Nuffnang

Friday, February 15, 2013

Kacang pool...

Assalamualaikum...

Sejak suka baca blog orang, macam-macam makanan baru yang aku kenal. Pantang orang bercerita pasal makanan, aku pun terasa nak rasa. Pantang orang tayang gambar makanan, aku pun  teringin juga he..he.. Begitulah juga dengan kacang pool ni. First time aku makan kacang pool waktu di Singapore tahun lepas. Masa tu kami nak ke Istanbul. Flight dari Changi Airport. Sebelum ke airport kami singgah makan malam dulu. Sebaik selesai makan malam aku ternampak gambar kacang pool. Oh.. mesti try ni. Walaupun perut dah kenyang, masih nak order untuk tapau kacang pool tu juga. Punyalah nak merasa.  Konon-konon nak makan masa otw ke airport. Tapi kejap benar dah sampai aiport. Tak sempat nak makan. Sudahnya kena makan kat airport. Masa kat airport aku masih kenyang lagi. Tapi takkan nak bawak naik flight bawak pergi Istanbul pulak kan. Sebab sayang nak buang, selamba badak aje aku buka bekas kacang pool. He..he.. malu juga sebenarnya. Mana taknya, kacang pool tu cuma sebekas aje. Kita  dok makan, orang lain tengok aje. Pelawa orang lain, semuanya segan kut nak join sama. Nak merasa punya pasal aku tebalkan muka makan kacang pool cicah dengan roti kat situ. Subhanallah.. sedapnya. Kena dengan selera aku. Sebab sedap aku pun paksa en.asben, emak dan mertua aku rasa sekali he..he.. Tapi sebab semua orang masih kenyang lagi, tak habis pun kami makan kongsi-kongsi makan kacang pool yang sebekas tu. Sebelum naik flight dengan rasa sedih aku terpaksa buang kacang pool yang masih berbaki tu hu..hu..

Waktu ke JB minggu lepas, kami makan kacang pool di Plaza Angsana. Saja nak bagi anak-anak rasa. Nampaknya anak-anak pun suka. Google resepi macam senang aje nak membuatnya. Bahan-bahan pun semuanya ada kat rumah. So, malam tadi gigih aku buat kacang pool sendiri. Alhamdulillah.. dapat makan kacang pool lagi. Walaupun tak sesedap yang makan kat kedai, tapi masih ada rasa kacang pool juga he..he.. Yang penting en.asben dan anak-anak kata sedap. Kira okey sangatlah tu kan.

Kacang pool kita...

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice weekend.

18 comments:

Eye_nee said...

Percubaan kali pertama kan sis....nnt dah berkali cuba...makin sedaplah jdnya..tp pertama kali cuba pun anak2 dan en asben dah kata sedap....kritikan yg sudah cukuppppp bagus tu...

Tina Othman said...

sedapnya kak fea

alahai ruginya time pergi jb aritu, ada pergi angsana tapi tak tau pulak ada jual kacang pool kat sana

:: Mrs.Eady :: said...

sedap kan kakkkk :)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya kena makan dulu then baru leh cuba masak, hehe...

.: iEyLa :. said...

kne g JB la camni..
xpon merasa kak fea masak...ngeee...

Cik Eka said...

kite tak penah lagi makan kacang pool kak
tengok siap ada telo,roti,limau kasturi..

sedapnyaa

Kakzakie said...

Hanis tak order Mee Rebus HJ Wahid di situ juga. Nampak tak warung Hj Wahid paling ramai pelanggan..

Kacang pol kena rasa kalau tiba di JB.

ummiross said...

Sedap ni Hanis, ummi pun suka. Waa kira terer dah ni, pandai buat sendiri..mesti best air tangan sendiri kan.

Rinna said...

Wahh sedapnyaa.. belum pernah makan lagi.. one day mesti nak try.. rasa.. :)

Daddy Ziyyad said...

kalau ke JB, jgn lupa try Kacang Pool Haji kat Larkin..mmg best kak..:)

Saya pernah menulis tentangnya :

http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011_06_01_archive.html

munna said...

blm pernah rasa lagi.... first time dgr kacang pool ni pun masa rancangan masterchef ari tu

Dinas Aldi said...

Aisehmen, akak belum pernah rasa lagi tu. Teringin pulak bila tengok dalam gambaq tu ha :)

diana said...

nanati boleh la buat lagi..bagi jiran2 pulak rasa..:)

Fadilah Aziz said...

bestnya, saya teringin juga tapi belum ada rezeki nk merasa

azieazah said...

Kak Azie rasa, Kacang Phool ni cuma ada di Johor saja, kan?

Btw, kacang pool ni dibuat dari apa? kacang pool tu cemana rupanya?

Patrycja Photography said...

Hello Dear :) .
Great blog. Interesting post.
Have a nice weekend.
Welcome to my blog.
http://photographyismyexistence.blogspot.com/

Like me on Facebook. I will be extremely grateful.
https://www.facebook.com/pages/In-another-light/413836138693856

MumMe said...

masa MAHA ada nampak gerai kacang pool...tp mmg dh sengkak perut,jadi terlepas sudah...balik johor pun jarang berjalan...mmm boleh la tgk kat plaza angsana nanti...thanks for sharing kak...

gadisBunga™ said...

penah rasa kacang pool aji kat larkin tak? ;D