Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. cuti hujung minggu yang hebat. Minggu ni kami berhujung minggu di Morib. Dah lain benar Morib sekarang. Aku sangat berpuas hati dapat bercuti di sana. Lagi best sebab tempatnya dekat. Cuma satu jam saja perjalanan dari rumah kami. Hotelnya pada aku sangat memuaskan hati. Kami menyewa chalet dengan harga rm230 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Cantik dan bersih chaletnya dengan 1 queen bed dan 1 single bed. Kolam renangnya besar. Lagi best sebab kolam renangnya betul-betul berdepan dengan chalet kami. Puas aku mandi kolam he..he.. sebab memang dari awal dah plan nak merehatkan diri bersama anak-anak dalam air. Petang sabtu dah berendam. Pagi semalam, lepas breakfast, aku berendam lagi sampai pukul 10 pagi. Anak-anak up sikit sampai pukul 11 pagi. Kalau berminat untuk bercuti di situ boleh klik web ni. Ada gambar dan cerita detail tentang Hotel Impian Morib tu.
Alhamdulillah.. bila percutian yang dirancang sejak hujung tahun lepas berjalan dengan cukup lancar dan penuh meriah. Kami ke sana bersama dengan ex-officemate en.asben. Seramai 14 keluarga yang turut serta. Aku juga sebelum ini berkerja di syarikat yang sama. Walaupun berlainan jabatan, tapi hubungan kerja membuatkan kami semua mesra. Perkenalan dan persahabatan selama 20 tahun menjadikan perjumpaan kali ini cukup indah untuk dikenang. Mana tidaknya, sejak belum berkahwin, dari waktu zaman bercinta sehinggalah kami berkahwin, persahabatan itu masih terus akrab. Sesekali dapat berjumpa kembali memang terasa seronoknya. Dari bercinta dah berkahwin. Dari zaman anak-anak kecil dah ada anak bujang dan anak dara. Dari zaman anak belum sekolah sampai dah ada anak yang dah habis belajar dah pun.
Bila dah lama tak jumpa, pastinya banyak memori lama terimbau kembali. Tentulah banyak perkhabaran baru yang dikongsi secara tidak langsung. Indahnya persahabatan. Lebih indah bila dapat sama-sama merai dan turut rasa gembira dengan cerita-cerita terbaru teman-teman. Rasa bangga bila dengar cerita anak-anak teman yang berjaya dan cemerlang. Rasa bagusnya bila dengar cerita teman-teman yang semakin membina kerjaya. Tumpang seronok bila teman-teman sudah mengumpul banyak harta, sudah punya rumah besar, sudah bawa kereta besar. Maklumlah kami kenal sejak semuanya baru mula nak hidup. Bila lihat masing-masing sudah berjaya terasa cukup bersyukur dengan segala rezeki yang dimiliki oleh kawan-kawan.
Pada aku, itulah erti persahabatan yang sebenarnya bila kita dapat turut berkongsi rasa seronok dan gembira dengan kejayaan dan segala yang sahabat kita ada. Bila kita berjaya, tentulah kita mahu kawan-kawan kita juga turut berjaya. Bila kita hidup senang, pastinya kita mahu kawan-kawan kita hidup senang juga. Apa ada hal kalau orang lebih dari kita. Yang penting kita sama-sama berbahagia dengan kehidupan dan keluarga masing-masing. Yang lebih penting kita dapat menghargai persahabatan dengan rasa senang hati tanpa ada sikap cemburu dan iri hati. Juga tanpa ada sikap meninggi diri dengan kelebihan kita dan memandang rendah pada kekurangan orang lain.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
13 comments:
Seronok eh kak bila dapat bercuti sama-sama dengan kawan-kawan..:)
eee...bestnye...blh r nnti kt wat trip opis kt lak kan..wlupun dekat tp mesti ade kenangan yg x mgkin kt lupakan...
Kalu ada gambar, bleh gak tengok meriah dan indahnya hotel tu.
Seronok kan bila kita boleh bersahabat bertahun tahun...
dah lama ieja x ke morib..walhal bukan jauh mana pun..lbh kurg sejam lbh ckit kot..morib skrg pun dah cantikkan..
betul tu kak...kadang2 saya pelik kawan yg selalu cemburu atau iri hati kalau kita lebih sikit drp dia...huhu...
bukan ke rezeki tu Allah mmg dah tetapkan...
susah dpt kawan2 mcm ni... :(
hotel tu dekat ngan umh mertua saya...hehehe
Terussss terjahhh :)
iri hati, cemburu, meninggi diri..ini semua kudis yg jika tidak dikawal menjadi barah dlm persahabatan...membina sebuah persahabatan yg tulus ikhlas itu lebih rumit dari meruntuhkannya....biar menjadi padi kan sis...lagi lebat buahnya lagi tunduk merendah diri....namun padi yg berkualiti ni menyusutkan pula poket kita tapi menyedapkan tekak pulak...ayat last tak der kene mengena dgn nilai persahabatan...heheheh...
Betul tu, Morib mmg dah berubah...dapat tempias dari pembangunan gold coast sepang tu...
bercuti santai dgn teman2 lama mmg best kan..:)
Seronok dapat berendam2 dalam kolam puas2 :D
seronoknya kak dapat bercuti dgn rakan-rakan lama..kompem byk kisah nak dikongsi bersama kan..
Ummi tak pernah lagi ke Morib, info bagus ni, mana tau satu hari dapat bercuti ke sana.
Seronok kan Hanis dapat jumpa kawan lama, memang seronok mengimbau kenangan.
kak aya pun ke sana jugak hari tu, 16/2 baru2 ni..duduk bilik 205..memang cantik kawasan situ, rasa nak pergi lagi lepas ni.
Post a Comment