Friday, November 8, 2013

Misi berjaya.. ALHAMDULILLAH.. (Percutian ke Hatyai dan Krabi 2013)

Assalamualaikum..


Ada orang kata, orang tua aje yang suka pergi jalan-jalan guna travel agent. Kalau orang muda kena pergi berjalan sendiri barulah thrill. Tapi ada en.asben kisah he..he.. En.asben kalau nak pergi berjalan (khususnya ke luar negara) dia tak suka nak pening-pening kepala. Tak suka nak fikir sendiri apa nak buat, mana nak pergi, jadual macam mana dan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. Kalau pergi bercuti en.asben nak bercuti betul-betul tanpa perlu serabutkan kepala dia. Bila dah macam tu aku pun tak kuasa nak arrange percutian sendiri. Ambil pakej lagi mudah untuk kami. Senang cerita.

Tapi untuk percutian ke Hatyai dan Krabi aku excited juga nak pergi jalan-jalan sendiri.  Sebabnya ada orang lain yang akan pergi bersama dengan kami. Jadinya segala bentuk perancangan dan jadual boleh difikirkan bersama. Urusan hotel pun kawan aku yang uruskan. TQ Mamat & Taty. Tugas tambahan aku cuma nak pujuk en.asben supaya bersetuju saja he..he.. Beria aku berjanji untuk sama-sama memandu biar en.asben tak stress kena pandu kereta jauh-jauh sorang-sorang he..he.. Hal-hal lain aku uruskan sendiri pun tak apa asalkan dapat berjalan ke tempat percutian idaman bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah.. walaupun en.asben tak berapa beria masa nak pergi, tapi akhirnya dia puas hati juga dengan percutian ini. Aku rasa cukup lega.  Cuma dia memang mengeluhlah sebab kena pandu kereta jauh-jauh he..he.. Gigih aku tahan telinga tau! Dalam Malaysia memanglah kami tukar-tukar pemandu. Tapi kat Thailand memang en.asben seorang yang memandu sebab aku dah surrender dulu ha..ha..  TQ sayang. I love you to the maxlah macam ni.. he..he.. Alhamdulillah anak-anak pun teruja dan rasa seronok dengan trip ni. Aku pulak rasa seronok sebab apa yang aku hajatkan sepanjang percutian ini dapat di penuhi. Alhamdulillah... Terima kasih ALLAH.

Sejak dari awal-awal merancang aku memang dah asyik google pasal percutian orang lain ke Hatyai dan Krabi. Terima kasihlah pada kawan-kawan yang berkongsi cerita-cerita mereka. Banyak yang aku dapat dari cerita-cerita yang dikongsi. Sampaikan apa saja yang mereka ceritakan aku nak merasa he..he.. Orang kata kena try teh ais, aku try berkali-berkali. Orang kata kena try pancake di Krabi, aku dan keluarga pun try berkali-kali jua. Banyak jugalah benda lain yang orang kata kena try aku try berkali-kali. Kenapa kena berkali-kali? Sebab aku pun dah jatuh cinta dengan apa yang orang lain kata best di sana he..he..

Alhamdulillah.. tersenyum-senyum muka aku bila dapat naik tuk-tuk dan pergi ke pasar terapung di Hatyai. Bila en.asben dan anak-anak nampak excited memilih makanan, aku rasa seronok sangat. Di Krabi Terasa puas hati juga bila dapat ikut trip island hopping. Subhanallah.. indahnya pulau-pulau di sekitar Krabi. Bukan kata anak-anak, aku sendiri pun berkejar ke pantai sebab geram tengok airnya yang jenih dan pasirnya yang memutih. Puas bila anak-anak dapat merasa snorkeling untuk pertama kalinya. Lebih puas bila mereka enjoy dengan aktiviti itu.  Dapat bawa anak-anak naik gajah dan ke Emerlad Pool pun buat aku rasa puas juga. Alhamdulillah.

Paling best bila cuaca sangat menyebelahi kami. Terima kasih Allah. Sebelum pergi hari-hari aku tengok ramalam keadaan cuaca di sana melalui Thailand Meteorology. Pada waktu tu memang setiap hari ramalan mengatakan keadaan cuaca tidak berapa elok. Tapi aku tawakal saja dan berdoa agar segalanya baik-baik saja untuk kami. Alhamdulillah.. cuaca sangat baik ketika kami di sana. Masih ada hujan namun ianya tidak langsung menganggu jadual kami. Macam hari kami pergi untuk island hopping, elok saja kami dah sampai hotel dan berehat, barulah hujan turun. Itupun sekejap saja. Syukur. 


 Cuaca kat Bangi sehari sebelum kami pergi. Masa ni risau sangat. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan adalah baik-baik saja.


