Thursday, February 14, 2013

On time...

Assalamualaikum..

Waktu ke JB baru-baru ni, agak ramai bilangan ahli keluarga yang ikut serta. Bila sudah ramai tentulah banyak kepala. Tapi Alhamdulillah.. walaupun banyak kepala, semuanya tahu nak hormat masa orang lain. Takde langsung masalah tertunggu-tungu dan menunggu-nunggu. Janji nak keluar pukul 5.30, pukul 5.30 semua dah bersiap tunggu kat kereta. Janji nak bertolak pukul 9.30, pukul 9.30 semuanya dah berkumpul. Lambat 5-6 minit tu adatlah sebab ada yang anak kecil. Ada yang perlu menunaikan hajat di saat nak keluar tu.

Bila berjalan ramai-ramai pun semuanya tahu tak mahu berhenti lama-lama di satu-satu tempat. Bila nampak orang lain dah gerak, semuanya tahu nak bergerak juga. Tanpa perlu orang lain tolong panggil mahupun tolong ingatkan. Bila dah berpisah untuk buat hal masing-masing dan berjanji untuk bertemu semula pada waktu dan tempat yang ditetapkan semuanya muncul tepat pada masanya. Takde siapa yang mahu membiarkan orang lain tercari-cari.  Alhamdulillah.. aku seronok dengan cara yang begitu.  

Bila semua orang tahu hormat masa orang lain, tiada pembaziran masa yang berlaku. Tiada mulut yang akan mengata. Tiada siapa yang akan diumpat. Tiada hati yang akan sakit. Tiada siapa juga yang mahu membuat muka dan mengeruhkan keadaan. Kesimpulannya kami semua dapat berkumpul bersama tanpa stress. Semoga anak-anakku dapat mengambil pengajaran dari sikap yang baik ini. Sebelum kita mahu orang menghormati kita, kitalah yang perlu lebih menghormati orang lain. Bila saling tahu hormat menghormati hidup kita akan terasa lebih indah dan membahagiakan.

Oh ya.. Benar-benar Cinta Bab 18 sudah di update di Ilham Karangkraf. Sudi-sudikan dan selamat membaca.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita semua. Take care and have a nice day!

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

suka entry nie :)

Lulu Caldina said...

sengaja x mahu baca bab by bab tu, sabar tunggu novel tu keluar :)

Kakcik Seroja said...

Bila kita pandai menghormati orang, orang juga akan tahu untuk menghormati kita. :)

Darling Pya said...

setuju dengan komen mak kakcik Nur :)

TS said...

mcm mane kite xsuke menunggu..mcm tu jgk kite kne hormat time yg diberitahu... :)

*xnak bace ikot bab..nk tggu novel.. :)

gadisBunga™ said...

bagus lah gitu. kalau masing2 pandai hormat masa masing2, pasti segalanya lancar je.. :)

Mak Wardah said...

Tkasih...on time juga diminta Agamakan...

Acik Erna said...

assallam hanis..acik pun kalau masing2 memahami..tak perlu nak tunggu menunggu..masing2 dah faham

Dinas Aldi said...

Memang seronok kalau semuanya menepati masa, baru la ceria nak jalan2 bersama. Kalau kena tunggu sampai berjam2, adehhh..

ummiross said...

Kadang2 penantian tu satu penyiksaan(hehe teringat pulak lagu zaman muda2 dulu)juga kan, Alhamdulillah kalau semua tahu menjaga ketepatan masa, baru seronok jalan ramai2.

Alkisahnya... said...

Masa itu kan Ibarat Emas.... Mahal tau...Alkisahnya...

mama maman aka yana said...

kalu ramai2.. mmg banyak kerenah.. kiki.. tp kalu dpt cam keluarga akak mmg berbahagia.. :)

munna said...

biasanya klu ramai2 mmg mcm2 ragam lagi2 klu ramai yg kecik2

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...