Assalamualaikum..
Sedih betul dengan kisah anak-anak hilang. Di cermin bank depan rumah, waktu dulu hanya ada satu gambar budak hilang. Sekarang ini sudah semakin banyak gambar budak hilang yang ditampal. Setiap kali memandang gambar-gambar itu terasa naik bulu roma. Rasa takut yang amat sangat. Rasa sebak yang semacam. Minta dijauhkan hendaknya. Apalah nasib anak-anak yang hilang itu agaknya? Teringat satu kisah tentang anak jiranku (6 tahun) yang hilang sekejap tahun lepas.
Petang itu selepas balik dari kerja aku memang ada mendengar emak menasihatkan anak jiran depan rumah supaya bermain tidak jauh dari kawasan rumah. Sibuk juga emak bertanya mana abang dan kakak budak itu. Emak memang macam tu. Tak kira anak siapa, prihatinnya memang lebih bila nampak ada anak-anak jiran yang bermain seorang diri atau bermain agak jauh sikit dari kawasan rumah. Sikap ambil berat orang-orang tua ni memang terlebih sikit dan kita patut ambil sebagai contoh yang baik. Ini kerana sikap mereka itu sebenarnya bukan mahu menyibuk, tapi lebih kepada mahu mengambil tahu dan berjaga-jaga agar tidak berlaku hal yang tidak diingini.
Selepas solat maghrib, Han naik ke bilikku dengan muka cemas. Mama, Cik J datang tadi tanya nampak tak anak Cik A sebab dia tak balik-balik sampai sekarang ni lepas keluar main kat luar petang tadi.. Waktu itu berderau darahku. Teringat teguran emak kepada anak jiran petang tadi. Tapi yang ditegur oleh emak adalah anak Cik J yang datang bertanya. Bukan anak Cik A. Tapi emak kata memang emak ada nampak anak Cik A yang bermain dengan abangnya di luar petang itu. Tapi bila abangnya pergi ke kedai, adiknya ditinggalkan bermain seorang diri di luar.

Waktu aku keluar ke depan, jiran-jiran yang terdekat sudah berkumpul di depan rumah. Kiranya sejak pukul 7 lagi mereka sudah mula mencari tapi kami yang di dalam rumah tidak tahu cerita. Aku lihat semua yang di luar berkongsi wajah cemas. Ada jiran yang sudah pergi mencari sekitar padang. Longkang-longkang di sekeliling padang semuanya sudah dibelek. Cikgu tadika sudah mula menelefon bertanyakan budak itu kerana ikut risaukan keadaannya. (Tadika berhadapan padang jadinya bila nampak ada yang pergi mencari di situ maka cikgu-cikgunya pun jadi cemas sama).
Kami terus berdebar bila sudah melebihi pukul 8 tapi wajah anak jiranku masih tidak muncul juga. Ini kerana tidak pernah dia balik ke rumah lewat sebegitu. Tidak pernah juga dia pergi bermain jauh benar dari kawasan rumah. Dalam terfikir-fikir di mana anaknya berada saat itu, jiranku terfikir untuk mencari anaknya di rumah kawan anaknya yang terletak di depan padang. Alhamdulillah, bila dia ke rumah itu, memang anaknya berada di situ. Waktu itu anaknya dan kawannya sedang leka bermain. Menurut cerita, bila dah masuk maghrib ayah kawannya memang ada menghantar sms kepada anak sulung jiranku itu. Tapi sebab nombor hpnya sudah lama tidak aktif makanya pesanan itu tidak dapat sampai kepada jiranku. Perkara nak berlaku kan. Hanya disebabkan hal yang sedikit boleh menjadi hal yang mengemparkan juga mendebarkan.
Alhamdulillah.. anak jiranku tidak hilang. Kami semua rasa cukup bersyukur. Dalam pada itu kami semu dapat pengajaran dari kisah tersebut. Sedikit keprihatian tentang anak orang lain dapat mengelakkan dari kekalutan seperti itu terjadi lagi. Sepatutnya bila ada anak orang lain di rumah kita pada waktu yang tidak sepatutnya, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghantarkan budak tersebut balik ke rumahnya dengan selamat. Dalam hal yang seperti ini, walaupun pesanan sudah di hantar, adalah menjadi sesuatu yang pelik bila keluarga budak tersebut seperti tidak mengambil endah tentang hal itu. Makanya menjadi tanggungjawab kita juga untuk memastikan yang pemberitahuan kita tentang hal tersebut sampai kepada keluarganya dengan baik.

