Friday, January 11, 2013

Alhamdulillah...syukur..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dugaan minggu ini dapat dilalui dengan baik. Tiada bantuan yang dapat kita bergantung harap sepenuhnya selain  bantuan dariNYA. Terima kasih Allah kerana memudahkan segalanya buat kami sekeluarga. Semalam aku bercuti kerana menemani adikku di hospital untuk prosedur biopsi buah pinggangnya. Alhamdulillah,  semuanya berjalan lancar. Semalam selepas biopsi, 6 jam adik aku tidak dibenarkan bergerak. Selepas 6 jam itu, sebelah kakinya tidak boleh diangkat akibat kesan bius. Oleh sebab itu, dia terpaksa ditahan di wad ICU.  Alhamdulillah, pagi ini keadaannya beransur baik. Semoga kesihatannya terus baik hendaknya. Tak tergambar rasa risau yang sedang aku rasa ketika ini.

Alhamdulillah, setelah melalui minggu penuh debaran dan dugaan bila adik-adikku sakit dan dimasukkan ke hospital serentak, kelmarin aku mendapat berita gembira pula. Subhanallah.. dalam pada pelajaran Is merosot hujung tahun lepas, tak terjangka dia memperolehi 8A untuk UPKK (Ujian Penilaian kelas KAFA oleh JAKIM). Memang tahun lepas pelajaran Is merosot teruk. Sehinggakan tahun ini di sekolah kebangsaan Is terpaksa turun kelas dari kelas pertama ke kelas ketiga. Bayangkan betapa merosotnya pelajaran dia sampaikan boleh turun langkau 2 kelas. Keputusan akhir tahun sekolah agama pun tidak begitu baik.

Disebabkan itu, aku memang tak menduga yang Is mampu memperolehi semua A dalam ujian tersebut. Hari sebelum aku mengambil keputusan ujiannya di sekolah, Is memberitahuku yang kawannya memperolehi 7A. Sebab keputusannya belum diperolehi aku sengaja bertanyakan ramalan keputusanya. Dengan penuh keyakinan dia cakap dia boleh dapat 8A. Waktu tu aku senyum aje walaupun kagum juga dengan keyakinan yang dia ada. Esoknya bila aku ke sekolah, belum masuk pejabat lagi ustazah pemilik Sekolah Kafa sudah mengucapkan tahniah padaku. Dalam pada aku melayan blur dan rasa terperanjat ustazah memberitahu, tahniah, Is dapat 8A. Subhanallah.. Syukur Alhamdulillah. Kat situ juga aku menangis kerana rasa gembira. Sebak sangat-sangat.

Terima kasih Allah. Macam tak percaya. Memang tak terduga. Syukur sangat-sangat bila dia berjaya memperolehi keputusan itu dengan izin dari Allah. Tahniah abang! Mama rasa macam nak timang-timang abang. Semoga abang dapat terus menjaga solat dengan wuduk yang sempurna, membaca Al-quran setiap hari dan rajin belajar. Tahniah juga untuk kawan-kawannya yang memperolehi keputusan yang baik. Terima kasih buat ustaz dan ustazahnya yang baik budi serta ikhlas mencurahkan ilmu. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka. Semoga keputusan ini akan memberikan Is semangat untuk terus berjaya. Semoga ianya menjadi pemangkin untuk IS berusaha bagi memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR dan PSRAnya.

Alhamdulillah.. sekejap ni adik aku beritahu yang dia dah dibenarkan keluar dari hospital. Syukur. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan adikku. Hanya Allah yang mampu membalasnya.  

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita semua.

13 comments:

ummiross said...

Subhanallah, Alhamdulillah.

Selepas diduga, Allah kurniakan pula rahmatNya, selepas pahit ada manisnya,inilah yang dikatakan setiap ujian ada hikmahnya. Ummi tumpang terharu dan gembira,bergenang airmata ummi membaca entry ni. Tahniah Is. Dan untuk adik2 Hanis moga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Unknown said...

Salam kak hanis..

Moga adik kak hanis cepat sembuh ya..

Tahniah buat Is dapat keputusan cemerlang, syukur alhamdulillah..dan tahniah juga buat kak hanis berjaya mendidik anak menjadi insan yang terpuji

-Sara- said...

alhamdulillah kak, sara pon seronok dengar :) taniah is :)

fazrulnoor said...

alhamdulillah

Eye_nee said...

Allah itu Maha segala-galanya kan sis...sesaat terduga dgn kesedihan dan kepedihan di jarak antara sesaat itu pula diberikan kita sebuah senyuman kegembiraan..Maha suci Allah...

Kamalia said...

Salam wbt kak..maaf,dah lama tak jenguk ke sini.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
bersyukur adik akak dah sembuh, bersyukur IS dapat 8A utk UPKK.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah kak...sebak baca entry nie..

Unknown said...

alhamdulillah, tahniah buat Is dan juga ibunya.

Misz-ella said...

Alhamdulillah dan Tahniah. Allah SWT sayang kita, kan.

azieazah said...

Tahniah IS kerana berjaya membuktikan gagal sekali tidak gagal terus. Tumpang gembira untuk semua berita gembira...

mummY daniSha said...

congrat pada anak dan emaknye jugak =)

jatuh sekali x makna jatuh selama2nya..as a mum,kite yg patut bg sokongan kan..

MulutPayau said...

Alhmdulillah....tahniah Is...

TiranaAduka said...

syukur sis

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...