Nuffnang

Wednesday, October 6, 2010

10 makanan anti kolestrol..

Minggu-minggu selepas raya ni kan kita semua sibuk sangat dengan jamuan di sini sana. Asyik makan, makan, makan dan makan aje kerjanya. So apa kata kita ambil tahu sedikit mengenai 10 makanan anti kolestrol ini. Mudah-mudahan berkesan untuk kesihatan kita semua.
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Ianya juga kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menseimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Kalau diikutkan, semua makanan ini adalah jenis yang kita selalu jumpa. Tapi kita aje yang tak ambil tahu pasal khasiatnya. Rugi betul rasanya kan...

10 comments:

Khumaera Ismail said...

suke tuna~!! nyum2..

nurkaloi said...

uwhh...
kesemuanye kegemaran ku
tuna?? suke gak wlaupun kwn kaloi..huhu
yeaa diet diet..
kurangkan kolestrol...

♥ shiMawar ♥ said...

betul2..bila dh byk sgt open house, mkn pn byk le..mcm2.. :)

dlm byk2, rasanye air soya n epal jek yg sy mkn ari2..ok le tu ek..? ;)

hana nabihah said...

bagus..sebab hana da tembam ha :D

haidi takeAfoto said...

hohh elok sgt ler entry ni yg mcm tgh memerli sy ni..kak perli sy ek..minggu ni jer dah 4,5 org ckp sy ni dah gemuk..mmg la sy ni mkin gemuk tp jgn la ckp kuat2..hehe malu ler..belum kwin dah mcm nk memboyot jer.. nk trun 4kilo je lg pastu nk maintain..hehe dpt berat 70kg ok la..hahah hmpir2 xdpt main bumper boat kt genting ari tu sbb lebih sekilo..sib baik gune alasan camera yg gedabak ni berat 1.5kg..hehe dpt gak main..

Nobita Sensei said...

soya?? erk..bahaya bg kaum lelaki.

haidi takeAfoto said...

akak yg diingati selalu..ade entry sy ade name akak sekali..promote2 sket..tq ek kak..hehe

Hanis Azla said...

maera & jane : kita geng.. akak pun suka tuna..

shimawar : wah ada juga permakanan yg betul tu. Good for you sis..

Hana : akak pun sama.. puasa turun sekilo raya naik 2 kilo.. he..he..

Nobita sensei : Bahaya sbb apa ekk??

Haidi : eh mana ada perli tp utk saling ingat mengingati.. selamat memantainkan badanlah yer..
Thanks for the entry.. baik punya promote. Terharu nie..

CiK QiQi said...

qiqi suka mnum soya n mam jambu batu n mangga..my fvrite..hehhehe

hana nabihah said...

wah..same2...turn sikit..naek kemain banyak..