Nuffnang

Monday, January 7, 2013

Dugaan di awal 2013..

Assalamualaikum..

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang mengaturkan segalanya.

Adik beradikku ada 3 orang. Aku anak yang sulung. Aku mempunyai 2 orang adik perempuan. Jumaat lepas, ditakdirkan kedua-dua orang adikku  ada masalah kesihatan dan terpaksa ditahan di wad. Seorang di KPJ Kajang dan seorang lagi di Prince Court KL. Memang dugaan betul. Risau betul rasa hati ini. Tapi dugaan yang diterima harus dihadapi dengan rasa bersyukur juga.

Alhamdulillah.. dalam saat-saat begini seluruh ahli keluargaku, keluarga mertua kami bertiga, saudara mara dan kawan-kawan kuat memberi sokongan. Terima kasih banyak aku ucapkan kepada mereka semua. Dugaan yang dihadapi terasa sedikit ringan bila ada ramai yang sama-sama prihatin dan sentiasa berada di sisi kami. Doaku, semoga adik-adikku akan cepat pulih sepenuhnya. Semoga keduanya akan terus kuat menghadapi ujian ini.

InsyaAllah, hari ini adik bongsuku akan dibenarkan keluar dari wad. Tapi adik keduaku masih perlu berada di wad lagi untuk rawatan susulan. Semoga dipermudahkan segala urusan rawatannya. Alhamdulillah, ada emak yang masih kuat lagi untuk membantu menguruskan urusan anak-anaknya di rumah. Setidak-tidaknya adik aku yang berada di wad tidak perlu risau memikirkan tentang hal anak-anaknya di rumah.

Dugaan yang datang pastinya ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Semoga dugaan ini akan memberikan hikmah yang terbaik buat kami. Semoga dugaan ini akan membuatkan kami lebih dekat kepada Allah. Semoga dugaan ini akan membuatkan hubungan kami bertiga terus erat. Mohon kawan-kawan untuk sama-sama tolong doakan kesihatan adik-adikku. Semoga kesihatan yang baik dan umur yang berkat menjadi milik kita semua.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua.

27 comments:

ieja amieja said...

assalam..hanis..
Inshaallah mereka sentisa dlm perlindunganNya..sedikit ujian dariNya buat keluarga Hanis..mmg betul hanis setiap kejadian ada hikmah disebaliknya..bila perkara begini berlaku kita sedara mara dpt berkumpul bersama memberi sokongan..
pg semalam pun ieja dpt berita sedara jauh berada kat icu hsptl kajang..ieja blm ada kesempatan nak melawat dia..doa dr ieja semoga adik2 hanis cepat sembuh hdknya..

:: Mrs.Eady :: said...

Semoga adik akak cepat sembuh dan semoga diringankan segala kesakitan dan bebanan mereka & family akak ye,amin~

fazrulnoor said...

kadang2 x boleh nak elakkan bende tu nak jadi. doalah k. yang penting kita sentiasa ada disamping org yang disayangi. lagi2 keluarga

saniah said...

Ameeenn....moga adik adik fea sihat ya...sbgai yg sulung memang terasa bertanggungjwb mnjaga hal kebajikan adik2.....fea pun kena kuat semangat ya.
Biasa la tu kdg2 kita diduga dgn sakit...Allah maha adil...takkan nak sihat sentiasa kan..klau tak diberi.rasa sakit dan susah mcmana kita nk didik hati dan jiwa utk sentiasa brsyukur dan redha....
Sedikit bebelan dari kakak ni :-)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Salam kak semoga akak dan keluarga sabar dan tabah dengan semua dugaan ini..Harap adik2 akak akan kembali sembuh.

ummiross said...

Hanis..terkejut juga ummi, ummi tumpang sedih dan simpati.

Ummi doakan moga kedua-dua orang adik Hanis pulih segera dan kembali sihat seperti biasa.Amin2x..

InsyaAllah disebalik dugaan tersembunyi hikmah, moga manisnya dapat dirasa oleh semua ahli keluarga.

Qhaifa Nur said...

moga ada hikmah disebaliknya...dan moga keduanya cepat sembuh...dlm keadaan begini saling membantu satu sama lain diperlukan...

♥MAMASYAZA♥ said...

semoga adik adik fea cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

wahida said...

semoga adik2 akak cepat sembuh ye...
teruskan berdoa...

semoga Allah mempermudahkan segalanya...amin...

faraherda.razalan said...

Eh, kenpaa tu ya kak? Sy doakan semoga mereka benar-benar sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Nini D.. said...

moga semuanya beransur sihat kak...

MumMe said...

semoga adik2 akak cepat sembuh...

diana said...

sakit apa tu kak??sampai dua2 serantak..
semoga mereka cepat sembuh..

Angah said...

assalam hanis, semoga adik-adik cepat sihat. semoga dimudahkan segala urusan...sila tabah ya!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

betui dugaan yg dtg pasti ada hikmahnya..semoga cepat sembuh..insyaallah

Dinas Aldi said...

Akak doakan semoga adik2 Hanis akan segera sembuh, amin.

azieazah said...

Dalam keadaan beginilah, sokongan keluarga adalah paling penting.
Semoga mereka tabah dan sabar, semoga kembali sembuh.

dwaty said...

semoga adik2 cepat sembuh... semoga keluarga tabah...

Mak Wardah said...

Hanis, semoga kedua2 adek Hanis cepat sembuh, InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya buat Hanis sekeluarga

-Sara- said...

SALAM KAK HANIS, HARAP KAK HANIS TABAH DGN UJIAN NI DAN SEMOGA DUA2 CEPAT SEMBUH..SAMA2 DOAKAN..TAKE CARE KAK HANIS..

*SiRibenMerah said...

tahniah.
Alhamdulilah.
moga bertabah dgn ujian yg mendatang~

bujal X said...

tabah ye kak~~

Lulu Caldina said...

syukur ada kakak sebaik kak fea :)

.: iEyLa :. said...

moga bertambah sehat semuanya..
juga akk..jage kesihatan k..

Suara Kalbu said...

Salam Kak,

Semoga adik-adik akak cepat sembuh

Eye_nee said...

Maaf sis..lama tak menjenguk kamu...rupanya kamu ditimpa musibah..semoga Allah permudahkan segalanya buat kamu dan keluarga kamu serta kedua-dua adik kamu tu...

TiranaAduka said...

ta doakan smoga adik sis cepat sembuh.amin amin amin