Wednesday, August 15, 2012

Orang memberi kita merasa, kita memberi orang merasa..

Assalamualaikum...

I have been surfing on-line greater than three hours today, yet I never discovered any fascinating article like yours. It's lovely value sufficient for me. Personally, if all site owners and bloggers made just right content as you probably did, the web shall be a lot more useful than ever before.

Dо you minԁ іf Ι quote a couple of your аrticlеs as lοng аs I pгovide сrеdit and sourсеs bаck to уour webpage? My blog ѕitе is in thе еxасt same niсhe as yοurs and my userѕ ωould truly benеfit from a lot of thе information you pгesent here. Plеase let me know if thіs ok with you. Chеегs!

Komen-komen di atas adalah dari anonymous yang pernah singgah di blogku.  To those anon, I appreciate it so much for your comments! Membaca komen-komen dari mereka membuatkan aku berasa sangat berbesar hati. Terasa matlamat untuk menjadi blogger dan berkongsi serba sedikit kisah-kisah peribadi dan keluarga sudah tercapai. Alhamdulillah, bila ada juga nilai baik yang diperolehi dari kisah-kisah biasa diari kehidupanku juga pandangan peribadiku yang tidak seberapa. Sebenarnya, bukan pujian yang diharapkan dalam setiap tulisan. Hanya perkongsian yang mahu dikongsikan bersama. Tapi bila ada yang dapat menerima nilai yang baik darinya, aku rasa sangat seronok untuk terus berkongsi cerita.

Sebenarnya aku mula terpikat dengan blog selepas membaca sebuah blog anak muda lelaki yang sudah tidak aku ingat siapa namanya? Apa URL blognya? Tapi sampai saat ini, cerita simplenya yang mempunyai nilai yang baik masih berada dalam ingatanku. Hanya cerita mengenai dia ke restoran makanan segera pada dinihari kerana lapar. Bila keluar berseorangan, dia jadi pemerhati gelagat orang lain. Kemudian dia melahirkan rasa tidak puas hati bila melihat pengunjung yang meninggalkan meja makan dengan meja yang bersepah. Kerusi yang ditinggalkan berselerak. Sikap tidak baik sebegitu amat mengecewakan bagi dirinya. Pada pandangannya, walaupun di restoran makanan segera yang dibayar cukai, kita juga punya punya tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kekemasan tempat makan. Ini kerana orang luar akan memandang semua itu dan akan menilai sikap kita. Tidak mengapa jika kertas pembalut makanan dan cawan kertas tidak mahu terus di buang ke dalam tong sampah jika rasa itu bukan kerja kita. Tapi cukuplah jika mengumpulnya dengan kemas di meja. Bukan ditinggalkan berselerakan saja. Dari situ aku mendapat nilai yang baik dari ceritanya.

Begitulah kehidupan. Bila orang lain berkongsikan kebaikan, kita dapat nilai yang baik itu. Bila kita pula yang mahu cuba berkongsi kebaikan, orang lain pula mendapatnya. Setakat ini carian tentang tips membaiki bilik air tersumbat menjadi carian yang paling tinggi setiap hari di blogku. Cukup seronok bila mendengar ramai yang berhasil bila menggunakan tips tersebut. Mana tidaknya, perkongsian kecil dari kita dapat membantu orang lain. Alhamdulillah.. Semoga kita semua sentiasa mendapat manfaat dari perkongsian cerita dan pandangan yang kita kemukakan. Di samping dapat mengumpul sahabat baru dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada di alam maya ini. Walaupun tidak pernah bersua muka dan tidak mengenali hati budi sepenuhnya, tapi itu semua tidak membataskan kita dari menerima nilai-nilai yang baik untuk kita memperbaiki diri juga panduan berguna yang dapat menyelesaikan masalah harian kita.

Salam hormat buat semua. Take care.

19 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yup..blog akak ialah blog yg terbaik dalam bentuk penulisan,penceritaan,nasihat,dlm segala pengkongsian..

tahniah kak sebab apa yg akak cuba sampaikan akan tersampai pada kami yg membacanya kerana penceritaan akak dlm bentuk teguran yg sgt lembut...

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul tu fea, akak slalu tgk kat kedai mkn, boleh tinggal pinggan gelas sume berselerak. en. abah slalu pesan, kalau dah mkn jgn tinggal berselerak, susun ckit biar nampak kemas, bukan rugi pun
anyway salam aidilfitri dari akak sekeluarga buat fea sekeluarga

Unknown said...

