Assalamualaikum..
Waktu kali terakhir aku ke Cameron Highland, Is baru berumur dalam 3 bulan macam tu. Kelmarin, aku kembali ke CH selepas Is nak ambil UPSR tahun ni. He..he.. punyalah lama baru ada rasa nak ke CH semula. Sebelum-sebelum ni takde pun teringin nak naik CH lagi. Mungkin sebab pernah pergi jadinya tak terasa pun nak pergi lagi. Tapi bila baca cerita best kawan-kawan yang bercuti ke CH, yang petik-petik strawberi di CH, yang ambil gambar di ladang teh CH, terus aku pun rasa teringin sangat nak ke sana semula. Hari ahad tu kami menghadiri kenduri kahwin sepupu di Ipoh. Waktu dapat jemputan lagi, kepala aku dah set nak terus ke CH selepas balik dari kenduri.
Sebelum booking hotel rasa teringin tu ada sedikit berbelah bagi bila memikirkan kesihatan adik aku yang tak berapa baik sekarang ni. Tapi sebab takut hotel penuh kalau booking last minute, akhirnya aku tawakal aje booking hotel dulu. Kalau dapat pergi, pergilah. Kalau tidak pun tak mengapa. Ditakdirkan hari rabu lepas adik aku di tahan di wad semula. Waktu tu dah rasa macam tak dapat nak pergi dah ke CH. Tapi Alhamdulillah, hari jumaat tu dia dah boleh keluar dari hospital. Alhamdulillah, aku pun dapat ke CH seperti yang dihajati selepas balik dari kenduri. Terima kasih Allah kerana mengizinkan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar.
Kami naik ke CH dalam pukul 3.30 petang melalui jalan Simpang Pulai. Waktu nak naik en.asben dah mengantuk. So, aku take over drive half way naik ke atas. Nampak aje Strawberi farm yang pertama kami terus berhenti. Punyalah tak menyempat nak tengok kebun strawberi. Lepas tu kat kebun tu jugak terus nak petik strawberi he..he.. Petik punya petik ngam-ngam kita orang dapat 500gm. Okeylah banyak juga. Harga dia RM20 untuk 500 gm. Lepas tu naik ke atas lagi. Nampak tempat coklat kita orang berhenti lagi. Singgah makan aiskrim dan strudle strawberi pulak.
Dalam pukul 6 petang barulah nak bergerak ke hotel di Brinchang. Sebab isnin tu cuti umum, maka jalan di CH jadi cukup sesak. Merangkak-rangkak kereta nak naik ke atas. Dengan hujannya lagi. Sudahnya pukul 9.30 baru sampai ke hotel. Parking pun penuh. Terpaksa parking jauh sikit dan meredah hujan nak ke hotel. Malam tu kami bermalam di Iris House Hotel. Pada mulanya en.asben suruh aku booking di Strawbery Park. Tapi aku rasa macam membazir pulak nak duduk hotel mahal cuma sekadar untuk tidur. Alhamdulillah, aku booking di Iris Hotel tu. Jadinya takdelah rasa rugi sangat bila dah lewat baru kami dapat check in. Harganya RM219 untuk quad room. Ada 2 queen bed. So, selesalah untuk kami 5 beranak. Bilik hotelnya pun pada aku boleh tahan.
Lepas mandi dan solat dah pukul 10 malam. Perut masing-masing dah lapar. Nak keluar semua kat luar tu hujan makin lebat. Jadinya aku dengan en.asben aje yang keluar pergi beli makanan. Konon-konon nak juga ke pasar malam Brinchang yang katanya happening tu. Tapi separuh jalan terus tak jadi sebab hujan lebat sangat. Masuk KFC queue punya panjang. Ayam pun kena tunggu. Kesian takut anak-anak tunggu lama kita orang pergi kat gerai-gerai depan tu. Cuma ada sebuah aje yang tak tutup lagi. Boleh order pun nasi goreng kampung aje. Kira dah okey sangatlah tu. Balik hotel, lepas makan semua tidur lena sampai ke pagi sebab dah penat + kenyang + sejuk = Awesome.
Pagi tu lepas subuh ingat nak duduk dalam selimut aje semua. Tapi bila duduk kat beranda rasa lagi bestnya kalau keluar sejuk-sejuk. So lepas mandi, dalam pukul 9 kita orang terus check out. Mula-mula kita pergi cari sarapan. Kat mana-mana kedai pun memang penuh. Kenalah tunggu sekejap dan sabar banyak-banyak. Lepas makan kami turun ke Kampung Sedia. Singgah kat Al-mashoor Farm untuk makan homemade aiskrim dengan strawberi celup coklat. Sedap sangat aiskrim homemade tu. Harganya RM2.50. Ada potongan strawberi dan sos strawberi di atasnya. Tapi aku dengan en.asben aje yang suka. Anak-anak lagi suka aiskrim strawberi yang jenis aiskrim malaysia tu. Yang tu pun sedap juga. RM 1 sebatang.
