Nuffnang

Thursday, February 21, 2013

21 Februari...

Assalamualaikum..

21 Februari adalah tarikh hari ini. Yang tu tentulah semua orang tahu kan. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Az yang ke 9 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam tak puas lagi nak gomol-gomol dia. Antara ketiga-tiga orang anak aku, dialah yang paling manja dengan aku. Mana taknya, Han dengan Is tu baru umur 2 tahun setengah dah dapat adik. Tak dapat nak manja lama-lama. Tapi Az dah 9 tahun pun takde adik lagi. Itu yang dia manja lebih tu.

Tapi sekarang sejak dah makin besar dia dah semakin kurang manja. Kalau dulu, pantang aku landing kat sofa, mesti dia nak baring atas perut aku. Suka baring kat belakang badan aku. Sampai darjah satu pun macam tu sampai sakit-sakit badan aku. Sekarang ni nak cium pipi dia pun susah sangat. Kalau Han dengan Is, sampai sekarang rileks aje kalau aku cium dia orang depan orang.  Tapi Az, jangan harap nak dapat cium dia depan orang. Cepat-cepat dia lari. Nak pimpin tangan pun kalau depan orang, cepat-cepat dia tarik tangan dia. Memang control macho mamat ni.

Sekarang ni dia dah pandai berdikari. Macam kalau hari yang dia kena duduk kat transit, dia akan masukkan sendiri tuala, underware, stokin dalam beg. Lepas dah gantung sekali dengan baju sekolah kebangsaan dia sendiri bawak turun siap-siap kat bawah. Aku tak payah cakap pun dia tahu nak uruskan sendiri. Walaupun dia dah makin besar dan memang patut dah pandai buat semua tu sendiri, tapi bagi aku ianya sangat sweet. For me, he is still my little boy and always be my baby.

To our dearest Bb, Happy birthday darling. We love you so much. Doa mama semoga Bb menjadi anak yang soleh dan sentiasa cemerlang untuk dunia dan akhirat. Jaga iman, jaga solat dan jaga adab. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah dan perjalanan anak-anakku.

 HAN, IS dan AZ.
Harta dunia dan akhirat aku bersama en.asben.
Terima kasih ALLAH atas pinjaman anugerah yang cukup indah ini.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

24 comments:

Lulu Caldina said...

happy besday AZ :)

:: Mrs.Eady :: said...

Happy Birthday Az :) kamu mmg sgt sweets!~

.: iEyLa :. said...

happy birthday Az..
moga membesar menjadi anak yg soleh dan membanggakan ibu ayah..

Nini D.. said...

Happy birthday Az!

Cik Puan Rara said...

happy birtday AZ,oh sbb ni ke tercipta HANIs AZla?

kakchik@ella said...

Happy Birthday Az. jadi anak yg baik eh. jgn noti-noti sgt tau. noti sikit-sikit tak pe.

Eye_nee said...

HAppy Birthday utk AZ ..rakan sebaya Yana ni sis...umur masih boleh dihitung dgn jari tangan sudah malu2 berpimpinan tangan dgn kamu yer...anak2 sekarang...kontrol macho gitu kan..takut diejek kengkawan..sbg ANK MANJA kut...

ummiross said...

waa dah besar anak mama..happy birthday Az, semoga Allah anugerahkan segala yang terbaik buat Az. Semoga dimakbulkan segala doa mama, amin2x..

Kakzakie said...

Ala Az kalau depan org malu kena cium mama tapi kalau di rumah tak mengira masa itu auntie tahu kan..kan...

Happy birthday sayang:)

diana said...

selamat harijadi Az...;)

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Selamat hari jadi Az
moga menjadi anak yg soleh

eB said...

happy besday AZ :)
alamak, esok2 aed pn g2 la yer? hu3

Aku Ibu Muda said...

ur doter 100% copy ur face kak fea :)

alki said...

Alhamdulillah Auntie Alkisahnya ingin menyanyi tapi kat luar dah hujan tak pelah just wish ajelah...Semoga Allah berikan rezki pada mu ye Sayang..yg ke 9 tahun.. first jupa dulu rasanya macam comel lagi...oklah tu anak mama kan...

Alkisahnya... said...

Alhamdulillah Auntie Alkisahnya ingin menyanyi tapi kat luar dah hujan tak pelah just wish ajelah...Semoga Allah berikan rezki pada mu ye Sayang..yg ke 9 tahun.. first jupa dulu rasanya macam comel lagi...oklah tu anak mama kan...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Happy Birthday Az...Moga jadi anak yang soleh dan diberkati hidupnya yea..Eh sama bday ngan blogger yus kan..:)

~ yus ~ said...

Happy birthday Az, moga jadi anak kebangaan ibu dan ayah ya...

birthday Az sama dengan auntie yus rupanya ya...:)

azieazah said...

Moga AZ terus menjadi anak yang cemerlang.

Anak bongsu Kak Azie dah 11 tahun, pun masih suka baring atas belakang saya lagi. Tiap malam sebelum tido mesti tunggu kita nak cium dia dulu.

Manja sebab belum ada adik. Hahaha

ieja amieja said...

salam..singgah t/ari cni..:D
hepi besday az,,semoga membesar jadi ank yg taat dan soleh ye..
control macho betul az tu ye hanis..jaga air muka kot takut kena cop ank manja..hehehe

Dinas Aldi said...

Happy birthday Az. Umur 9 tahun dah sangat independent dah, alhamdulillah. Semoga berterusan jadi anak soleh yg menyejukkan hati mama & abah, amin :)

MulutPayau said...

selamat hari lahir Az...

S..U..D..@..I..S said...

lama x singgah, anak2 amanah untuk kita - semoga membesar bagai johan...

♥MAMASYAZA♥ said...

happy birthday AZ. sronok bila tengok anak2 makin membesar. hero kecik pun sama, time tido mesti nak landing kat perut akak.

Irfa said...

comel2 anak akak ;)
sweet cm mak dia jugak