Wednesday, February 13, 2013

Dah berakhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. percutian 4 hari sempena CNY sudah berakhir. Alhamdulillah.. perjalanan kami pergi dan balik ke JB berjalan dengan cukup lancar tanpa melalui kesesakan yang teruk. Mana tidaknya, kami bertolak ke JB seawal jam 4.45 pagi pada hari sabtu tu. Bertolak balik pula di saat orang lain masih lagi menghabiskan cuti mereka. Alhamdulillah.. segala perancangan berjalan dengan cukup baik. Sempat juga kami singgah melawat saudara dan sahabat di Pagoh dan BP. Subhanallah.. rasa cukup berbesar hati dengan layanan yang diberikan oleh orang JB, orang Pagoh dan orang BP yang baik budi bahasa juga pekerti. InsyaAllah.. semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk mereka semua yang meraikan dan melayan tetamu dengan cukup baik.

Oh ya.. tajuk akhbar hari ini mengambarkan yang hubungan Shila dan Sharnaaz dah berakhir dari komen yang diberikan oleh Sharnaaz. Aku bukan nak bercakap tentang hubungan mereka. Tapi aku nak bercakap tentang sesuatu yang aku dapat dari cerita mereka. Minggu lepas aku ada terbaca komen Sharnaaz yang mengatakan tentu ramai yang akan bertepuk tangan seandainya mereka berpisah. Turut diselitkan kata-kata yang mengingatkan orang lain. Lebih kurang begini mengikut pemahaman aku. Tak perlu nak gembira sangat bila melihat orang lain dilanda masalah. Ingatlah, orang lain juga ada keluarga yang mungkin akan menerima nasib yang sama seperti mereka satu hari nanti. Ketika membaca ayat itu hatiku terdetik sendiri.

Bukankah Sharnaaz juga perlu beringat? Satu hari nanti dia juga akan menjadi seorang ayah. Pada waktu itu, tentulah dia tahu bagaimana perasaan ayah Shila yang nampak berat untuk melepaskan anaknya pada waktu ini. Perkara itu yang dikatakan punca kepada masalah mereka. Pada pandangan aku, semua yang ibu bapa lakukan pastinya ada sebab dan alasan yang terbaik. Juga pastinya untuk memastikan kebahagiaan hidup anak mereka. Ibu bapa manalah yang tidak mahu anak mereka bahagia kan? Ibu bapa manalah yang tidak risau untuk melepaskan anak gadis mereka kepada orang lain?  Kalau mahukan anak orang, perlulah tunjukkan kesungguhan dan kesabaran. Tak perlu nak tunjukkan kekasaran dan sikap besar kepala. 

Kadang-kala, kita begitu mahu cuba menasihatkan orang lain agar beringat. Sedangkan kita sendiri tidak mahu beringat untuk mengingatkan diri sendiri. Aku tak kata Sharnaaz. Aku juga sebenarnya begitu. Sering terlupa untuk mengingatkan diri sendiri. Kenyataan Sharnaaz memberikan kesedaran untuk aku lebih memuhasabah diri. Juga untuk menasihati diri sendiri sebelum cuba untuk mengingatkan orang lain.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care.

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kan...izwa pun setuju dgn ape akak tuliskn ni..1 day u will be same like ND LALA u nak ke?tak kan...

eh akak izwa ade pm akak kat fb ye :)

Bunga said...

betull..bunga setuju benar tu..

♥ Vna ♥ said...

sedih sebab percutian dah berakhir..tak gi mane² pun, duduk KL jek

pasal sharnaaz dengan shila tu, tak taulah nak cakap ape...doakan yg terbaik sahaja untuk mereka

♥MAMASYAZA♥ said...

yup setuju, kalo nakkan anak org, kena la ada adab bila nak berbicara, jgn main suka hati jo. mak bapak manala yg tak syg anak

Kakcik Seroja said...

Akan sampai waktunya apa yang kita tak suka akan menjadi sebaliknya...

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

saya setuju
peringatan untuk saya juga

Anonymous said...

ye..

kena ada kesungguhan dan kesabaran...
ada kesungguhan tiada kesabaran - tiada guna.

er.. kena ada sedikit lakonan...haha...nama je pelakon tapi tak pandai 'berlakon'...haha

baca skrip hari-hari...tapi silapnya.. terpengaruh dengan skrip antagonis kot...haha...

seorang ayah sangat emosi untuk melepaskan anak perempuan dia...terutama kalau anak tu faveret dia....kalau dah kawin, tanggungjawab dia dah 'putus'...tu pasal seorang bapa lebih emosi kehilangan anak perempuan berbanding seorang ibu kehilangan anak lelaki kerana perkahwinan....

kueh bakar



Dr K said...

waahhhh..awalnya 4.45am dah bertolak...sempat tak makan beriani gam Batu Pahat? ;)

izzah said...

Mmg kadang2 kita sgt2 senang nk nasihat org lain but trlupa pd diri sendiri...tu pentingnya saling ingat mengingati...

Sharnaaz trlupa tu yg dia jgk bkl jd ayh suatu hari nnti...xpe la...hrp jd pengajaran pd kita semua tntang kisah diorg ni...

Acik Erna said...

assalam hanis..Alhamdulillah selamat dah sampai dan tentu banyak kenangan ketika disana kan.
acik pun ikuti juga kisah dua orang ni.tapi acik baca kat blog kawan2 je..tak baca suratkhabar pun
ajal maut joodoh pertemuan ditangan Tuhan kan Hanis..

gadisBunga™ said...

pergh. awal giler bertolak. tapi time gitu la best sebab kete pun kurang. tak panas lagi.. :)

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Marya ingat apalah yg dah berakhir...hikhik...

Kakzakie Purvit said...

Banyak kisah masyarakat yg menjadi teladan buat kita. Bila melihat/membaca/menghayati jadikan sebagai panduan utk menilai mana yg baik dan buruk..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...