Assalamualaikum..
Semalam teringin nak makan fish and chips. Balik kerja terus singgah billion. Sebelum sampai kat bahagian barang basah 'tersinggah' pulak kat tempat pakaian budak. Lepas tu 'tergoda' pula dengan harga murah sebab jualan untuk CNY dah bermula. Rezeki anak semalam, dapatlah Is t-shirt 2 helai, Az t-shirt sehelai dan Han sehelai legging jeans. Selalu sangat macam tu. Nak beli baju ataupun barangan untuk diri sendiri selalu berkira-kira. Tapi bab anak tak reti pulak nak berkira-kira. Tapi takpelah, rezeki yang kita dapat adalah rezeki untuk anak-anak juga.
Lepas dah 'terperangkap' kejap kat bahagian baju budak terus laju-laju pergi kat tempat barang basah sebab masa tu dah pukul 6 dah. Berapa kali aku tawaf kat bahagian frozen. Tapi tak jumpa juga dengan fillet ikan. Masa tu rasa sedih sangat sebab memang dah beria plan nak masak fish and chips. Terus jadi blank nak masak apa sebagai ganti. Tiba-tiba nampak nugget ikan ramly. Terus dapat idea tukarkan aje fillet ikan tu dengan nugget ikan. Janji asasnya masih ikan. Ada kentang goreng jadi fish and chips juga he..he.. Balik rumah dah pukul 6.30.
Lepas mandi terus masuk dapur. Sambil mengoreng buat tartar sos. Lepas tu buat sekali bbq sos with mushroom. (Gravy untuk chicken chop aku buat untuk gravy fish and chips he..he.. Sebelum balik kerja sempat google resepi nak buat bbq sos tu. Tak sangka pulak senang benar nak membuatnya. Selama ni ingatkan susah sangat. Bila tengok orang lain buat aku jadi kagum terlebih. Sebab memang tak sangka yang ianya semudah itu. Lepas ni boleh buat lagi. Boleh buat prosperity burger sendiri juga he..he..) Selepas dah feeling macam chef sebab mampu buat bbq sos sendiri ha..ha.. aku buat coleslaw pulak sebab anak-anak suka.
Alhamdulillah, dapat hidangkan fish and chips atas meja siap dengan sos tartar, bbq sos dan coleslaw malam tadi. Berselera aje anak-anak makan. En.asben pun balik kerja sempat serbu meja makan kejap sebelum naik mandi dan solat. Rasa hilang sedih bila tak dapat fish fillet dan penat memasak bila semua orang masih enjoy makan. Lepas ni hari-hari kita makan western aje nak??? Sekejap aje dah siap masak. Senang kerja mama he..he.. Oh ya sebab senang benar nak buat BBQ sos tu, makanya aku nak kongsikan resepinya di sini. Sharing is caring kan. Senang juga untuk aku refer sendiri nanti. Semalam aku ada baca beberapa resepi dan cara membuatnya. Jadinya aku gabungkan kesemuanya ikut cara paling mudah dan guna bahan yang ada kat rumah untuk menyenangkan diri sendiri tapi hasilnya tetap wallah..
BBQ sauce with mushroom
Bahan-bahan :
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knor (Guna 1 kiub knor ayam pun boleh)
1 1/2 cawan air
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus
1 sudu besar kicap
1 sudu besar tomato sos
1 mangkuk kecil cendawan
Sedikit garam dan gula
Cara :
1. Didihkan air bersama serbuk pasti sedap dan ketepikan.
2. Panaskan butter dalam periuk hingga cair.
3. Masukkan tepung dan kacau rata.
4. Masukkan serbuk lada hitam.
5. Masukkan air dan serbuk pasti sedap yang sudah dididih.
6. Masukkan kicap dan tomato sos.
7. Masukkan cendawan.
8. Masukkan garam dan gula jika perlu.
9. Biarkan mendidih seketika.
Senang, cepat dan sedap. Selamat mencuba. (Err.. nampak tak beza orang pandai dan rajin memasak dengan orang yang sesekali dan baru nak pandai memasak? Baru masak sekali dah kecoh. Dan sibuk nak share resepi bagai. Nampak sangat kan he..he.. Itupun aku saja tak nak share gambar biar tak nampak obvious sangat ha..ha.. pandai aje buat ayat nak cover line kan.)
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care.
16 comments:
dapnye...ni klu ade gmbar lg best nih...
alaa kak fea...gambar plissss....hihiii
ermmm btoi kalo ada gambar, lagilah terliurrr akak tgk
Hehehe, betul la kak, kalau nak beli barang untuk diri sendiri selalu berkira2 tapi kalau untuk anak2 memang tak kisah pun..saya pun bukannya reti sangat nak masak kak kadang belasah je apa yang ada..Western la masakan paling simple tapi still malas..
mmg senang resepi tu kak..tengs sharing...boleh saya try nnt...
saya resepi mudah2 mcm ni suka la saya try...hehe...
bbq gravy tu dh pass dah, tartar tu nk buat cemana kak
Senang je rupanya. Tapi lagi senang kalau dapat terus makan, kan? Hehehe
sedapnya, western ye kak! hehehe.. ade resipi bolehla sara cuba pasni :)
kalau saya, nak lagi mudah... gi aja kat restoren..hihihihihi..Bangi tu food heaven kannnn...nasib baik saya tak duduk Bangi...hahaha...
waa pandai Hanis masak western ye, mesti sedap tu.
Anak2 ummi pun suka kalau makan ala2 western ni Hanis.
Harus hari minggu ni belamb chop, lamb dah ada kat peti ais, resepi sos dah ada cuma kena rajin sikit perap lamb tu dulu...harus dah hari minggu ni.
Seronok bila masak2 hubby dan anak2 suka makan.. rasa ada kepuasan memasaknya..kan.. :) TQ share resipi..
ehehehe..dah pandai sikit terus nak makan western hari-hari yer....
Takda gambar ya?
Cendawan tu cendawan jenis apa paling best? Nak kena potong dadu ker, nak kena blend?
Bila masak & habis licin dimakan orang, memang best :D
alaaa nak buat malas tapi nak skit bleh?hehehehee...
Post a Comment