Monday, November 11, 2013

Percutian ke Hatyai & Krabi 2013 Part 1.. (Dokumen & Pasar Terapung Hatyai)

Assalamualaikum..

Sebelum terlupa kena cepat-cepat cerita. Kalau dah siap-siap tulis by part kat tajuk entry tu maksudnya memang akan ada berpart-partlah ceritanya kan. Harap-harap aku gigih nak selesaikan kesemuanya untuk bacaan aku sendiri nanti-nanti dan untuk rujukan orang lain yang mencari info tentangnya. 

Alhamdulillah.. perjalanan kami dari Bangi ke Bukit Kayu Hitam berjalan dengan lancar. Kami bertolak dari rumah jam 11 malam. En.asben drive sampai Tanjung Malim. Aku sambung sampai Simpang Pulai dan herhenti tidur sekejap. En.asben drive balik sampai Juru. Aku sambung sampai Gurun. Kami singgah solat subuh di situ. Dari Gurun sampai Changlun en.asben sambung drive balik. Bila jalan malam-malam kena lebih peka. Mengantuk sikit pun kena ambil berat. Nak berhenti rehat kena pastikan berhenti di hentian rehat yang ramai orang. Alhamdulillah.. perjalanan kami dilindungi. Tiba di Changlun kami bersarapan terlebih dahulu sebelum menguruskan urusan untuk pembelian Insurans Thailand. 

Tak perlu risau kalau tak tahu kat mana nak beli Insurans Thailand tu. Bila masuk aje ke pekan Changlun akan ada banyak kedai yang mempamerkan iklan perkhidmatan Insurans Thailand. Boleh pilih aje kedai yang mana-mana pun. Semuanya memberikan perkhidmatan yang serupa dengan harga yang sama. Dokumen yang diperlukan ialah geran kereta yang asal. Yang ini tuan punya kereta kena uruskan. Kemudian bayar RM14 untuk bayaran Insurans Thailand selama seminggu. Form putih untuk kemasukan ke Imegresen Thailand juga ada disediakan di kedai yang sama. Upah untuk mereka isikan form tu ialah RM1 untuk seorang/satu passport. Untuk urusan menukar duit RM ke Bath pun boleh dilakukan dikebanyakan kedai yang sama. Jadi tak perlu risau. (Korang jangan bayangkan kedai-kedai tu macam kedai khas ke apa ya. Sebab kedai-kedai tu ada yang kedai runcit, ada yang kedai kopi. Asalkan ada terpapar signboard insurans Thailand memang betullah tu he..he..)


Dokumen penting ni jangan lupa ya. Baju tak bawak takpe. Boleh beli aje kat sana sebab murah.  Tapi kalau dokumen ni terlupa nak bawak memang tak masuk Thailandlah jawabnya. Jadinya aku memang sepuluh kali check dokumen ni. He..he.. biarlah banyak kali check pun asal jangan tertinggal. 
Lepas selesai urusan dengan Insurans Thailand, dah isi white card dan dah tukar duit semua bolehlah terus ke Imegresen di Bukit Kayu Hitam. Kat Imegresen Malaysia tak perlu turun dari kereta. Sua aje passport di kauntar Imegresen tu dari dalam kereta.  Tapi di Imegresen Thailand kena parking kereta dulu. Lepas aje Imegresen Malaysia akan ada tempat parking di sebelah kiri bersebelahan dengan Imegresen Thailand. Korang parking kereta dulu untuk chop passport dan urusan dokumen untuk kereta/insurans thailand tu. Dalam passport untuk imegresen Thailand jangan lupa selitkan RM 1 bersama dengan white card tu ya. Kalau tak selit pun mereka akan minta juga nanti. So, prepare aje siap-siap.. senang. 

Lepas beratur untuk cop passport, barulah settlekan Insurans Thailand untuk kereta pulak. Yang ni owner seorang aje yang kena uruskan. 

Kat sebelah sini untuk cop passport. Kat sebelah sana yang barisan panjang tu untuk urusan Insurans Thailand. Kami tunggu di sebelah sini aje sementara en.asben uruskan dokumen untuk kereta. Sejam juga urusan kami di Imegresen Thailand. Alhamdulillah.. tiada masalah dengan dokumen dan selepas itu kami boleh memasuki Thailand dengan hati yang ceria he..he..

