Nuffnang

Tuesday, February 5, 2013

U boleh guna line lain tak???

Assalamualaikum..

Berbual dengan penuh berhemah.. itu selalu. Berbual dengan kutukan dan perlian... hah.. itu lagiiiii selalu. He..he.. itulah aku dengan en.asben. Kalau dia tak kutuk aku, aku akan kutuk dia dulu. Kalau aku tak kutuk dia, dia akan kutuk aku dulu. Jadinya kalau ada peluang memang kami berdua akan ambil peluang tu terlebih dahulu. Tapi semestinya ada had yang tertentu agar tidak melampaui batas-batas yang sudah kami berdua cukup maklum. Macam hari ahad lepas, adalah kita orang berborak pasal sesuatu. Hal yang melibatkan anak-anak. Permulaannya memang macam topik serius. Tentang wawasan, tentang harapan, tentang pengorbanan. Segala yang melibatkan anak-anak tentulah selalu menjadi perkara yang penting bagi kami. Begitulah juga tentang ibu bapa kami.

Untuk mengukuhkan kata-kataku, dengan bersungguh aku tegaskan kepada en.asben, I kan yang.. kalau untuk anak-anak, I sanggup tak makan pun takpe... Waktu tu en.asben tengah minum air. Boleh pulak dia tersedak-sedak bila dengar aku cakap macam tu. Nasib tak tersembur aje. Muka pun cuak giler. Bukanlah sebab dia impress sangat bila dengar aku bercakap dengan penuh semangat macam tu. Tapi sebab dia rasa tak boleh tahan dengar aku cakap macam tu. Dengan penuh selamba dia sound aku lepas tu.. Ma.. boleh tak you pilih line lain selain dari cakap u tak kisah kalau tak makan. U cakaplah.. tak kisah kalau tak beli beg mahal ke apa. Lagilah I boleh terima.. Ha..ha.. hampeh.. En.asben memang cukup kenal aku. Dia memang tahu yang aku kuat makan. Jadinya kalau aku cakap macam tu, memang susah sangatlah dia nak terima. Nak kagum apatah lagi he..he..

Ingat lagi masa zaman becinta dulu. Waktu keluar tu adalah kita orang beli durian. Masa otw en.asben nak hantar aku balik rumah adalah kita orang gaduh-gaduh manja. Dah gaduh mestilah merajuk. Bila dah merajuk takde pun dia pujuk he..he.. Merajuklah aku sorang-sorang sampai sakit tengkuk asyik pandang luar tingkap aje. (Buang masa dan tenaga betul kalau merajuk ni kan. Tapi nak juga merajuk he..he..) Bila dah sampai kat rumah aku turun dari kereta tanpa cakap apa-apa. Keluar gitu aje. Tapi sebelum dia pergi sempat lagi aku ketuk belakang kereta dia suruh dia buka bonet. He..he.. aku nak ambil durian. Patutnya kalau dah merajuk, biar ajelah durian tu kan. Tapi takkkk..  Sebab durian tu makanan, mana boleh aku tinggalkan. Punyalah aku ni kaki makan. Merajuk pun boleh buang ego sikit semata-mata nak ambil durian. Memang sampai sekaranglah jadi bahan untuk en.asben. Lagi aku nak berkobar-kobar sangat cakap kalau tak makan pun takpe. Memang susahlah en.asben nak percaya he..he..

Alhamdulillah.. kesungguhan dan keazaman en.asben selama beberapa tahun dalam ^@^ telah membuahkan hasil. Tahniah sayang! We're proud of you.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Have a nice day.

20 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

kelakar la akak ni!hehehehee...

Lulu Caldina said...

alhamdulillah.. dah makan tu sedap, nak buat macam mana, kan kak.. ekeke, tapi siyes nampak dalam gambar dah slim.. Kalau tak slim, mmg kira pandai bergaya dalam gambar utk nampak mcm tu.. nak bljr ;)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Heheh kelakar la kak, tapi memang biasalah kalau dengan suami sendiri kita nak bergurau bersama kan..

Acik Erna said...

assalam hanis..he he..gelak juga acik..kalau acik bila sebut gaduh tak de nya manja2..memang habis2an..tapi acik sorang je la..tak de respon..he he

atuk said...

Assalamualaikum Haanls

gurau membawa bahagia

Daddy Ziyyad said...

Salam kak Hanis..

Hihihi..dalam pada merajuk..durian mana boleh lupa kan? Harus la di ketuk bonetnya...

Tapi saya rasa, kita semua sebagai parents mmng benar2 akan berkorban utk anak anak kita...walaupun kita gemar makan..hihihi...Saya sejak ada anak, boleh tahan nafsu nak makan makanan saya, demi anak yg mintak makanan saya...:P

Eye_nee said...

hehehe..ooo kuat mkn rupanya...tp akk rasa bila sesautu terjadi pd anak...mmg benar makan itu pun tidak akan menjadi pilihan yg utama lagi....

ainnoraini said...

mmg la sbb anak2 kita sanggup tak makan...sebabnya bila risau mmg tak lalu nk mkn..sbb sayang dan kasihnya kita pd anak2...

Mcm tu la perasaan mak kita kan...risau dan tak pernah berkira dgn anak2...

Kakain selalu pesan dgn anak2 nnt bila dah ada keluarga sendiri dah jd ibu...mcm ni perasaan seorang ibu...sanggup buat ape saja...

Aku Ibu Muda said...

sweet sgt ye akak merajuk tp pd durian tak pulak...ahahaaa

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Ya...gurauan brsama asben kutuk mngutuk..mngeratkn hubungan...kdg lucu ketawa sakan..klu ta lucu sakit hati..merajuk pjg...hihi

Angah said...

hihihi kutuk-kutuk nada bergurau tak apa, kita pun tahu batas kan...

Kakzakie said...

Lain kali jgn silap cakap Hanis. Bab makan en hubby Hanis dah maklum tau sebab dari zaman bercinta. Jgn kena ketawakan Han adik-beradik sudah...

Sebenarnya en hubby faham sesaja nak usik Hanis tu:)

faraherda.razalan said...

Hehehehe...comelnya kak. Tp klu sy pun majuk mmg majuk tp takkan nak lupe bab makan, ye tak? rugi je kan?

Fadilah Aziz said...

saya kalau bab makan pun time merajuk makan juga, tak kuasalah nak ikat perut tak makan sebab merajuk, hihi, kesian kat perut

-Sara- said...

haha, kelakar la kak! tp gaya merajuk dlm kereta pandang luar smp lenguh tengkuk tu mcm sara gak la..haha

lydzar DN said...

hihihih..durian tu sedap kan, mana boleh tinggal..

Dinas Aldi said...

Adoih tak bleh tahan gelak pasal durian tu la! :D

ummiross said...

hehehe..usik mengusik tanda bahagia, memang betul, kadang2 suami lebih memahami kita, tak kelentonglah jawabnya, hik!

azieazah said...

Heyyyy!!
Kak Azie pun ada kes merajuk macam tu dengan durian juga.
Hampir sama tau kes kita!
Memang jadi bahan! Malu dalam geram.

LYAfrina said...

hihi..kdg2 ngajuk2 manja ni mkin eratkan hubungan kan kak..