 Penting ni agar kewajipan pada ALLAH tidak kami tinggalkan. 

 Perjalanan dari Bangi bermula pada jam 11 malam. Tiba di Changlun pukul 7 pagi setelah beberapa kali singgah berehat, tidur sekejap dan menunaikan solat subuh. Tapi muka 'mama' still ceria kan he..he.. 

Sayang dia ni ketat-ketat he..he..  Love you Mr. Driver!

 See.. I told you all. En.asben memang puas hati dengan trip ni. Mana ada buat muka pun walaupun penat he..he.. 

 Wajah berpuas hati.. Alhamdulillah..

 Puas hati kena letak dua gambar baru puas ha..ha.. 

Penuh tangan kat Pasar Terapung Hatyai..  

 Pose di Samila Beach Hatyai..

 Samila Beach, Hatyai.. 15 minit selepas berada di sini hujan turun dengan lebatnya.. Kesian kat orang lain dalam trip kami. Tak sempat nak bergambar di sini. Tapi kami sekeluarga sempat.. Alhamdulillah. 

Posing sebelum island hopping.. Shades dan topi kena pakai siap-siap sebab takut tertinggal he..he.. Waktu ni muka dengan badan semua orang memang  dan bertepek dengan sun screen siap-siap.  

 Lagi muka puas hati untuk iklan gigi colgate.. he..he..

Geng-geng Kembara..

 Dalam lori nak ke Island Hopping.. Sebahagian dari grup kembara kami yang ohsem-ohsem semuanya..

 Pemandangan ketika nak menaiki bot.. Kat sini pun dah cantik. 2-3 minit aje pun dari Hotel. Kalau tahu tak payah susah-susah naik lori.  Jalan kaki pun tak sempat peluh he..he.. 

 Dalam bot. Itulah kawan aku En. Mamat & Taty. Kakak Sofea dan Baby Danial ni sangat behave. Boleh bawak berjalan selalu ni..

Subhanallah.. Lautnya kejap biru, kejap hijau.. Indahnya Ya ALLAH. 

Bamboo Island. Mana mama? Tu dia yang bertiga kat belakang tu.. dah tak sabar-sabar nak berendam dengan anak bujang he..he..  

SUBHANALLAH.. Kejadian ALLAH yang Maha Indah.. 

With the brilliant Baby Elephant.. Seronok juga merasai pengalaman naik gajah.. Walaupun kecut perut tapi happening.. Masuk hutan, naik bukit, turun bukit, masuk paya dan siap kena sembur air lagi he..he.. we have so much fun! 

Emerald Pool yang best dan cantik..

InsyaAllah.. nanti aku cerita secara detail untuk setiap satunya ya. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

14 comments:

Nini D.. said...

wahhh...bestnya kak Fea.tengok gambar pon dah rasa seronok.
nnti cerita detail tau kak.nak ajak la cik abg g sana tapi kene tunggu adam besar sikit la

Anonymous said...

eh ade gmbr LA la. hahahha

safurara said...

wow bestnya.rara ritu g hatnyai x g pon pulau pulau dye sgt.tp nk g lg nanti.sbb best!

~farah~ said...

salam, nanti cerita penginapan di hatyai dan krabi ya. memang plan nak pegi :)

Izwa Kamaruddin said...

kak..best nyer kak..nak nangis rase sebab teringtkan tiket ke krabi terburn dulu :(

faraherda.razalan said...

Eh, eh...bru nmpk muka akak n hubby betul2. Muka sama. Serupa. Seiras. Sy lak teruja. Hahahaha...plg penting, 2-2 nmpk muda. Serius nmpk mcm anak kecik2 g kak. Haih....

Anonymous said...

bestnya kak fea, ktorg ni tah bila lah dpt sampai sana

gigih tu naik keta hehe

Kamsiah yusoff said...

tu dia...semua tempat diceritakan dlm satu entri...

wahida said...

syoknya kak....jeles seh...

comel la akak ni, awet muda!!

Fazlinil Irma said...

pertama kali baca entry bergambar akak.. hihi.. :)

ummiross said...

waa meriahnya cuti2 Thailand, pemandangan semuanya cantik2, teringin juga nak ke Krabi tuu, cantik.

Anonymous said...

anak dara saya rancang nak kesana dgn kawan2 TAPI saya risau nak membenarkan...
Selepas baca cerita kembara awak yg sangat ohsem, maybe saya patut pergi bersama mereka, yeayyyy!

Dinas Aldi said...

Seronoknya baca cerita & tengok gambar2 percutian Hanis :)

JunAina said...

Tabiklah drive pi smapai sana ye Fea. Husband Aina selalunya tak izin Aina drive masuk Siam, nak tumpang2 kawan2 pun dia tak bagi katanya macam tak selamat ja.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...