Nuffnang

Thursday, February 7, 2013

Selatan..

Assalamualaikum..

InsyaAllah, hujung minggu ni nak ke JB. Ada kenduri kahwin anak sepupu emak di sana. Emak dengan sepupu-sepupunya sangat rapat. Hubungan mereka dah macam adik beradik sendiri. Aku seronok dengan suasana itu. Alhamdulillah, hotel pun aku dah booking siap-siap. Pilih hotel yang dekat dengan rumah mak anjang aku agar kami tak tertinggal kalau orang lain nak ke mana-mana. Punyalah excited nak stay kat JB. Kalau tak booking awal-awal takut en.asben ajak balik hari pulak. Tak dapat nak berliburan dengan kaum keluarga dan sanak saudara he..he.. Pagi tadi sempat telefon jiran lama yang juga my bff di Batu Pahat. Alhamdulillah.. dah lebih 30 tahun kami kenal dan berkawan baik. Sampai sekarang masih terus rapat walaupun sangat jarang kami berjumpa. Beria dia ajak singgah. Siap ajak tidur kat BP lagi. Terus hati ni jadi tak sabar-sabar pulak nak ke selatan hujung minggu ni. Semoga ada rezeki untuk kami berjumpa nanti, insyaAllah. 

Jalan sure sesak cuti CNY ni kan. Tapi takpe, kita jalan pelan-pelan. Biar lambat asal sampai. Yang penting selamat pergi dan selamat balik. Kalau mengantuk kita switch driver. Semoga Allah permudahkan segalanya buat kami. Semoga niat untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga, saudara mara dan rakan taulan diberkati oleh Allah. Dulu-dulu, kalau nak ke mana-mana, seminggu sebelum tu aku dah siap-siap kemas baju masuk beg. Sekarang ni, esok pagi nak pergi, malam tu barulah terhegeh-hegeh nak mengemas. Mungkin sebab anak-anak dah besar kot. Jadinya takde kalut sangat nak mengemas awal-awal. Tapi tiap kali mengemas aku masih kalut juga. Sudahnya sampai nak pergi aku masih mengemas lagi. En.asben dengan anak-anak dah siap tunggu dalam kereta, aku baru terhegeh-hegeh nak pakai tudung he..he.. angin aje pakcik tu dengan aku. Kali ni aku tak nak kalut lagi. Malam ni aku nak kemas beg siap-siap. Ha..ha.. semangat lebih. Balik karang tunda esok jugak. Takmo-takmo..

Salam hormat. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

17 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Wah kak nak ke selatan tu, bff akak kat bp tu dok mana?

Hanis Azla said...

Salam huda..

kawan akak stay kat bandar.. tp family dia kat area simpang 5 parit sulong.. akak pun dulu sekolah kat peserai..

Lulu Caldina said...

tc kak fea.. selamat pergi dan balik ;)

Daddy Ziyyad said...

selamat berjalan2 ke Selatan ..:)

Jalan mmg akan jem..bersabar aja lah...hihihih

.: iEyLa :. said...

enjoy ur holiday kak fea...
have a safe journey...:)

Kakzakie said...

Hanis... kakak pun mungkin akan ke BP tapi ke Muar dulu baru ke BP. Heee... tahu tak Peserai tu kampung hubby kakak dan dia sekolah di situlah sebelum ke Sek Sains Kluang. Abang Tarmizi di sek Peserai tu abang ipar kakak tau. Mesti kenal sebab dia dah lama kerja dari masa bujang tak pindah-pindah di sekolah yg sama...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Semoga perjalanan lancar dan selamat pergi dan balik...

Memang best kalau dapat jumpa kawan lama....

Acik Erna said...

assalam hanis..acik pulak kan..kalau terlampau excited nak kemana2 sudahnya tak jadi..ada hal lain..tu pengalaman acik..banyak kali jugak..lepas tu..acik tahan hati dok senyap2 je..tak mau teruja sangat..buat tau je.
acik harap hanis selamat di perjalanan dan dapat sama2 memeriahkan kenduri

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Sy klu blik kg..mngemas tak pndai selesai smpi nak jln tu still mngemas..asben bising jgk..kata nya packing brg mcm nak blik kg sebulan..hihik..org pompuan mmg pling last masuk keta n trhegeh pakai tdg. .kepenatan jgk kdg tu kannn

Eye_nee said...

Seronoknya ada kampung kan...sesekali nak berkumpul dgn saudara mara sepupu sepapat mmg terujalah kan....

lydzar DN said...

take care kak.

Seronok dengar. Macam saya plak, dgn sepupu langsung tak rapat. Huhu. Dek kejauhan dari kami kecik lagi, dan jarang sgt jumpa menyebabkan ada jurang dr segi hubungan dgn sepupu. Memang tak berapa mesra. Dah besar ni pon tak berapa reti nk sambung dan eratkan silaturrahim. haih

diana said...

selamat berjalan2..selamat bercuti kak..:)

Dinas Aldi said...

Semoga selamat dalam perjalanan, take care Hanis :)

ummiross said...

Hanis..dah abih mengemas, hehe..sungguh bersemangat. Selamat bercuti ye, semoga dipermudahkan Allah SWT, semoga selamat pergi dan selamat kembali.

nazeef nazeem said...

salam..seronok kalau bercuti ya..support saya blogger baru..follow me back
http://nazsue1983.blogspot.com/

MulutPayau said...

Selamat bercuti dear....semoga semuanya selamat...

azieazah said...

Kak Azie pun kalu nak out station, seminggu dah mula pack barang sikit-sikit. Bila teringat nak bawa itu ini, terus amik dan longgok dalam beg. Takut terlupa. Sehari sebelum gerak baru susun kemas-kemas.

Selamat bercuti sakan, dan hati-hati ok.