Thursday, November 14, 2013

Percutian ke Hatyai & Krabi 2013.. Part 2...

Assalamualaikum..

Semalam, aku telefon en.asben pada waktu en.asben balik kerja. U kat mana ni? En.asben jawab, I kat Krabi. U nak kirim apa-apa ke ma? Ha..ha..  seronok ke Krabi ya sayang! Sebelum pergi bersungguh aku memujuk en.asben nak ajak pergi. Reaksinya macam tak berapa beria sangat. Bila aku excited bercerita pasal planning dan jadual semua en.asben cool aje. Kadang-kadang buat macam tak nak pergi. Tension i tau. Tapi bila dah pergi, Alhamdulillah.. en.asben seronok. Anak-anak pun seronok juga. Siap terasa nak repeat aje kalau ada rezeki.. insyaAllah.

Hari ni nak sambung cerita lagi. Balik dari pasar malam Hatyai semua orang dah letih. Nafsu nak makan malam pun dah takde. Bila tanya semua orang mengeleng aje. Sebenarnya perut dah kenyang makan kat pasar terapung tu he..he.. Lepas solat isyak semua pun terus bummmm.. Lena sampai ke pagi. Maklumlah, malam semalamnya cuma tidur dalam kereta aje. Dapat tidur atas tilam walaupun dekat hotel yang tak berapa nak best pun terasa macam dah syok sangat. Alhamdulillah..

Bangun pagi-pagi dah rasa excited nak ke Krabi. Lepas siap-siap semua dalam pukul 7.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia), kami check out hotel. Sebelum tu kami bersarapan dulu di Restoran Kelantan yang letaknya cuma beberapa langkah saja dari hotel. Makan nasi lemak dan nasi kerabu di situ. Rasa okey-okey saja. Alhamdulillah.. kenyang. Lepas makan kami terus bertolak ke Samila Beach. Dah alang-alang berada di Hatyai, sajalah nak menyinggah ke sana. Perjalanan dalam 40-50 minit juga kut.

 Inilah Samila Beach, Hatyai.. Pada aku macam Port Dickson juga pantainya. 

 Han.. posing-posing kat sini. Aku pun sibuk posing juga. Tapi time ni aku kena  selsema yang agak teruk. Asyik terbersin aje. Semua gambar aku kelakar sebab tahan nak bersin. Jadi tak boleh nak letak ha..ha.. malu!

Ini yang popular di Samila Beach. Letaknya kat atas batu betul-betul tepi pantai. Sampai aje sini aku jalan laju-laju  mencari si duyung emas ni sebab nak ambil gambar.. Ha..ha.. kononnya sebagai bukti dah sampai kat tempat tu. Alhamdulillah.. aku sempat ambil gambar. Posing gambar muka nak terbersin juga he..he.. Tak sampai 10 minit selepas tu hujan turun dengan lebatnya. Kesian orang lain dalam grup aku yang tak sempat nak bergambar bersama si duyung emas ni.

BUAH HATIKU...
Waktu ni hujan nak mula rintik-rintik. Nak patah balik ke kereta jauh pulak tu hu..hu.. Kat belakang tulah tempat patung duyung emas tu..

 Hujan dah rintik masih ada hati nak menyinggah lagi.. Orang yang jual pun dah kelam kabut nak kemas barang. Aku sibuk juga nak memilih lagi..

 Banyak jual patung duyung tu dalam pelbagai saiz. Aku tak beli pun sebab duyung tu tak pakai bra.. opppsss.. malu pulak nak buat souvenir..

 Frust sebab tak sempat beli miniature tuk-tuk ni.. Tengah tengok-tengok hujan dah mula turun.. terpaksa lupakan hasrat sebab orang jual tu pun nak kemas barang dia..

Gerai makanan pun ada juga kat situ..

 Pembeli tegar.. sibuk nak minta tawar ha..ha..

Bila hujan dah turun dengan lebatnya, terpaksalah en.asben pergi berlari ambil kereta. Kami tunggu kat bawah pokok aje. Tunggu juga sekejap kut-kut hujan berhenti. Bila hujan terus lebat kami pun bergerak ke jeti feri. Feri untuk kenderaan ke Phattalung. (Jalan menuju ke Krabi). Feri tu alternatif untuk ke Phattalung. Guna jalan darat pun boleh. Tapi kami nak bagi anak-anak rasa naik feri tu. Kejap aje pun dengan bayaran 20 bath untuk satu kenderaan. RM 2 aje. 

