Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. semalam hari pertama persekolahan anak-anak di tahun 2013 berjalan dengan cukup lancar. Aku tak cuti pun sebab en.asben yang cuti he..he.. Thank you sayang! Anak-anak tiada masalah untuk memulakan rutin mereka seperti biasa. Semuanya nampak teratur dan aku tak perlu nak rasa stress pagi-pagi. Itu yang best tu bila dapat pergi ke pejabat dengan mood ceria. Lebih ceria bila teringat-ingat telatah dan perangai anak-anak yang bermacam-macam tu. Semalam hari pertama, jadinya banyaklah juga cerita yang di kongsikan oleh anak-anak lepas balik sekolah. Seronok aku dengar.
Han dengan Is dah besar jadinya cerita-cerita mereka lebih kepada jadual dan aktiviti sekolah. Hari ni pun sekolah Han dah mula dengan aktiviti tambahan. Advance betul sekolah sekarang kan. Minggu pertama sekolah dah terus aktif. Satu perkembangan yang baik tu. Itu cerita kakak dengan abang. Yang si adik masih banyak cerita tentang dia dan kawan-kawan. Tersenyum-senyumlah aku dengar cerita Az. Si bongsu aku ni memang suka buat hal sendiri. Hal orang memang dia tak ambil port. Tapi bila sesekali mood nakal dia datang, asyik nak menyakat orang dan loyar buruk aje kerjanya. Jadinya bila dia nak bercerita memang selalu cerita dari dia tu memang cerita yang tak terjangka. Memang kami akan tergelak-gelak mendengarnya padahal dia bercerita dengan muka yang macam takde perasaan aje he..he..
Inilah Az. Mamat ni memang stylo lebih. Muka memang budget Aiham Fahri. Muka sombong dan susah sangat nak senyum. (Kenal ke dengan Aiham Fahri tu?? he..he..) Kalau ambil gambar selalu tak menjadi sebab dia suka buat muka bosan. Spoilled betul. Macam malam tahun baru tu adalah kita orang ambil gambar. Semuanya tak menjadi sebab dia asyik buat muka. Annoying betul. Siap ada dua tiga gambar tu dia boleh menongkat dagu nak tunjuk muka bosan sangat. Boleh??? Aduhai.. Takpelah B.. muka stok Aiham Fahri ke, suka menyakat ke, suka loyar buruk ke, BBlah juga penghibur mama, ayah, kakak dan abang. We love you sayang. Susah tau nak ambil gambar dia pose macam ni. Itu yang aku nak letak kat sini. Sebab eksklusif sangat he..he.. Siapa yang nak buat menantu boleh booking siap-siap ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care.
20 comments:
Memang ekslusif sebab susah nak nengok gambar kat blog akak ni...Az ni umur dia berapa kak?
amboiiii....sebab dia hensem la dia xnk senyum lebih kak..kang ada yg terpikat sgt nieee :)
Waa sekali sekala posing memang kacak bah!
Haha.. Teringin nak booking anak teruna Hanis yg ala2
Aiham tu, tapi sayangnya ummi takde anak perempuan..
kalu dia senyum sesekali sure manis sgt.. kannn... :)
Nurulhuda Abdul Latip : he..he.. Az ni 9 tahun Huda.. Tahun ni darjah 3..
setuju dengan komen huda...
tak senyum pun takpe, tetap hensem
hehe...macam2 keletah anak2 ni kan hanis...kalau ank saya pulak pantang sua kamera dia angkat dua jari hehe..tak kira lah masa menangis ke apa
Az ensem laaa....
Senyuman AZ mahal kak..kalau dia senyum confirm semua cair dengan kehensemanya ekekeke...
OKlah kakak booking nie Hanis boleh? Belajar rajin-rajin jadi anak yg soleh dan pandai jadi menantu auntie hihi...
Kalau boleh booking-booking ramai yg nak buat macam tu Hanis:)
sebenarnya kan Hanis, memang susah nak ambek gambar anak lelaki, kan. diaorang eksyen bila disuruh bergambar, kann.
Errrr..saya tak kenal aiham fahri tu..terus nak google ni...hahaha
Ada setengah budak memang tak suka bergambar kan, boring je asal nak ambil gambar buat muka..hihi..
owh aiham fahri ^___^
buat nak balik ke TFT ;)
Aiham Fikri? Hmm kekal dalam ingatan kak aya.
Tetap hensem walau tak senyum....
hurm..dah bujang dah ank bongsu hanis ni(bongsu ke?hihi)..ragam ank mcm tu lah kan..yg besar dah senang ckit..yg br masuk seklh tu yg nak kan lbh perhatian..
aiham fahri ni mesti wtk dlm novel hanis kan..dah siap ke???
lama x singgah cni tu yg ketinggalan ketapi..hhuhu
Alhamdulillah anak2 yang dididik dgn baik akan menjadi yg terbaik...
Post a Comment