Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

Bos geli-geli...

Petang semalam masa bw ke blog rakan-rakan blogger, (err.. sori aku pun dah tak ingat blog mana) terbacalah cerita tentang orang tu dan boss barunya. Maka aku pun teringatkan bos pertama aku dulu. Tetiba pulak kan*** Korang layan ajerlah yer.

Masa tunggu result SPM dulu, aku pernah kerja sebagai production clerk kat satu kilang kecil ni. Walaupun kilang ni kecil tapi produk yang dihasilkan adalah untuk customer yang besar-besar jugak. Kiranya customer yang namanya gah jugalah kat malaysia ni. Waktu tu barulah aku tahu yang teror jugak kilang kecil-kecil ni sebenarnya. So tak bolehlah kita nak pandang sebelah mata. Ok.. aku dah melalut. Aku nak cerita pasal bos bukan pasal kilang kecil itu... ha..ha.. iklan jap.

Ok serius, straight pada cerita bos pertama aku yer. Waktu tu aku baru 17 tahun. So memang ayu lah waktu tu kan. Mana ada anak gadis 17 tahun yang tak ayu. Cuba cerita sikit. Dapat bos pun muda juga. Baru grad 2, 3 tahun kot. Chinese guy. Orang penang so BM dia memang bagus. Fluent sangat. Memang aku kagumlah. Muka tu boleh tahanlah jugak. Bukanlah kategori tak hensem. Tapi taklah sampai taraf hensem macam hero or pelakon pembantu cerita drama polis Hongkong yang aku selalu tengok waktu petang masa balik kerja waktu tu.

Mamat tu post dia production manager. So aku ni memang direct report kat dia merangkap clerk, PA, tukang hantar surat dan segala-gala tugas pentadbiran kat bahagian tu. Maklumlah kan aku dah kata kilang tu kecil so dah tentu-tentu staff pun ciput gak. Jadi memang takyah nak komplen banyaklah kan. Buat ajerlah apa yang diarahkan. Janji gaji jalan.

Dia ni memang baik. Selalu ambil berat. Tapi yang aku tak berkenan tu dia ni suka sangat panggil aku masuk bilik dia. Sepuluh kali sekejap intercom aku. Dia panggil tu bukanlah nak buat benda tak senonoh pun. Tidak yer. Dia panggil memang suruh buat kerjalah kan. Tapi yang tak syoknya, nak arahkan buat kerja tu sekejap ajer. Tapi bila dia nak suruh tu punyalah lama dia ambil masa. Sampaikan kadang-kadang aku terpaksa melangut tengok dia buat kerja. Kalau melanggut tengok BF aku buat kerja takpelah jugak kan.. kan.. kan??? Jadinya tiap kali dia angkat muka maka kami pun akan bertentangan mata. Kalau sekali dua tu kira biasalah kan. Tapi kalau dah banyak kali... Eeiii tak sukanya aku. Jadi gelilah pulak aku nak main-main mata banyak kali ni. Dengan bos sendiri pulak tu. Kalau dengan orang yang aku ada taruh hati tu lainlah pulak ceritanya. Dah tentulah aku suka. Ini.... ahhh... grrrr...

Zaman tu emel takde lagi kot. Ker dah ada tapi kat tempat tu ajer yang masih tak gunakan lagi. Aku pun tak pasti. Tak ingat dah wei. So setiap kali ada memo dia akan panggil aku dok depan dia tuliskan memo tu untuk dia. Pun lama jugak ni. Sempatlah dia dok jawab telefon 3 ~ 4 kali. Layan operator ker, supervisor ker yang datang ke bilik dia 2~3 orang untuk settle problem. Barulah siap satu memo tu. Memang lama ok. Dia ni pulak memang terkenal kat situ sebagai pengeluar memo terbanyak setiap hari. Maka korang bayangkanlah sendiri.. berapa lama aku kena duduk ngadap dia untuk tulis memo??? berapa kali aku kena masuk bilik dia??? dan soalan cepu emasnya berapa kali aku kena bertentangan mata dengan dia???


Yang paling tak tahan tu bila dia mengamuk. Ini kadang-kadang ajer berlaku. Tapi aku paling tak tahan. Kaw-kaw dia marah orang. Jerit-jerit bagai. Silap hari bulan siap campak-campak barang. Tapi dalam marah-marah tu boleh pula sekali sekala kami bertentangan mata... Boleh??? Ohhhh... aku tak tahu nak cakap apa. Geli geleman jadinya. Dia nak aku admire dia sebab dia boleh tunjuk kuasa dia depan aku ke apa. Oh please... aku tak tergoda.

Eh.. dia nak ngurat aku ker??? Tapi kalau nak kata iye, nape bila kat luar bilik dia ajer, mesti dia buat pandang tak pandang ajer kat aku. Nak cover line ker?? Ker aku yang perasan lebih. Hmm entahlah. Yang pastinya bila aku hantar surat resign, terus dingin dia layan aku. Memang gelilah bila ingat balik. Agaknya sebab aku budak lagi kot masa tu. So tak boleh terima bila orang nak ngurat cara gitu. Maksud aku nak ngurat aku dengan title yang dia ada. Ceh konon macam semua tu tak penting ajer kan. Kononya tak materialistik lah tu... ha..ha.. hanya en. asben aku yang tahu... peace.

Saja tak letak gambar sendiri masa umur 17 tahun sebab takut keayuanku kena puji. So aku pinjam gambar en.google lagi.

16 comments:

Lulu caldina said...

wah..takut kena puji ye kak..

kak, bila nak upload gambar sendiri?

nak tgk la..

Hanis Azla said...

ha..ha.. takdelah lulu saja aje ckp mcm tu..
psl gambar sendiri tu nanti2 insyaAllah akak upload yer..

EzzEddin said...

setuju dengan lulu caldina,
xpe le...ciptaan tuhan mesti yang cantik2 jer..
advance puji nehh..

MamaTiaMia said...

salam to hanis:)hmm boss geli-geli memang ada species tu:)

Hanis Azla said...

EzzEddin : TQ atas pujian advance tu.. setuju juga yg ciptaan Allah itu mesti cantik2.. tp akak biasa2 ajer..

MamaTiaMia : Mmg ada, asal jgn lebih2 sudah kan..

Sasa Al-Sharif said...

cepat bagi tunjuk pic ayu tu! aku otai kat sini, tau?

gurau aja la ;D

Hanis Azla said...

alamak.. mana pulak akak nak cari gambar yg ayu ni.. ha..ha..

ummiross said...

Hehe kenangan geli-geli...
baca pun geli...gelihati

Salam kenal jugak

mien said...

mcm2 kerenah bos nih

~cik tiram~ said...

nak tgk gambo umo 17 hahaha!

Pala Maldini said...

ala.. kalau takat bertentangan mata.. bukan lah geli2 namanya..

Hanis Azla said...

ummiros : betullah, geli dah jd gelihati skrg..

mien : mmg macam2..

cik tiram : nnt klu jumpa gambar masa 17 tahun yg paling ayu akak upload yer.. ha..ha...

pala maldini : bukan geli ker?? agaknya lain org lain perasaannya kot.. he.he..

nurkaloi said...

hehehe....geli mat
wahh chinese guy...i like~~ hehehe
mata bertentangan mata....
alahai sronoknye....digode heee

DKosongLapan said...

nasib baik tak terkawan dengan mamat cayanunalip tu ye,.....kalo tak jenoh mase nak kawen nunggu die sunat dulu....errr...takde niat lucah yeee

haidi takeAfoto said...

yela kak..sy same pndapat ngn lulu..bile nak buh gmbr sendiri?/sy g umh akak nti baru tau..hehe

ok pe kak..ade big boss minat kt kite..tp tu la.cara die slh lak ek..

kompem akak ni ayu mude2 dulu ni..eh..skg akak xtua lg kan..akak..misteri btul la akak ni..muka xtau..umo pn xtau..bgtau la sket..heh

Hanis Azla said...

DkosongLapan : Oppppssss...ha..ha..

Haidi : amboi! mentang2 akak ckp ayu dan2 korang nk tgk gambar kan??? sebenarnya mana ada ayu, saja jer tulis cam gitu untuk lebih misteri.. ha..ha.. ok akak tipu. Mana ada misteri pun cuma buat masa ni tak terbuka hati lg nk tunjuk gambar sendiri.. Nanti2 kot.