Betul tu, rasa puas hati bila dapat kongsi sedikit info dan ilmu dengan orang lain...

Teruskan usaha berkongsi ilmu.... :)

Suara Kalbu said...

Setuju dengan komen anon tu.

Suka susunan bahasa dan perkara perkara yg ingin disampaikan akak dalam blog ni diolah dengan baik.

Tahniah

Unknown said...

baca blog fea mmg ada satu kepuasan. Walau tiada gambar, lebih kepada bercerita, tp messagenya memang sampai kepada kami....

Yus mmg kurang pandai bercerita, lebih suka share gambar kemudian baru cerita.

Apa pun teruskan fea....suka baca celoteh fea...:)

-Sara- said...

iklas dr hati sara, blog akak mmg best! terbaik! :)

Eye_nee said...

Tidak pernah sekali akk skip membaca apa yg kamu tuliskan..Seperti ada tarikan menarik membaca setiap ayat kamu...akk tidak mahu tertinggal membaca walaupun satu perkataan pendek..membaca karya sebaik yg kamu tulis terasa rugi jika tidak memanfaatkan isinya...

Cikgu Ma said...

saya memang x sampai hati nak sepahkan meja dan kerusi bila habis makan kt kedai...bukan tunjuk baik...tp apa salahnya kita berbudi..nak2 pula kalo gerai yg kita selalu pgi...

salam ukhwah & salam aidilfitri =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

Lulu Caldina said...

begitulah yang terjadi dengan blogger alin tu.. membaca blog kakak membuatkan dia pun nak jadi blogger :)

Fieza79 said...

sma laa...jd penulis blog skrg..he penulis la sgt..sb terbaca blog kwn2 la ni..terus jd tegar..walau sekarang dh kurang tegar hehee..

lagi2 membaca blog akak yg byk pengisian...suka sgt..

mama maman aka yana said...

harap blog sy pun sama.. dan harap sy mampu menbaik pulih blog menjadi blog yg baik.. sebab sy nih selalu sgt merapu tahapa2tah..

ummiross said...

ummi pun suka baca celoteh2 Hanis kat blog ni, kadang2 perkara yang simple tapi diolah menjadi begitu menarik dan santai, tahniah.

Dr K said...

Blog , sebagaimana medium lain, boleh berikan manfaat, dan boleh datangkan mudarat. Kita sebagai penulis biarlah berikan manfaat..sekurang kurangnya, kalau tak dpt imbuhan nuffnang ke apa, Insya Allah dpt imbuhan dari Allah..itu lebih utama ;)

JunAina said...

Memandang dan mengambil iktibar, membaca untuk jadikan pedaoman. Blog dengan penulisan teratur dan gaya bahas yang baik dengan mudah orang akan datang kembali...

Selamat Hari raya Aidilfitr, terasa lama tak menjengah kat sini...

nazayiena said...

Betul tu fea,rasa seronok bila kita berkongsi kebaikan di sini utk rujukan semua dan apabila respond yg baik juga menjadikan kita bertambah semangat nak menulis.

Murni Alfathunnisa said...

sharing is caring kannnn....:-)

saya mula tertarik dgn blog akak pasal entri anniversary dan entri2 umrah...sangat berkesan...with good info.

bila kita menulis, rasa seronok & puas kalau ada yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. penulisan saya toksah habaq la..hehe...more to personal saja.

Maya Mayana said...

Alhamdulillah...kdg2 kita dapat nilai2 murni dr pembacaan tk kira dr blog dan novel dan lain2...


kesempatan ini yana nk ucapkan selamat menyambut syawal buat akak sekeluarga dan kalau ada sebarang salah dan silap harap dimaafkan :)

mummY daniSha said...

hehe..tujuan sy berblog sebenarnya cuma sekadar utk catat memory anak2,family n fren...tp taun ni baru sy rajin nak BW heheee...baru rasa best dpt tukar idea...or sharing apa2....anyway,nice knowing u kak ...even hanya di alam maya =)

+ e.z + said...

sharing is caring
:)
eB psl family sbb diary kami tuh :)

" TLF & family menyusun 10 jari memohon maaf diatas segala ketelanjuran kater
serta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada
semua rakan-rakan bloggers
yang selalu datang menziarah ke blog TLF.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.

MAAF ZAHIR DAN BATIN. "

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...