Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

Kawan baru...

Bila pergi berkursus maka ramailah orang baru yang akan kita kenali. Seronok benar rasanya bila dapat menambah kawan. Bila sudah berkawan maka sedikit sebanyak tentang diri mereka dapat kita kenali. Iyelahkan untuk mengenali seseorang itu dengan serba ringkas, kita tak perlukan masa yang terlalu lama. Hanya beberapa detik dan ketika pun kita sudah mampu mengenali sifat sebahagian dari mereka. Mengenali mereka melalui first impression kita dan dari watak yang ditampilkan oleh diri mereka sendiri dihadapan kita. Dengan senyuman dan teguran tanda perkenalan, mudah saja untuk kita mendapat seorang teman baru.

Alhamdulillah, di sana aku dapat teman sebilik yang baik. Aku selesa dengannya sepanjang 10 hari itu. Langsung tiada masalah. Memang itulah doaku sejak mula. Agar dapat teman sebilik yang baik. Maklumlah nak berkonsi bilik bukan untuk semalam dua. Tapi lebih dari seminggu. Jadi kalau dapat yang tak tentu, mahu sengsara hidup aku. Walaupun jarak umur kami agak jauh, namun beberapa minit pertama aku mengenalinya saja, aku sudah boleh ngam dengan dia bagaikan kami sudah kenal lama. Beres tentang bab itu.

Rakan di bilik sebelah dan rakan-rakan sekumpulan pun jenis yang sekepala. Maka seronoklah bila dapat berkerjasama. Tiada preasure untuk menyelesaikan tugasan. Makanya semua aktiviti berjalan dengan penuh kelancaran. Lega. Selamat semuanya. Tak tahulah persahabatan yang dijalin itu akan pergi selama mana. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, walau tak semua, masih ada jugalah teman-teman sekursus yang masih berhubungan sehingga kini. Mudah-mudahan untuk kursus yang ini pun begitu juga.

Maka bila berkenalan dengan orang-orang yang baru maka bukan setakat jumlah kawan di facebook saja yang akan bertambah. Pengetahuan kita tentang sikap dan perangai orang juga akan turut bertambah. Ada yang suka begini. Ada yang suka begitu. Ada suka ini. Ada suka itu. Macam-macam kan..

Korang pernah dengar tak yang ada juga rupanya orang yang tak makan cili sos, tomato sos dan kicap. Aku baru first time dengar masa kursus hari tu. Bukannya sorang tapi dua orang yang buat pengakuan. Hmm.. Agaknya kalau aku tak pergi kursus mesti aku tak tahu yang ada juga orang yang tak makan sos dan kicap ni. Bagi aku yang cuma tolak batu dengan kayu ni dah tentu-tentulah macam pelik ajer mendengarnya he..he.. Orang lain aku tak tahulah. Mungkin dah biasa dengar kot. Kiranya selain dari dapat teman baru aku juga dapat tahu tentang perkara yang baru juga.

6 comments:

mien said...

mmg sronok dpt kwn baru, tp dlm masaa yg same2 kene hati2 yea :)

Hanis Azla said...

betul tu mien, berhati2 tu mmg perlu.. thanks yer..

Fara Dee Dilah said...

ms orentasi 1st time masuk U dlu, ade budak allergic mkn nasik..kalo mkn nasik hbis bdn die bengkak merah2..at 1st tu x caye gk, and ade sorg senior sbb ingt bdk tu brlagak so die pkse gk dak tu mkn nasik..x lame pastu budak tu pon gatal2 n bengkak sluruh bdn..mmg cian r ngn dak tu..

nurkaloi said...

owhhh ade yg tak makan sos and kicap?? biar benar nie.....lau sye ann sis tak leyh takde sos and kicap....lagi2 kicap laa ann....sume mende yg kite makan lau bleyh nak letak kicap...baru adee umm...smpaikan my dad sggup g kedai beli kicap lu if baru realise yg stok kicap takde time nak mkn...hehe

Hanis Azla said...

fara : sianyerlah.. ada juga org ellergic nasi yer.

Nurkaloi : itulah akak pun mcm tak caye ada juga yg tak mkn kicap & sos ni..Ohh rupanya Nur pun hantu kicap ye. sama mcm anak akak yg no 2 tu.

nurkaloi said...

hehehe...hantu punye hantu kicap...waa bleyh geng ni ngan ur sis...yeahh !!