Lepas ke Kampung Sedia kami turun ke Tanah Rata. Kami ke Mardi Agrofarm pulak. Entrance RM3 untuk dewasa. RM1.50 untuk kanak-kanak. Mula-mula macam bosan aje nak masuk. Tapi bila da masuk rasa tak nak keluar pulak sebab seronok sangat tengok pokok-pokok dan bunga-bunga yang cantik kat situ. Hajat hati nak beli bunga. Tapi tak jadi sebab takut bunga yang cantik tu akan tak berjaga bila sampai kat tangan aku. Sudahnya beli kaktus yang kecik2 tu aje. 6 bekas RM10. Beli sekali tempat letak pasu kaktus tu RM8. Jadilah buat kenangan.
Keluar dari Mardi Farm kami jalan-jalan di Pekan Tanah Rata. Last time kami pergi stay kat Tanah Rata. So, mengimbau kembali kenangan kat situ. Beli souvenir semua kat kedai-kedai disitu. Harganya memang lebih murah dari tempat lain bila aku dah bandingkan harganya. Lepas beli souvenir kami cari scones pulak. Lepak kat satu cafe kat tengah bandar Tanah Rata tu. Sedap sconesnya. Cafenya pun cantik. Sejuk-sejuk makan scones dengan hot chocolate memang heaven lah kan. Lepas makan kami naik balik ke Brinchang sebab nak ke Kea Farm. Jalan memang agak sesak.
Sebelum ke Kea Farm kami singgah beberapa tempat juga kat area Brinchang. Lepas tu singgah ke Time Tunnel kat area Kea Farm. Time Tunnel tu macam arkib barangan lama. Entrance RM5 untuk dewasa. RM3 untuk kanak-kanak. Kami anak-anak memang suka masuk muzium. Jadinya kami sangat seronok di sana. Fikirkan kereta parking tepi-tepi jalan aje. Kalau tak memang kami nak duduk lama-lama kat dalam tu. Keluar dari situ kami terus bergerak ke Kea Farm. Tapi En.asben, Han dengan Az tak turun pun. Tunggu aje dalam kereta sebab takde parking. Aku turun laju-laju dengan Is. Aku borong sayur sikit, strawberi lagi sikit, jagung sikit dan goreng-gorengan sikit untuk makan dalam kereta. Semua sikit-sikit. Tapi aku banyakkkk beli keledek manis. He..he.. kita orang suka keledek.
Lepas dah penuhkan kereta dengan keledek he..he.. kami ke Bharat Tea Plantation. Makan scones lagi dengan teh mahal kat situ. Lepas tu pergi posing-posing anak-beranak kat ladang teh. Keluar dari ladang teh kami singgah solat di Masjid Kampung Raja. Perjalanan turun sangat lancar. Keluar dari tol Simpang Pulai dalam pukul 5 lebih macam tu. Highway kejap lancar. Kejap sesak. R&R jangan cakaplah punya penuh. Nak singgah solat pun takde parking. Sudahnya kami singgah solat kat tol Tanjung Malim. Sampai rumah pukul 9.30 malam. Alhamdulillah.. Overall aku sangat puas hati kerana dapat bercuti ke Cameron Highland. Sesak pun sesaklah. Lepas ni entah bila nak naik lagi. Harap-harap takdelah sampai Is nak ambil degree pulak he..he..
10 comments:
err..same la kak!pegi CH mase syahmi dlm perut lagi..hehehe..skrg dia dah nak masuk 6 thn... :)
Seronok baca catatan Fea. Kakcik pun dah lama sangat tak ke CH tu...
munna pun baru sekali je naik tahun ... masa tu yasmin baru je duk dlm perut.... skrg dah nak masuk 3 thn... ntah bila pulak lah nak sampai sana lagi
sy pegi lepas cuti sekolah pun tetap sesak.. keta banyak. tp x sebanyak cuti umum/sekolah..
sy pun suka makan scones dgn jem strawberi dorg.. sedap sgt.. berangan nak buat. tp entah bila.. heee..
bestnya..saya tak sampai lagi CH ni.. teringin jugak nak bawak anak2..
oklah tu fea, lepas 12 tahun jejak semula ke sana, yus ni tak pernah sampai sana tau!!!...huhu. Harap2 tahun ni jadi pergi sana...hihi.
ok lah tu jejakkan kaki buat kali kedua..akk ni langsung tak pernah ke CH....alahai dlm Malaysia jer kan...punyalah teruk...
Experience saya ke CH, pertama kali waktu peknen Hannah. kali kedua waktu peknen Hadif, kali ketiga peknen Hilda. pendek kata waktu peknen je naik CH. cuma raya tahun lepas pecah tradisi naik CH time tak peknen. Sbb nk bawak parents sekali. Hehe. Best kan CH. kalau hujan, mengancam sejuk dia
CH memang best..tapi kalau hujan yg tak best tue..
Ummi pun samalah Hanis, dah lama sangat tak ke CH. Dengar cerita Hanis ni, teruja pulak nak pergi. Ummi pun suka keledek manis tu, toast dalam microwave je, memang sedap sangat.
Post a Comment