Keluar aje dari Imegresen Thailand kita akan memasuki Pekan Sadao. Dari Pekan Sadao ke Bandar Hatyai lebih kurang 1 jam perjalanan. Di Hatyai kami menginap di Chonlatarn Hotel. Aku tak recommend hotel tu sebab hotel tu hotel lama. Jadi takde apa yang menarik. Kalau ada pilihan bolehlah pilih hotel lain. Selepas tidur dan berehat sekejap kami turun untuk makan tengah hari. Banyak restoran halal di kawasan hotel tu. Cuma harganya mahal sikitlah. Selepas makan kami cari tuk-tuk untuk ke Pasar Terapung Hatyai. Alhamdulillah kami dapat tuk-tuk dengan harga 400 Bath/RM 40 selepas gigih tawar menawar. Satu tuk-tuk tu boleh naik dalam 10 orang. Jadinya untuk kami sekeluarga yang berlima hanya RM 20 saja untuk perjalanan selama lebih kurang setengah jam. Kira murahlah tu kan. 

Pengalaman naik tuk-tuk. Bila dah penuh berlaga-laga kaki juga he..he.. Tapi best sebab berangin. Anak-anak pun seronok. Aku pun sepanjang jalan muka senyum. Senyum sebab dapat harga murah ha..ha.. Jimat.. jimat..

Alhamdulillah.. dah sampai kat Pasar Terapung. Muka terus tersenyum-senyum. Seperti yang dikata memang ramai sungguh orang Malaysia di sini. Terus rasa macam kita berada di negara sendiri. 

Tengok sampan-sampan dan payung-payung tu memang dah rasa teruja nak membeli he..he.. terus langkah laju-laju menuju ke seberang sana.

Rata-ratanya yang berniaga di sini ialah orang muslim. Jadi bolehlah membeli tanpa ragu-ragu. Macam aku pilih peniaga yang bertudung atau yang berkopiah untuk tidak rasa was-was. Logo halal atau bulan bintang pun ada terpamer.

Beli air sebab geramkan bekas-bekasnya yang unik tu. Macam-macam bentuk ada. Pilih saja yang mana satu idaman kalbu.. Dahlah bekasnya cantik, airnya pun sedap tau. Dengan harga RM 2.50 atau RM 3.00 memang rasa cukup puas hati membeli. Anak-anak siap refill lagi.

Terangkat tau mee yang dijual di sini. Makanan lain pun sedap-sedap. Terasa yakin nak membeli sebab presentationnya cantik. Lepas tu setiap gerai nampak bersih. Lagilah rasa berselera nak membeli dan menikmati makanannya.

Pilih-pilih. Bila dah banyak-banyak jadi confuse juga nak memilih yang mana satu. Air yang dijual seperti laici, oren, kelapa. Yang pasti semuanya sedap. Eh.. dah berapa kali aku sebut sedap ni ha.ha.. 

Mama sibuk nak tolong pilihkan. Padahal anak-anak dah cakap nak yang mana satu ha..ha.. kalut betul perempuan ni tau!

Dapat membeli kat pasar terapung pun muka aku dah cukup ceria. Korang bayangkan muka aku kalau dibawa pergi butik macam mana? he..he.. dah tentu lagi berseri-seri.. Makan hati aje en.asben tengok aku tau he..he..

BB pilih bekas doraemon. Isinya air oren. Dah habis refill lagi. Tambah 10 bath aje. Airnya sejuk betul. Itu yang lagi feel tu. 

Abang Is pilih bekas angry bird. Air kelapa tu sedap. Eh.. perlu ke aku cakap sedap lagi ha..ha.. Over kan!

Ni apa entah. Kita orang tak beli pun. Tapi macam cantik aje dia buat bekas dari daun pisang macam tu. 

 Agar-agar. Colourful kan. Comel pulak tu. 

Kalau kita beli dia orang akan letak makanan dalam raga tu. Then kita masukkan duit dalam raga tu pulak. Satu cara yang unik untuk berurus niaga kan. 
Yang ni pun aku tak tahu apa.. Banyak juga yang aku tak tahu makanan apa yang dijual. Mana yang biasa-biasa tu aku belilah. Yang luar biasa aku pandang aje. Tak berani nak cuba.

Nampak sedap kan. Tapi aku tak beli. Benda berwarna-warni sangat ni aku tak berapa lalu. Tapi suka aje nak tengok.

Beli sebab suka bekasnya aje. Comel aje bekas bentuk ayam tu. En.asben dan Han rasa hujung sudu aje agar-agar tu. Aku langsung tak rasa. Tak berani nak rasa sebenarnya he..he.. 