Laluan untuk ke Krabi dari Hatyai ialah Hatyai --> Phattalung --> Trang --> Krabi. Laluannya sejauh lebih kurang 325 km. Maka bertolaklah kami dengan 4 buah kereta. Sebuah lagi kereta menunggu kami di pertengahan jalan ke Phattalung menjadikan 5 buah kereta untuk kembara ini. Sepanjang jalan tu memang banyak kereta-kereta dari Malaysia. Jadinya memang tak takut sangat nak buat road trip ke sana. Ada ramai geng Malaysia. Perjalanan lancar melalui lebuhraya dua laluan yang tidak sesak. Tanpa GPS kami hanya memandu mengikut papan tanda jalan saja. Terima kasih untuk Kak Lynn sekeluarga yang mengetuai perjalanan kami tanpa GPS. Bersusah payah Kak Lynn anak beranak baca signboard. Lebih-lebih lagi yang mengekori di belakang tu 4 buah kereta. Anak Kak Lynn siap dari jauh guna zoom kamera untuk baca papan tanda jalan di hadapan untuk memastikan signal yang betul diberi kepada kereta-kereta yang di belakang. Gigihkan dia orang anak beranak tu! Memang jasamu dikenanglah Kak Lynn and family.. he..he..

Alhamdulillah kami tiba di Krabi dalam jam 5.00 petang waktu Thailand. Syukur kami dah sampai Krabi. Syukur perjalanan kami lancar. Sesat sikit-sikit tu adatlah kan. Kat KL pun dah selalu sesat ha..ha.. bukan tak biasa he..he..

Trafic Light yang unik di Bandar Krabi.. Kami menginap di Aonang. Jadinya ada lagi dalam 20 minit perjalanan kami untuk sampai di Hotel. Di Thailand, wayar-wayar elektrik memang berselirat macam tu. 


 Singgah di sebuah restoran muslin untuk solat jamak zuhur dan asar. Terima kasih tuan kedai. Semoga terus dimurahkan rezeki hendaknya.. insyaAllah..


Sebagai penutup terimalah gambar anak gajah atas katil kita orang tu.. Feeling honeymoon you walaupun anak-anak ada bersama ha..ha.. Nanti aku cerita pasal hotel di Aonang tu pulak ya.. Dahhh..


Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

16 comments:

sud@is said...

Kenangan yang indah ya Hanis
Yang hairanya dan teruja melawat ke Thai ni tempatnya sangat bersih terutama jalan raya, pernah ke yala beberapa tahun dulu

+ e.z + said...

bestnya. tapi takut jugak eB nk pegi nih. he3

nazayiena said...

Bestnya pergi bercuti ke Krabi,org ckp cantik pantainya.

JunAina said...

Bila Fea dok cerita macam ni rasa teringin sgt nak memandu pi sana.

Dr K said...

baca entry2 pasal Krabi ni...saya pun teruja nak ke sana...

Tuk tuk miniature tu mmg unik la...sayang tak sempat beli....takpe...ada alasan tau kalau nak pergi lagi...hahahaha

ummiross said...

Pantai Samila tu ummi dah pernah pergi Hanis, patung duyung tu budak2 lelaki suka posing kat situ, hehe..
Tapi Krabi tak pernah sampai lagi, looking forward utk n3 Hanis seterusnya.

Izwa Kamaruddin said...

teruja nyer kak!

safurara said...

sy penah g samila beach ni.tp masa tu panas terik.nak snap pic kat duyung tu xleh.sbb panas.hehe

Irfa said...

ramai org pegi krabi skrg ni
antara tpt yg menarik utk di lawati

ALoNa CintamaniszLite said...

Assalammualaikum,
tumpang masuk...nak cari info psl krabi dan hadyai konvoi ngan kereta, hehe..
Sy..InsyaAllah...bulan depan ke sana.

ALoNa CintamaniszLite said...

Lupa nak tanya...
masa menginap kat sana..bilik tu leh ke sumbat lebih dari 2 orang? Sbb dgr citer dorang ni tegas sket.

Hanis Azla said...

As-salam Alona..

Dekat hotel lain saya tak pasti pulak.. tapi kat aonang smile hotel tu boleh aje sumbat lebih dari 2 orang.. mcm kami 5 orang 1 bilik (saya, suami dan 3 org anak).. Lagipun pergi kan naik kereta, boleh bawak toto & bantal sekali he..he..

Anonymous said...

salam
insyallah nak ke krabi mayb driving juga..mencari info. thanks ya. ada yg nak join convoy?

Anonymous said...

salam. nak tumpang tanya aonang smile hotel tu ada sediakan car park tak...sebab saya bercadang nak naik kereta je...

Anonymous said...

salam. nak tumpang tanya kat aonang smile hotel tu ada sediakan car park tak? sbb saya ingat nak bawa kereta je..

Hanis Azla said...

As-salam anon,

Kat aonang smile hotel tu ada parking.. so senang nak park kereta betul-betul depan hotel..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...