbagaiannya. Memang puas makan-makan semalam. Alhamdulillah.. semuanya dapat aku rasa dengan penuh berselera. Best sangat dapat berjumpa dengan teman-teman blogger yang pernah berjumpa sebelum ini. Seronok juga dapat mengenali teman blogger yang baru pertama kali berjumpa dan yang sebelum ni hanya pernah kenal nama. Salam Ukhwah untuk semua.

Memang silaturrahim itu sangat indah. Baru kenal seminit dua boleh berborak sakan macam dah kenal lama. Baru berjumpa dua, tiga kali terasa macam dah kenal bertahun-tahun sebab tak habis-habis nak bercerita. Siap berlawan-lawan kecohnya meja yang di depan dengan meja yang dibelakang. Punyalah sakan nak bersembang. Sampaikan nak balik pun masih nak bercerita lagi. En.asben pun nampaknya dah mula serasi dengan semua orang. Dah boleh pandai-pandai bawa diri untuk cari kawan berborak dan tak segan nak makan-makan.

Anak-anak, seperti biasa memang susah sikit nak ikut. Sebab rumah Dato LF pun dekat aje dengan rumah, so nak tinggal pun takpe. Lagipun nenek ada kat rumah. Jadinya puaslah mama berborak tanpa gangguan. Dari pukul 10pg sampai pukul 2ptg mama dok lepak kat situ. Lepas solat Zohor baru balik. Tapi rasa tak puas juga nak borak-borak dengan teman blogger yang baru sampai. InsyaAllah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi dan borak sakan.

Terima kasih buat tuan rumah, Dato' LF dan isteri yang baik budi serta ramah tamah. Juga buat semua teman-teman blogger yang terlibat, Kak Cik Seroja, Kak Azie Azah, Ayu Akuzle, Acu Sayang,  Wani (DJ Shaz Hot FM), Dr. Hanie, Farizam-Pengantin Baru, Kak Ida Nyanyi Sunyi, Bunga Mawar, Kak Jun Aina, Anaa Suryana, Kak Ainoraini, Kak Ati Masrif, Kak Cik Ella, Kak Yan, Mak Chaq, Kahirul Hakimin, Uncle Gedek, PakCik Lie dan Isteri, Dee, Iyra, Annis, Atuk PHD, Auntie Nanie, Munaafendy, dan tak ketinggalan Blogger Misteri. (Ini berdasarkan nama yang ingat aje. Kalau ada yang tertinggal minta maaf ya). Semoga silaturrahim yang terbina berpanjangan hendaknya.

Gambar?? Sila tengok kat blog teman-teman blogger lain ajelah ya. Seperti biasa bab gambar aku kan selalu ngelat he..he..

Salam Hormat untuk semua. Have a nice day.

27 comments:

Kakcik Seroja said...

bila kakcik tengok balik kat maera, rupanya tak banyak gambar yang kakcik rakam semalam. :(

Apa2pun, pertemuan itu memang sesuatu yang indah untuk dikenang. :)

Kakcik Seroja said...

maera = kamera... hmmm... salah ejaan la pulak! ;-)

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

pertama nak ucap terima kasih kpd Dato' LF dan AJK

terima kasih... ada nama saya dlm senarai...tanda ingat la tu...he he

ummiross said...

Alhamdulillah meriahnya suasana, insyaAllah mana tahu satu hari nanti ummi juga berkesempatan menjalin silaturrahim.

Dr K said...

tang blogger misteri tu saya ada tgk gambarnya kat FB..:P

Hudalatip said...

Mesti semua seronok kan semalam..

Anaasuria said...

Hanis, seronok sembang semalam... last time kita jumpa tak sempat sembang, malu2 kann.. hah ko semalam, amikkk.. sib baik tak bergegar meja.. hehehe..

JunAina said...

Best2 duduk2 makan2 sembang2 gelak2 sampai sakit tekak. Insyaallah ada masa kita jumpa lagi dalam keluarga Kita-Kita Aje...:)

Akak pun bawa kamera tapi tak der gambar...hahhaaa...

Eye_nee said...

Hanya dpt lihat gambar2 dan baca kemeriahannya di N3 kakcik....tiada rezeki untuk berjumpa...

Gadis Kampung said...

bestnyer join gathering..jumpa blogger2 pasni nie korang mesti lagi akrabkan...

Izwa Kamaruddin said...

wah,,baca pun dah meriah kalo dpt tgk gmbr mesti lagi meriah...

Cik Puan Izan❤ said...

bestnya korang... duk teringat juga bila gathering...huhu...rupanya semalam yer

Unknown said...

Salam,
InsyaAllah kita bertemu lagi. Setuju sangat2 silaturrahim itu sangat murni

Acik Erna said...

Assalam Hanis.tak de rwzeki kita nak berjumpa lagi.

Qhaifa Nur said...

ada tgk kat blog rakan2 yg hadir, sangat meriah.....

Dilla Ady said...

sy ni kat blog jek peramah, kt luar pemalu (la sangatttt)...

♥MAMASYAZA♥ said...

akak tgk gambar makanan kat blog kak cik. mesti meriahkan

Kakzakie Purvit said...

Hanis... mana nama kakak? Kakak datang dgn perasaan aje (gurau-gurau). Nampak memang seronok betul melihat pertemuan itu Hanis.

Siti Noor Aminah said...

wahhh.. bestnya ada gathering.. sy kat Lumut ni, macam tak happening je,,

Unknown said...

wah seronokny..bilelah dpt join gak eh.huhu

azieazah said...

Kak Azie suka tengok hubby you! Bleh gitu? hahahaha > lariii keliling meja!

Ati Masrif said...

walaupun dlm blog ni takde gambar
tapi kat blog org lain banyak gambar2
uall suami isteri tau...

tak sempat nk sembang lamakan
maklumlah kita mai lambat..lgpun
mood dah ke laut...huhu

Murni Alfathunnisa said...

saya tengok gambar2 gathering dari jauh je la...melalui fb...huhu...takde peluang nak ikut serta.

susumanis said...

duhh..x de rezeki nk g, MIL datang rumah..may be next time kita jumapa ya hanis

Kamalia said...

alahai..bestnya dapat gather2 dgn geng blogger ek.
akk sihat?dah lama tak datang sini,kdg2 tak sempat nak BW pun.huhu
nnt saya balik saya nak jumpa akk tau..boleh?

Munn Jaafar said...

salam akak manis..ececeh..baru jmp blog ni ha. depan2 kelu lidah nak bcakap.harap2 nnti kita bleh jmpa lg n borak lama2 ckit ye? :)

Afasz said...

wpon takde gambar besama kak hanis.tp dpt gak la bergathering bersama.. masih memalu nk borak. hehe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...