Baru-baru ni kad touch & go en.asben hilang. Tersilap letak sebenarnya sebab en.asben yakin yang kad itu tidak tercicir di mana-mana. Balik kerja hari jumaat tu en.asben sibuk tertanya-tanya manalah dia letakkan kad T&G tu. Tapi sebab hari sabtu dan ahad en.asben tak memerlukan kad T&G tu jadinya sekadar mulut ajelah yang tertanya-tanya tanpa ada usaha mencari. Malam isnin barulah mula nak mencari sebab hari isnin dah kena guna kad tu. Orang naik tren kan. Tentulah kad T&G tu sangat perlu. Cari dalam poket baju dan seluar yang dah berbasuh semua takde. Dalam beg kerja pun dah cari tapi tak jumpa. Habis semua semua poket dan zip dalam beg digeledah takde juga. Check dalam setiap ruang wallet pun takde. Cari dalam laci takde. Cari dalam kereta pun tak jumpa.
Pagi tu sebab dah tak jumpa T&Gnya, terpaksalah ambil kad T&G dari dalam kereta aku. Takpelah sebab aku pun tak menggunakannya. Tapi ditakdirkan petang itu aku ada urusan di Nilai. Sebab kad T&G dah takde dalam kereta, jadi tak dapatlah nak guna lorong smart tag. Dahlah waktu tu time orang balik kerja. Terpaksalah beratur panjang untuk bayar tol secara tunai. Waktu tu terus tanam azam nak mencari kad T&G en.asben yang tak jumpa tu. Sebab susah juga kalau takde kad tu dalam kereta. Kalau takde juga memang kena beli yang barulah nampaknya. Balik rumah selepas en.asben balik kerja aku pulak yang cari kad tu semula.
Aku geledah semula beg kerja dia. I dah carilah kat situ.. takde.. Kata en.asben. Cari pulak dalam wallet, dalam poket baju, seluar semua. I dah carilah kat situ.. takde jugak.. Kata en.asben lagi bagi menunjukkan yang usaha aku tu sia-sia. Tapi aku teruskan juga tekad untuk mencari. Sambil tu mulut ni tak berhenti-henti menyebut inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (Pernah dengar ustazah kata, kalau barang kita hilang bacalah ayat itu sambil mencari dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah dengan izin dari Allah barang yang hilang akan dijumpai. Ayat itu bukan untuk berita kematian saja. Tapi bila kita ditimpa musibah atau mendengar perkara buruk yang berlaku pun kita perlu baca ayat itu).
Bila tak jumpa aku cuba cari dalam beg aikido en.asben pula. Alhamdulillah, berkat yakin dengan bantuan Allah dan mencari dengan sungguh-sungguh, aku jumpa juga kad itu. Memang kad itu berada dalam beg tu. Terselit di celah depan beg tu bersama beberapa keping duit ringgit. Mungkin waktu balik kerja hari tu en.asben tersilap masukkan ke dalam poket beg lain. Lega rasanya bila dah jumpa. Seronok en.asben bila tahu aku dah jumpa kad tu. Terus dia pun kata, I memang ada niat nak cari dalam beg tu... Hmm.. ada niat ya?? Tapi setakat niat ajelah. Takde pun nak cari kat situ. Memang saja nak suruh aku carikanlah tu he..he.. Patutlah selalu cari barang tak jumpa. Lain kali cakap ajelah ada niat nak suruh I tolong carikan ya sayang. Macamlah tak biasa kan.. he..he..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
21 comments:
akak dn husband ni sweets la!~ suka sgttt :)
jenuh mencari ye..alhamdulilah jumpa juga :)
bole diamalkan ayat tu..tq kak
benda kalau dicari memang paling susah nak jumpa
selain itu amalkan juga
hassbunallahwanimalwakil
easabta boleh xari ejaan dlm jawi
enpakwe pulak amart tag tng pun ntah di dalam kotak mana dia dah simpan
agaknya tng tu dah tamat tempoh kot?
Hehehe, tapi kan kak memang laki selalu cam gitu, kita yang carikan betul2 baru jumpa..kalau dia cari memang tak jumpa laa..
Sy plk slalu kna tegur oleh asben lupa letak brg2 berharga d mn...yg akhir ilang tanpa dpt d igt d mn last skli letak...last yr dlm 2 wiks ber turut2 ilang henpon n cincin emas...skrg mmg fobia sgt letak brg2 tu dgn hati2...hihi
niat en. asben kamu nak mencari ada...itu cukup bagus dah..kalau en asben akk..niat dia cuma suruh akk jer yg cari bebenda yg hilang...hahahahaha....dan tak berniat pun nak cari sendiri....
Alhmdulillah...jumpa jugak akhirnya....
hihi...saje la tu nak manje2...ngee..
usaha tangga kejayaan tu kak fea.. :)
baru saya tau kalau hilang brg baca ayat tu kak...
tengs sharing...
saya dpt lagi satu info hari ni...Alhamdulillah...
Dikuniakan sifat sabar, mata dan hati wanita lagi tajam itu yg boleh jumpa.
selalu macam tuh 2 3 hari cari balik sure jumpa...alhamdulillah
kalau dah rezeki kita tak kemana...
hehe..dah ada niat tu kira oklah Hanis. Dah jumpa Alhamdulillah, sweet juga jadi bahan gurauan.
Alhamdulillah, lega dah jumpa. Kad tachenggo tu kalau takdak memang leceh. Ada niat nak cari tu tapi, hehehe..
acu pun penah jadi camnie kak
cari kunci rumah..macam nak nangis je rasa nye bila tak jumpa walhal memang yakin kunci tu ada dalam hbag.Alhamdulillah 3-4 kali cari akhir nye jumpa juga. kunci tu terselit kat hujung beg..sabo je lah :)
kadang2 time kita cari sesuatu tu memang tak jumpa... bila tak nak guna/ tak cari ada je ternampak... hehe
TQ kak hanis kongsi ilmu...boleh la saya amalkan masa cari barang yg hilang...:)
As salam Kak Fea,
Hehehe... saya adalah org yg paling cemas klau brg hilang lg2 saat diperlukan... Hubby pulak jenis tak kisah! Kalau hilang saya akan cari sungguh2 walaupun jarum sebatang! pelik tak? :p
niat ada tp tak tergerak ngan kuasa nak cari.. last2 akak gak yg cari eks.. hihi... tak bersungguh yer... :-)
nasib baik jumpa..heheheh
Post a Comment