Tuesday, February 19, 2013

Halatuju...

Assalamualaikum..

Selepas menghantar manuskrip ke-2 ke syarikat penerbitan pada hujung oktober lepas, aku sudah mula dengan manuskrip yang ke-3. Sebenarnya waktu menulis manuskrip yang ke-2 lagi, idea untuk manuskrip yang ke-3 sudah bermain-main di dalam kepala. Tapi setelah hampir 3 bulan lebih, hanya 2 bab yang baru dapat aku siapkan. Ianya bagaikan tergantung di situ walaupun jalan ceritanya sudah  separuh terangka. Ini kerana aku masih belum dapat memilih untuk masukkan konflik A atau konflik B. Aku masih tidak dapat menetapkan pengakhiran yang begitu atau pun begini. Aku masih keliru untuk buat cerita yang itu atau yang ini. Memang confused jadinya bila tidak dapat menetapkan fikiran.

Aku tidak dapat meneruskan penulisan bila perkara-perkara itu tidak aku tetapkan sejak dari mula. Ini kerana aku takut jalan ceritaku akan lari dan bercanggah di pertengahan atau di pengakhiran cerita nanti. Sudahnya agak lama aku mengambil masa untuk meneruskan penulisan. Alhamdulillah.. semalam aku mendapat ilham untuk menetapkan pilihan. Jalan cerita sudah mula satu persatu tersusun di kepala. Aku dah boleh merangka keseluruhan cerita dan mula membayangkan kisah setiap watak, babak dan konflik. Terasa lega bila halatuju manuskrip ke-3 sudah dapat aku tetapkan. Bila sudah ada halatuju, terasa lebih senang untuk aku mengadun cerita dan mengolah ayat. Sekarang ini aku dah boleh mula meneruskan penulisan dengan halatuju yang tepat. Semoga segalanya dipermudahkan untukku hendaknya, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

17 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nak tggu buku seterus nyer nie :)

Angah said...

selamat menulis dengan penuh kreatif ya

kasihibu said...

Di lema seorang penulis gitu semoga lepas ni
boleh dapat banyak jalan cerita yang menarik

TS said...

xsabar nye nak tggu ur next novel kak..
all da best!!

ummiross said...

MasyaAllah, idea mencurah-curah rupanya Hanis ni, ada je idea yang bermain dikepala ye..
Moga Allah permudahkan untuk seterusnya, moga terus sukses.

Fazlinil Irma said...

bak kata lisa surihani,'tak sabar.. tak sabar.. tak sabar..' ;)

Kakzakie Purvit said...

Kalau nama pun novelist memang tak akan ada putusnya idea dalam minda. Tak begitu-begini, tak situ-sini.. kalau tak pembaca taklah ternanti-nanti-tertunggu-tunggu hingga akhir cerita.

MIS said...

wowww...gud luck...semoga sucess..

jom singgah :

Menarik : Muzium Sains Miami Lengkap Dengan Tangki Jerung
Gempak : Gua Ais Terbesar Dunia
Seram : Kuasa Air Sungai Membelah Jalan Raya

Dan Banyak lagi di Green Life..

♥MAMASYAZA♥ said...

lepas ni akak kena beli cepat2 novel ke 2

Kakcik Seroja said...

Tahniah Fea. Halatuju Fea dalam dunia penulisan semakin jelas berkembang. :)

*SiRibenMerah said...

take care sis.. :)

umiawadah said...

boleh tak komen cerpen saya bertajuk "Tok Ayah Tak Mahu Astro" dalam blog saya bulan ni...hehehe tq

safurara said...

otak kita selalu mcm tu kan.bila ngan menulis yg tu.automatik dtg idea yg baru,sama mcm update entry.bila tgh dtg idea.sekali banyak dtg idea.

Izan Ishak said...

izan kan dari dulu sgt2 kagum dgn penulis novel. punya idea2 yg hebat utk hasilkan novel2 yg hebat juga. moga urusan kak fea utk buat manuskrip yg ke3 sentiasa dipermudahkan ye...

Dinas Aldi said...

Eh, novel kedua dah keluaq ka, akak terlepas kapal ni!

azieazah said...

Syabas! All the best!

Kagum dan cemburu pula bila orang lain boleh cepat jer siapkan manuskrip, sedangkan Kak Azie punya tergantung tiada pengakhiran.

Nini D.. said...

InsyaAllah kak...akak aan dpt plot cerita yg akak inginkan.kene byk rileks supaya dapat berfikir dgn lebih tenang :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...