Minggu lepas, Han ada memberitahuku yang di sekolahnya akan diadakan acara pengucapan awam. Beberapa hari selepas itu dia memberitahuku yang dia mahu memilih untuk bercakap mengenai penyakit SLE. Katanya sejak akhir-akhir ini dia selalu mendengar aku bercerita kepada orang lain tentang penyakit tersebut. Bila sudah hari-hari mendengarnya, Han jadi semakin faham tentang penyakit tersebut dan boleh bercakap mengenainya tanpa memerlukan teks. Jadinya dia terpanggil untuk memilih topik itu sebagai tajuk ucapannya. Ini kerana baginya masih ramai yang seperti tidak maklum tentang penyakit itu. Sebenarnya aku juga baru mengetahui tentang penyakit tersebut pada tahun lepas selepas suami teman sepejabatku meninggal dunia akibat penyakit itu. Tapi waktu itu aku sekadar tahu secara serba sedikit saja. Bila adikku disahkan dengan penyakit SLE awal tahun ini, barulah pengetahuanku tentang penyakit itu tambah mendalam lagi. Ianya aku perolehi dari penerangan doktor dan juga melalui pembacaan. Bila Han memilih untuk bercakap tentang penyakit itu, aku juga jadi terpanggil untuk bercerita mengenainya di sini.
SLE (Systemic lupus erythematosus) atau lebih dikenali sebagai lupus adalah sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan sistem imunisasi tubuh menyerang tisu-tisu sihat dalam tubuh. Sistem imun itu sendiri menjadi bercelaru dan melawan bahagian tubuh sihat yang sepatutnya dilindungi. Akibat sistem imun rendah, pesakit mudah terdedah kepada jangkitan kuman serta masalah kesihatan yang lain. Penyakit ini sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita yang berusia antara 15 hingga 45 tahun. Penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan petandanya berubah-ubah mengikut individu. Ada yang menderita demam yang berlanjutan, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat ataupun mengalami kemurungan. Dunia perubatan turut menganggap lupus sebagai penyakit seribu wajah. Penyakit ini tiada ubat. Ubat yang diberi (steroid) adalah untuk mengawal penyakit itu saja. Itulah serba sedikit yang boleh aku ceritakan mengenai SLE.
Macam adik aku, sejak dulu dia memang kerap demam. Bila terkena batuk dan selsema, ianya akan berlarutan dalam tempoh yang agak lama. Sendi-sendinya juga selalu sakit. Pada mulanya dia menyangkakan yang ianya gaot kerana asid uric dalam darahnya memang tinggi. Pada hujung november tahun lepas dia ke klinik kerana batuk yang berpanjangan. Waktu pemeriksaan tekanan darah, bacaannya naik terlalu tinggi. Dalam 180 macam tu. Oleh sebab itu dia ditahan di wad kerana darah tinggi. Selepas mengambil ubat dan berehat beberapa hari di wad darahnya kembali normal. Tapi selepas keluar dari wad, darahnya sering saja naik sekitar 170-180. Selepas sebulan, dia kembali ke hospital untuk rawatan susulan. Pada ketika itu doktor mula mengesan sesuatu yang tidak kena bila ubat darah tinggi yang diberi seperti tidak dapat mengawal tekanan darahnya. Bacaan tekanan darahnya mencecah sehingga 199.
Oleh sebab itu doktor membuat urine test pula. Melalui ujian itu doktor mendapati banyak protein dalam air kencingnya. Adik aku kemudiannya dirujuk ke doktor pakar buah pinggang. Beberapa ujian lain termasuk biopsi buah pinggang telah dibuat sebelum adik aku di sahkan mengidap penyakit SLE. Sejak dimasukkan ke wad pada 4 Januari 2013, sudah beberapa kali adik aku keluar masuk hospital. Sehingga hari ini adikku masih lagi diberi cuti sakit kerana keadaan kesihatannya masih belum benar-benar stabil. Steroid yang diambil untuk mengawal penyakit mula memberikan kesan padanya. Badannya mula naik bila selera makan jadi meningkat. Kaki jadi selalu bengkak kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik. Setiap minggu dia perlu memenuhi rutin berjumpa dengan doktor pakar kerana doktor mahu memantau keadaannya. Dia juga perlu lebih menjaga kesihatannya untuk mengelak dari jangkitan penyakit.
