Wednesday, September 19, 2012

Tentang manuskrip ke 2..

Assalamualaikum...

Aduhai.. apa dah jadi dengan aku ni? seminggu satu entry. Bukannya takde cerita nak bercerita. Ada banyak yang ingin aku ceritakan. Cumanya, aku tak punya cukup masa untuk mencoretkannya di sini. Konkononnya sibuk bebenar.

Sebenarnya sekarang, aku sedang gigih.. ya GIGIH  untuk menyiapkan manuskrip kedua yang tak siap-siap lagi tu. (Siap bold dan caps lock lagi untuk tunjukkan kesungguhan he..he..). Sampaikan pergi beraya pun lappy sentiasa ada dalam beg. Nak berjalan raya pun aku sempat lagi menaip dalam kereta. Dari bulan mei kata nak siapkan. Sampaikan dah bulan september, tak siap-siap juga lagi he..he.. Semangat memang tak pernah padam. Bab idea, Alhamdulillah.. masih sentiasa ada walaupun kejap terang, kejap kabur. Cuma mood dan kerajinan  yang selalu tak konsisten. Itulah punca sebenarnya. Tapi.. dengan penuh keazaman, aku bertekad untuk siapkan juga dalam bulan ni. Paling lewat bulan depan (eh..eh.. nak drag lagi tu he..he..). 

Sebenarnya, bukanlah banyak lagi nak dihabiskan. Cuma dalam 30 ~ 40 muka surat saja lagi. Semoga segalanya dipermudahkan. Tolong doa-doakan ya. Terharu sangat bila tengok dalam carian di stats blogku. Ada juga carian mengenai novel terbaru Hanis Azla. Tunggu ya. InsyaAllah, akan disiapkan secepat dan sebaik mungkin. Tapi.. samaada akan dapat diterbitkan atau tidak tu tak tahulah lagi. Terpulang pada rezeki. Harap-harap ada rezeki lagi bersama Buku Prima, Karangkraf.

Oh ya.. hari ni aku teringin nak kongsikan sedikit penulisan dari sebahagian bab 24 manuskripku. Bagi peminat novel, bolehlah baca-baca sikit-sikit. Boleh tinggalkan komen juga. Dapat juga aku perbaiki mana yang kurang nanti. Terima kasih..

Mel juga berwajah sayu saat untuk melepaskan aku pergi. Tidak sudah dia mengingatkan agar aku menjaga diri. Keprihatinannya sangat aku hargai. Pastinya aku akan teringatkannya nanti. Tidak sangka, dalam beberapa hari saja, kami sudah jadi begitu rapat dan serasi. Terlalu banyak budinya untukku sewaktu berada beberapa hari di sini. Sehinggakan percutiannya dipenuhi dengan agenda melayani dan menemaniku saja. Semakin hampir waktu untuk berpisah, semakin Mel mengelak dari memandangku. Aku mula dapat mengesan perubahan itu.


“Mel sedih ya sebab Zaira nak balik?” Tegurku.

“Takkanlah tidak. Tapi, mana Zaira tahu?” Balasnya.

“Iyalah,  Mel asyik taknak pandang Zaira aje. Selalu tu sikit-sikit pandang. Asyik-asyik jeling.” Ujarku meluahkan apa yang aku rasa sambil tersenyum tawar. Sengaja aku mengulang tentang hal ‘pandang’ dan ‘jeling’ itu untuk mengusiknya.

Mel tersenyum kecil mendengarnya. Tanpa menafikan kata-kataku Mel menunduk saja.

“Tengoklah tu, taknak pandang Zaira lagi. Pandanglah sini.” Bidasku sambil memaksanya memandangku.

Bila bersamanya, aku rasa sangat selesa untuk menjadi diriku yang sebenar. Mel mengeleng sambil memandang ke arah lain.

“Kenapa?” Soalku.

“Taknaklah.” Balasnya masih tidak mahu memandangku sambil mengeleng.

“Kenapa?” Aku terus memaksa dia memberitahu sebabnya.

“Abang takut abang akan lebih jatuh cinta kalau abang terus pandang wajah Zaira.” Balasnya perlahan.

Terdiam aku mendengarnya. Jatuh cinta denganku? Sedikit berubah wajahku menerimanya. Reaksiku yang terdiam membuatkan Mel kembali memandangku.

“Gelabahlah tu.” Usiknya pula.

Usikkannya langsung tidak mendapat perhatianku.

“Takdelah.” Pujuknya untuk melunakkan hatiku sambil tergelak kecil.

Tentulah gelak itu sebagai tanda dia benar-benar bergurau dengan kata-katanya sebelum ini. Aku lega. Janganlah di saat akhir ini ada perkara yang bisa merosakkan persahabatan kami. Aku tidak mahu itu terjadi.

“Abang takut abang nangis nanti kalau asyik pandang Zaira sebab sedih nak lepaskan Zaira balik.” Katanya memberitahu hal sebenar sambil memandangku tenang dengan senyuman manisnya.

Aku tersenyum padanya sambil mengucapkan terima kasih dan rasa berbesar hatiku kerana ditemani olehnya dalam kebanyakkan masa aku di sini.

“Bila-bila Mel datang KL nanti, Zaira belanja Mel ya.” Janjiku sebagai tanda berterima kasih kepadanya. Mel sekadar tersenyum tawar mendengar janjiku. Reaksinya bagaikan semua itu adalah sangat tidak perlu.

InsyaAllah akan bersambung lagi di dalam novel kalau ada rezeki..

Salam hormat untuk semua. Take care.

19 comments:

Lulu Caldina said...

itulah, kakak dah jarang sangat update.. mesti busy sangat.. Sabarlah hati menunggu novel kedua dari kak fea..ngee

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nak tunggu buku akak lagi....hari hari baca novel yg ada ni pun boleh nangis hari hari jugak..hehehe..

mama maman aka yana said...

tak pandai la nak komen.. huhuhu

Kakzakie Purvit said...

Tugasan sebagai ibu, pekerja, isteri, anak dan saudara membuat masa bagai tak kecukupan Hanis.

Insya-allah 30-40 muka tu tak lama dah..

Dilla Ady said...

ni yg malu kawan ngan novelis..kite pun berangan nk jadi novelis tapi kemalasannyeeeeeee...huhuhuhu...

dilla doakan akak terus sukses tau..

ummiross said...

ummi pun perasan Hanis jarang buat n3 lately ni, jenguk2 juga blog Hanis takut ada n3 yang ummi terlepas pandang, rupanya sibuk menyiapkan novel ye.

Waa baca petikan ni pun dah ada ummph!, semoga dipermudahkan Allah dan dapat disiapkan secepat mungkin.

dwatyKNY said...

mel tu lelaki rupanya... hehehe...

btw... nice... rasa tak cukup plak... nak baca lagi... hikhikhik

Qhaifa Nur said...

perlukan suasana yg tenang....
moga berjaya ke penghujungnya......

JunAina said...

Tak sabar nak tunggu dan tak sabar nak baca sepenuhnya novel ini. Iklan sikit2 nih yg buat makin teruja...

Fazlinil Irma said...

itu baru sikit lori tumpahkan gula.. heheee.. tak sabarnya nak tunggu buku akak.. :)

Izan Ishak said...

mudah2an ada rezki utk novel ke-2 kak fea pula diterbitkan...

Dr K said...

moga moga novel terbaharu akak akan meletop letop di pasaran ya nanti...amennnn ;)

Dinas Aldi said...

Wahhh ada bagi teaser sikit naa, bolehla buat pelepas rindu. Asyik dok ulang baca Takdir Fitrah Terindah berapa kali dah ni :D

Anonymous said...

Hi Hanis,
I have never written to an author before and I am a huge avid reader. I just think you are one of the best writers I have ever read.I literally just finished reading “Takdir Fitrah Terindah”. I LOVED this book!! It was one of those books that makes you appreciate reading books. It makes you take a deep breath and want to breath it in.Like I said I am an avid reader and I have read so many books including most of the classics but your writing is so compelling and truthful that it really touches my soul. Thank you so much for your gift of writing! This is the first book of yours that I have read, but definitely not the last.

munna said...

aduhai pandai baca je kak... komen tak pandai pun....

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Wow! Kagum dgn komen peminat rahsia akak tu...Setuju dgn anon... Can't wait to read the new ones and become the new coming heroin...hiks :))

Eye_nee said...

Kali ini mahu yg betul2 kamu tandatangan sis...teruskan usaha ok...tak byk lagi tu 30-40 MS saja kan...

Rina Rahamat said...

alamak..nama heroin dia zaira ke?

nih yg syok nih sbb itu nama sayaaaaa hehe (nama panjang sy)

Alin Marlini said...

seronoknya byk idea cam akak

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...