Nuffnang

Wednesday, January 2, 2013

Kalau dah nama anak ayah...

Assalamualaikum..

2013 sudah kan.. Alhamdulillah..

Sejak minggu lepas en.asben sibuk nak ajak ke Alamanda. Kalau selalu tu aku yang sibuk mengajak. Tapi jawapannya selalu tentu, cari aje kat Billion depan rumah tu. Semua ada. Tension I tau he..he.. Aku tanyalah nak cari apa kat Alamanda tu. En.asben kata Han asyik cakap nak jam baru. Memang sangat bijaklah untuk Han  buat permintaan itu pada ayahnya yang gila jam kan. En.asben memang sangat gila jam. Cakap aje jenama apa? Movement apa? Semua dia tahu. Kalau cerita pasal jam memang nampak dia punya keterujaan. Kalau lalu kat kedai jam pun macam ada magnet sampaikan kami satu keluarga terpaksa berhenti lama kat situ. Jadinya walaupun bukan nak beli jam untuk diri sendiri, en.asben masih bukan main excited lagi nak belikan jam untuk anaknya.

Hari terakhir 2012 tu ofis en.asben bagi semua staff balik awal. Bila dah balik awal bolehlah plan nak keluar. Lepas makan dan solat isyak kami keluar ke Alamanda. Sampai sana dah pukul 9 lebih macam tu. Laju-laju kami jalan pergi kedai Swatch. Masa tu Han tak tahu lagi ayahnya nak penuhi permintaannya. Sibuklah anak-anak tanya nak cari apa? Kita orang senyum-senyum aje. Sampai depan kedai Swatch, Han pulak yang tersenyum-senyum. Ayah nak belikan Han jam ke??? Alolor... ya nak.. anak perempuan kesayangan ayah kan. Takkanlah ayah taknak belikan.. (Okey itu aku cakap dalam hati.. he..he..) Masuk kedai swatch en.asben suruh Han pilih jam apa yang dia nak sangat tu.

Han pun tunjuk jam yang dia nak tu. Aku tanyalah kat mana dia tengok jam tu. Dia kata dia pernah nampak ada kawan dia pakai dan dia berkenan. Beruntungnyalah Han. Mama dulu kalau tengok kawan pakai jam lawa hanya mampu tengok dan teringin aje hu..hu.. (Ini pun aku cakap dalam hati juga). Alhamdulillah, ada rezeki untuk ayah tunaikan permintaan Han tu. Ada rezeki Han untuk memiliki apa yang dia mahu. Pesan mama untuk Han, kena pandai lebih bersyukur. Kena pandai lebih menghargai. Lepas dah pilih warna, try pakai dan bayar, kami pun keluar. Kedai semua dah nak tutup dah masa tu.

Dah alang-alang kat Putrajaya, kami pun singgah join orang ramai-ramai nak tengok  bunga api kat acara Ambang 2013. Saja-saja nak hang out anak beranak kat luar. Bukan nak sambut tahun baru pun.  Az pun sibuk nak main rollerblade. So adalah peluang nak main kat tempat yang lebih lapang. Kalau selalu tu main dalam rumah aje. Malam tu bolehlah jalan-jalan kat pavement Putrajaya dengan rollerblade. Tapi nak turun tangga dah jadi satu kerja pulak kami nak kena pimpin dia he..he..  Memang puaslah dia main malam tu. Alhamdulillah, dah semakin mahir anak-anak dengan rollerblade tu. Semalam satu hari lepak-lepak kat rumah. Lepas masak sarapan aku terus masak untuk lunch sekali. Senang sebab lepas tu boleh layan tv dengan layan mata he..he.. So, itulah cerita tahun baru kami. Welcome 2013.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua.

17 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

untung bebudak zaman skang..nak apa jer..terus dapat..

zaman saya dulu pon camtu gak.. tengok je la mampu... nak minta... xberani.. kesian kat ayah...

faraherda.razalan said...

Wahhh! Sambut new year kat lua eh kak?

suri solehah said...

hehe,,betul2 anak ayah..betul tu hanis..kita dulu tengok benda cantik n teringin tapi tak mintak sebab tahu mak tak mampu..

Angah said...

waaa bestnya menikmati sambutan tahun baru, angah lepak depan tv je..

:: Mrs.Eady :: said...

cerita bahagia kak :) sukaaaaa :)

diana said...

disebabkan masa kecik dulu tak mampu nak beli jam tangan,sampai sekarang saya tak betah pakai jam tangan..heheh

♥ Wina ♥ said...

memang..anak² saya pun anak ayah jugak :)

munna said...

mmg zaman skrg ni anak2 bertuah ... tak sama dgn kita dulu kan

Daddy Ziyyad said...

Mmg best tu mintak jam kat ayah yg gilakan jam! ekekekeke...

Harap harapnya tahun depan kat Billion tu ada la kedai jam yg gah gah..hihihih

ummiross said...

Seronoknya Han, dapat hadiah tahun baru dari ayah.
Hehhe Hanis..yang monolog dalam hati tu yang best tu.

NM03 said...

bunga api kemana, tahun baru kemana... tidor tak sedar diri. hehehehe

Qhaifa Nur said...

anak2 untung skrg...beli yg mahal tahan lama sikit...
seronoknya dpt tgk bunga api...

selamat tahun baru.....

♥MAMASYAZA♥ said...

betul apa yg fea cakapkan tu. bertuah anak2 zaman sekrg, nak jam insyaallah parents akan penuhi. cam kita dulu, tgk ajela kwn pakai jam, kita tak mampu nak beli. cam akak dulu, tgk kwn pegi skolah bwk kaler pensil yg 24 btg tu rasa teringin sgt, tapi pendam dlm hati coz tahu tok ayah tak mampu nak belikan.

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

sambut tahun baru...tengok bunga api yer...

moga 2013 lebih menceriakan Hanis sekeluarga

Nazayiena said...

Slmt thn baru buat fea dan family.
Sukalah Han dpt jam yg dihajati...

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dapat jam baru, mesti Han teruja :)

Lulu Caldina said...

selamat tahun baru kak... :)

busylah skrg, perancangan belum dapat dilaksana, harap sabar menanti ... ^__^