Alhamdulillah.. dalam keadaan begini, kaum keluarga semuanya bersatu hati memberikan sokongan. Emak sentiasa ada untuk memberikan semangatnya. Aku dan adik bongsuku memang memberi perhatian yang lebih kepada dia dan anak-anaknya. Makcik, pakcik, sepupu, saudara mara juga kawan-kawan sentiasa sama-sama memberi sokongan yang kuat. Ramai yang sudi mengambil tahu dan bertanya khabar. Kawan-kawan yang membaca kisah adikku di blog juga ada yang menelefon bertanyakan kesihatannya. Thanks untuk Liza dan Ain yang menelefonku semalam. Rasa cukup terharu bila kalian sudi mengambil berat. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik juga kesembuhan buat adikku. Semoga Allah membalas kebaikan semua yang begitu baik budi menyokong dan mendoakan kesihatan adikku.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Have a nice day.
16 comments:
good good info kak..
Rasa sebak mmbaca kisah adik fea...akak harap dia tabah mnghadapi ujian ini...begitu jg suami dan ank2 dia..semua kn mmbantu.beri sokongan tak kira lah apa jenis bantuan.....jgn putus asa
Alhamdulillah kaum keluarga sentiasa bersama ....
Kuat kan semangat semua ya
semoga adik akak bertambah kuat dan bertabah dgn semangat kekuatan family akak..
Tq berkongsi info Hanis, ummi pun tak tau pasal penyakit ni secara detail.
Moga adik Hanis diberi kekuatan untuk menghadapinya dan semoga bertambah baik keadaannya dari hari ke hari, jangan berputus asa.
Tak tahu kenapa kakak rasa sayu hati bila baca N3 Hanis ini. Macam kakak bolehlah kata ini ujian tapi pada yg menanggung dan keluarga yg melihat pasti lebih merasai.
Apa yg kakak mampu sekadar mendoakan moga adik Hanis tabah dan Allah pertemukan dia dgn kesembuhan.
moga akak sekeluarga terus kuat semangat ya
semoga dimudahkkan segala urusan dan adiknya cepat sembuh...
ya Allah, takutnya..besar ujian utk adik kak hanis..harap dia cepat sembuh...
Akak pun doakan semoga adik Hanis dikurniakan kesembuhan olehNya, amin.
Walau kita jauh, jarang sangat dapat jumpa, tapi doa yang baik-baik juga untuk Hanis sekeluarga. Semoga terus bertabah ya.
semoga Allah memberi rahmat yang besar ke atas keluarga akak yang bersatu hati beri sokongan kat adik akak. pesakit ni perlu aura yang bagus macam ni untuk mereka maintain kesihatan. insyaAllah...
Terima Kasih atas info ...
Adik saya juga disahkan SLE selepas demamnya berpanjangan... Awalnya, sebelum diketahui doctor memberi dua kemungkinan penyakitnya ... Kanser darah atau SLE...
Kaki Adik membengkak... Dan bengkak itu hingga ke bahagian pinggang dan perut... Awalnya muka yg bengkak... Sekarang bahagian kaki dan badan. Perwatakannya memang berubah sangat... SLE ini baru dikesan 2 minggu lalu...
Semoga Adik Akak diberi kesembuhan olehNYA
Thanks for sharing..penyakit kalau datang tak diduga, mujur sgt ujian penyakitnya dtg, ramai yg bgi sokongan n take care..itu sgt penting kan..moga kian sembuh dia.. Inshaa Allah...
Insyaallah... Mohon lah kepadaNya dan tabahlah menghadapinya...Didoakan semoga semuanya berjalan lancar...Amin Ikhlas dari Alkisahnya
Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.
Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570
2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻
3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.
4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
- Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
- Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
- Masalah Keputihan
- Darah Tinggi
- Buah Pinggang
5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit
-Sy share mlalui
pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.
Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼
Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
~~~~
▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
~~~~
Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn
NOTE :
Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
- Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment