Friday, October 1, 2010

Apa yang penting???

Bila bercerita kat kawan aku yang banyak majlis undangan untuk aku & family attend hari ini, esok dan lusa, dia kata aku kena pandai pilih. Ambil yang mana penting saja. Tak perlu nak attend semua. So aku pun buat list untuk tentukan priority. Mana yang boleh aku tolak tepi andai kata tidak kecukupan masa. Dan senarainya adalah seperti berikut.

Jumaat :
Majlis rumah terbuka Aras 1 kat ofis
Majlis rumah terbuka Aras 2 kat ofis
Majlis doa selamat sepupu aku yang habis belajar & pulang ke Malaysia
Majlis doa selamat kawan en.asben yang akan menunaikan haji

Sabtu :
Majlis rumah terbuka jiran depan rumah
Majlis rumah terbuka kawan baik en.asben
Majlis rumah terbuka sekolah agama Han & Is
Trial Test Keyboard Han
Wedding adik ipar adik aku

Ahad :
Wedding adik kawan baik aku
Wedding anak pakcik aku
Wedding jiran lama mak aku
Swimming class Han, Is & Az
Majlis rumah terbuka pakcik aku
Majlis rumah terbuka boss en. asben

Berdasarkan perkara dan orang yang aku boldkan di atas itu, aku rasa semuanya penting. Itu tak termasuk lagi dengan rancangan nak menghabiskan trip jalan raya bersama keluarga mertua. Walaupun setiap majlis itu akan tetap berlangsung juga tanpa kehadiran aku dan keluarga, tapi kalaulah dapat memenuhi kesemuanya tentulah aku lebih suka. Agaknya ada tak yang senasib dengan aku yer.. Nak kongsi?

5 comments:

haidi takeAfoto said...

kak azla ni org politik ke ape ni..manyak btul invitation ni...xmampu kot nk g sume..keluarga diutamakan la..

Unknown said...

wah..sangat sangat penuh la jadual akak :D mesti letih nanti..hurm..btw..moga bergembira dan ceria sepanjang aktiviti akak nanti.. ^^v

Hanis Azla said...

haidi - kalau iye dah tentu2 listnya lbh panjang lg...he..he..

hana - mmg letih sgt.. tp best bila dpt penuhi semua undangan... Thanks yer..

Fuz said...

oh,banyaknya rumah terbuka.huhu.
ingat dah habis raya dah.

Hanis Azla said...

biasalah bila penghujung syawal ni mmg ramai org dok pulun..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...