Minta dilindungi hendaknya anak-anak kita semua. Semoga sikap prihatin kita semua dapat membendung hal yang sebegini dari terus berlaku. Ramai yang mengaitkan tentang kecuaian ibu bapa sebagai faktor utama bila anak-anak hilang. Tapi ibu bapa manalah yang mahukan hal sebegini dari berlaku. Bila perkara nak terjadi, bagaimana baik pun kita menjaga anak-anak kita, hal sebegini masih boleh berlaku juga. Tapi bila orang ramai turut ambil tanggungjawab untuk sama-sama prihatin aku rasa kejadian anak-anak hilang dapat kita dielakkan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care.
17 comments:
TQ FOR SHARING..SKRG SEMUANYA RASA TAK SELAMAT...MOGA ANAK2 KITA DIJAUHI DARI PERKARA2 SEBEGITU...
Sebenarnya 'menyimpan ' anak org dibwh umur tanpa izin ibubap/penjaga mmg satu kesalahan...so kita tak blh ambik mudah kena cari jln utk hubungi ibubapa/penjaga budak tersebut utk inform diaorg yg bdk tu ada kat rmh kita....hemm
Mmg bagus sikap mak fea....mcm mak akak jgak....tetiba rindu kat mak....heheheee
sedihkan tiap kali baca berita kehilangan anak orang lain sebab sering kali kiter teringatkan anak-anak kiter sentiasa....
mmg takut kak. tu yang kekadang mcm malas nk bawak anak2 keluar ke tempat public sgt. dorang tgh aktif, takut tak terhandle je
Alhamdulillah, qema yang baca ni pun dah cemas..sekarang ni kalau keluar kemana-mana sekalipun kena hati-hati
takutlaa skang ni kan..x bole lepa langsung...sekelip mata org boleh buat jahat
Kita sudah sedikit demi sedikit hilang nikmat selesa.. ketakutan dah datang..
Assalamualaikum Hanis
moga2 dilindunggi kita dgn perkara2 yg tidak mampu kita pikul itu
skg nie kan boleh kita leka sikit..kadang2 nak beli barang pun susah kalau bawa budak2 nie..nak tinggal kat rumah tak org pulak nak jaga...pening2
btol kak.sekarang ni byk ibu-bapa leka dgn perkara ni.risau bila dgr berita anak org lain hilang tapi kita lupa nak pantau keadaan anak kita sendiri sebenarnya..
Kakak yg baca pun cemas Hanis. Apa lagi garapan cerita dibuat novelis mestilah lainkan...
Kakak kalau budak yg mengaji rumah kakak nak main-main selepas mengaji kakak memang marah (tapi mereka faham) garang kakak sebab kakak ada anak dapat tahu perasaan ibu mereka kalau anak tak balik bila dah sampai waktunya...
Makin ramai kanak kanak hilang...ada yg hilang begitu sahaja...teringat kes Sharlinie...dan kes budak cina tahun 90an dulu...katanya ada yg nampak di suruh mengemis di Thailand...
aduhai..meremang baca cerita kak fea ni.w,pun cuma hilang sekejap.penah saya menghantar anak jiran balik ke rumahnya ..itupun jenuh bertanya mana satu rumahnya sbb budak itu masih kecik dan tak bercakap.rupanya ibu dalam pantang.kakak dan abangnya masih kecit.tak peduli si adik dah merayau jauh dr rumah.saya cakap dgn si ibu 'kunci pagar ni.biarlah anak menangis dar kita menangis kendian hari'.
Pagi tadi baru dengar kat radio, DJ tu cerita, kawannya pernah ditarik masuk kedalam van ketika berjalan keluar ke kedai. Bila dalam van, penculik tu tanya tingkatan berapa, kawan tu jawab dah kerja, bila yakin bukan budak sekolah, kawan DJ tu ditolak keluar semula dari van.Kebetulan kawan DJ tu memang berbadan kecil, macam budak sekolah, nyaris2 jadi mangsa culik. Jadi yang dah besar2 pun kena berhati-hati jugakan,elakkan diri kalau didekati van atau kereta yang tak dikenali.
Sepatutnya ibubapa jiran itu bertanggungjawab menghantar anak itu, atau bercakap di telefon memberitahu bukan hanya sms saja. Jangan ambil mudah.
Memang wajar untuk kita lebih prihatin.
Memang takut sangat sekarang ni, perlu lebih berjaga2.
Hanis, boleh bagi email address tak?
zilndnas@gmail.com
Risau sgt nk lepaskan anak2 main @ keluar sendiri.
salam kenal n follow sini juga. jemput ke blog saya
nabihahsejutarasa.blogspot.com
Post a Comment