Ikan celup tepung, ketam celup tepung. Nampak sedap tapi terlupa nak beli he.he.. 

Yang ni macam fish cake.. Tapi lebih sedap. Tambah-tambah bila makan dengan sos thai.. Lagilah best rasanya..


Dua ringgit saja..

 Roti sosej. Okeylah rasanya..



Aiskrim kelapa dia kena try. SEDAP tau.. Han pilih air dalam bekas buluh. Harga sama aje.

Lepas beli-beli makanan kita orang duduk makan kat meja dan kerusi yang disediakan. Tapi kena take turnlah sebab orang ramai. InsyaAllah, kalau sabar sikit memang akan dapat tempat. Lepas perut kenyang kami jalan-jalan tengok baju-baju dan barangan lain yang dijual di kawasan sekitar tu. Tak banyak membeli pun. Cuci-cuci mata aje. Sebelum balik ke hotel kita orang singgah ke pasar malam di Bandar Hatyai. Kat situ memang happening sebab baju-baju dan barangan yang dijual sangat murah. Sebab happening aku pun sampai lupa nak ambil gambar. Kat situ siap beli beg sekolah anak-anak seorang satu. Bila jalan-jalan hujung tahun, beg sekolah mesti termasuk dalam list barangan yang nak dibeli he..he.. Rasanya itu saja cerita yang boleh aku nak kongsikan. Part-part seterusnya kita cerita tempat lain pula ya. Sampai jumpa lagi. Bye.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

17 comments:

+ e.z + said...

wah sgt best ... teruja plk nk pegi tapi eB nih penakut skit. boleh ke eh? slamat x? hu3

Hanis Azla said...

As-salam eB..

Sebelum pergi memang saya pun ada rasa yang macam tu.. asyik fikirkan keselamatan.. tp bila dah sampai sana memang rasa selamat.. lebih-lebih lagi sepanjang jalan memang ramai rakyat malaysia.. di mana-mana pun boleh jumpa dengan orang malaysia.. orang2 sana pun nampak baik-baik saja.. Alhamdulillah.. takde apa2 yang tak elok terjadi kepada kami di sana.. InsyaAllah.. selamat aje untuk ke sana..

Lulu Caldina said...

muahaha kak fea, lulu baca pun terasa terujanya tau :) esok2 kalau dpt dtg tpt ni, mmg akan kena selongkar entri akak ni hehe

Izwa Kamaruddin said...

alahai kakkk...syok nyer!!

JunAina said...

Air dalam buluh tu menarik sungguh. Buluh tu boleh ambik terus ke?

Unknown said...

Assalam...

Salam kenal...Br bercita2 nk terjah Hatyai & krabi, google2 jumpa blog awk ni, sy rujuk cni trs la, xsabar nk tgu sambungan...

Nice blog & jmpt la ke blog sy...

ummiross said...

Waa sangat best percutian ke Thailand ni Hanis, makan2 meriah, soping pun meriah.

Angah said...

wei le...seronoknye deme berjalan-jalan ke obersee

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

bestnya g jln2...mesti banyak shoppingkan?

Rinna said...

Memang best sgt pergi ke pasar terapung tuh makanan pun sedap2kan.. :)

Eye_nee said...

Mausk Bloq lieyalatif..CUTI..masuk bloq RINNA..CUTI..masuk bloq Hanis ni pun cerita CUTI jugak.....tumpang gembira jer utk kamu sis...

p/s: n3 yg banyak gambar ni sis...suke suke...

Mak Wardah said...

wah, bestnya Hanis, Hanis Azla ni sweet orngnya

mamaarifakeemaisy said...

Waah bestnyer... seronok jln tengok tmpt org kan.. :-)

MulutPayau said...

bestnya dapat ke pasar terapung tu...teruja sangat nak pergi...

Unknown said...

serius best melancong!! Jom g melancong lagi ke Thailand or mane-mane je..

Dapatkan juga Tips Melancong Disini yang sungguh marbeles ini

Unknown said...

Hi...
Saya ingin mengetahui pertukaran wang ...eok tukar d Malaysia atau d Haatyai?

Hanis Azla said...

Hi Brother Nomo,

Saya tak pasti berapa ratenya di Malaysia atau di Hatyai.. Tapi kami memang tukar duit waktu di Bukit Kayu Hitam sebelum keluar ke sempadan.. rasanya tukar di sini lebih baik dari di sana melalui pembacaan dari blog orang lain.. harap info ini membantu.. have a nice day!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...