Nuffnang

Monday, February 4, 2013

Shah Alam.. Low Yatt..

Assalamualaikum...

Sejak berumur 19 tahun aku sudah memiliki lesen memandu. Kiranya dah bertahun-tahun boleh memandu sendiri. Tapi nak memandu keluar dari Bangi dan Kajang masih menjadi masalah buatku. Lebih-lebih lagi bila en.asben tiada di sebelah. Kalau en.asben ada di sebelah adalah keyakinan sikit. Entah kenapa aku jadi takut semacam kalau nak memandu sendiri keluar dari Bangi dan Kajang. Tahap tidak yakin pada diri sendiri selalu membataskan pemanduanku ke tempat lain. Padahal sama saja mana-mana jalan pun. Tapi aku sendiri yang takut tak tentu arah. Macamkan jalan-jalan kat tempat lain tu nak makan aku he..he..

Hari sabtu lepas menjadi sejarah yang tersendiri buat diriku. Buat pertama kalinya aku berjaya memandu sendiri ke Shah Alam tanpa en.asben. Bila dah terpaksa sangat, semua yang tak boleh jadi boleh. Dua minggu lepas aku menerima undangan dari Editor Buku Prima untuk turut sama berada di Karnival Karangkraf. Waktu itu memang aku sudah maklum yang en.asben ada hal lain pada hari yang sama. Tapi aku confident boleh memenuhi undangan itu bila fikir pastinya adik aku boleh tolong menghantarkan aku ke Shah Alam. Tapi kesihatan adik yang tak berapa baik akhir-akhir ini membuatkan aku rasa tidak patut pula untuk menyusahkan dia.

Hal itu aku ambil untuk mencabar diriku sendiri. Aku yakin, aku boleh memandu sendiri. En.asben pun bagi sepenuh semangat. Adik aku pulak yang tak sampai hati sampai beria-ia juga nak tolong hantarkan. Tapi aku lagi tak sampai hati nak susahkan dia. Sudahnya aku ajak Han temankan. Thanks sayang. Sebelum pergi dan dalam perjalanan memang aku berdoa banyak-banyak pada Allah agar segalanya dipermudahkan buat kami. Alhamdulillah.. kami sampai ke Shah Alam dengan selamat. Dapatlah kami menyertai kemeriahan Karnival Karangkraf. Seronok dapat berkenal-kenal dan berjumpa dengan rakan penulis yang lain. Lebih seronok bila dapat bertemu dengan novelis-novelis otai yang sejak dulu menjadi idolaku, Kak Aisya Sofea dan Kak Sharifah Abu Salem.

Bila dah ada keberanian untuk memandu sendiri, semalam siap ada keyakinan untuk ke KL sendiri pula tanpa en.asben. Tapi dengan adik akulah. Kalau sebelum ni memang dia yang akan memandu dan aku duduk di sebelah he..he.. Sekarang ni aku dah boleh offer diri. Tersenyum-senyum Han bila kami selamat sampai ke Low Yatt. Siap ajak repeat pergi Low Yatt lagi sebab selalunya memang tunggu ayahnya free baru boleh pergi mana-mana.  Walaupun perkara ini hanya perkara biasa untuk orang lain, tapi pada aku ianya adalah hal yang besar.  Alhamdulillah.. setiap perkara yang berlaku pastinya ada hikmah untuk setiap orang.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care.

17 comments:

kasihibu said...

sebenarnya bukan takut sangat tp sebab tak tahu arah saje..bila dah tahu arah memang tak ada rasa takut tu
tahniahlah sebab dah boleh lepas jalan luar kawasan sendiri

:: Mrs.Eady :: said...

alamak kak...izwa dah dekat 11 thn x drive...eh!

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya kalau drive ke Shah Alam tu ok lagi kak lagilah dulu mmg belajar kat Shah Alam mmg saya drive sendiri. Paling teror la kononnya saya drive sendiri bila pergi puduraya siap parking kat atas lagi tu, cam tak caya je..tapi kalau akak dah berjaya g low yatt tu kira hebatlah kan, jalan sibuk tu..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam hanis,

Setiap kali akak melepasi Karangkraf di Shah Alam tu selalu teringatkan Hanis sebab hanis yang selalu bercerita ke sini.

Semoga terus berkarya yer.

ainnoraini said...

sama la dgn kakain kalau dh terpaksa semua boleh jer kannn..

Tina Othman said...

wah teror lah kak fea boleh drive sampai low yatt, sesak gila tu

hai rugi tak pergi shah alam weekend aritu, tina cuma pergi yg kat pwtc je

JunAina said...

Kadang2 itu semua mainan perasaan, satu lagi mungkin kita takut tersalah jalan coz kat KL/SA kalau dah salah bukan senang nak carik u-turn.

Aina lesen sebulan husband bagi green light balik Perlis dengan anak-anak. Samapi sekarang kalau nak gi mana2 tak kisah sangat kalau dia tak ada dan dia pulak naik risau...hahhaa...

faraherda.razalan said...

Sy klu area KL, mmg gugup sket. Tatau jln. Jln pun len mcm. Kete pulak byk!

Aku Ibu Muda said...

kak fea...sama perasaannya masa wani diberi lampu hijau drive sendiri dari lipis ke KL... hihii

diana said...

wah..tahniah kak fea..heheh..
lepas ni boleh pi sendiri lagi..

saniah said...

Fea takut nak kluar ke kl dr bangi/kajng..akak ni pulak takut nak kluar dr melawati/ ampang utk ke bangi atau kajang...hehe terbalik laa
Akak paham tuu...hehe wahh klau dah sampai low yatt tu kira tererr sesgt laa...tabik lah :-P

Kakzakie said...

Perkara biasalah Hanis bila nak driving ke tempat yg baru mesti ada rasa sedikit tak confident sebab takut sesat sebenarnya bukan takut driving...

munna said...

MUNNA PUN KLU TEMPAT TAK BIASA DRIVE... MMG TAKUT NAK DRIVE....

azieazah said...

Mencabar diri tu yang sebenarnya cara terbaik. Tak cuba tak tahu.

Syabas!

ummiross said...

bravo Hanis!. Ummi ni dah lama tak memandu, lesen renew tiap2 tahun, bila dah tak bekerja jadi sangat malas memandu.

Liza @ Adzriel AB said...

awalnya dapat lesen... kak liza & hubby terbalik pulak. mula2 dulu dia yg takut masuk kl, so kak liza le yg drive. pernah ke PJ tanpa lesen.. dari sekecil kancil hingga ke naza ria pun kak liza bawak je. entahlah.. memang jenis redah aje kak liza ni.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

ok le tue..saya nie ada lesen tapi tak berani lagi bawa kete...huuhuu