Nuffnang

Friday, May 4, 2012

Sesekali dia memujuk..

Kalau tengok tv dia memang kusyuk. Nak-nak time movie yang best. Kalau duduk sebelah pun dia tak toleh. Tak payahlah kalau nak cakap apa-apa. Memang tak layan punya. Kalau nak tanya kisah tu macam mana memang takkan dijawab juga. Cakaplah sorang-sorang. Dia buat dek aje. Bila macam tu aku pun sentap. Padahal dah faham sangat. Tapi biasalah orang perempuan. Suka sensitif tak bertempat. Suka nak merajuk pada yang sayang. Mulalah keluar ayat. Fine. (Ayat sentaplah tu kan he..he..) Ingat dia nak layan. Memang taklah kan. Dia toleh kejap, lepas tu toleh balik pada skrin tv.

Lepas dah habis movie barulah dia back to normal. Tapi aku pula dah tak normal he..he.. Dia tanya aku diam. Dia peluk aku buat dek. Dia buat lawak aku tak gelak. Majuklah konon. Aku naik atas dia naik atas. Bila dah naik atas aku malas nak turun. Dari atas minta tolong anak ambilkan air. Abang tolong mama, tuangkan air teh yang mama buat tu dalam mug. Lepas tu abang letak ais. Mama nak teh o ais. Nanti tolong bawakan naik atas ye.. Is jawab, Okey mama. Aku dengar Is naik tangga. Aku nampak Is bawak teh o ais untuk aku.

Tapi sebelum sempat Is bagi kat aku dia dah ambil mug tu dari tangan anak dia. Sua kat aku dan kata. Nah ma, air yang you nak. I yang buatkan untuk you.. Aduhai.. punyalah nak pujuk. Terus hilang majuk aku. Terus keluar ketawa besar aku. Anak-anak dah tergelak-gelak kat situ. Kalau time dia nak pujuk. Memang sampai aku betul-betul terpujuk barulah dia puas hati. Kalau time dia tak nak pujuk tu, merajuklah sorang-sorang di situ. Ha..ha..   

Ragam rumahtangga memang macam-macam kan. Ada manis,  ada pahit. Ada ceria, ada duka. Yang duka dan pahit kita lupakan dan cuba perbaiki diri. Kita kenang cerita yang baik-baik. Yang seronok-seronok. Yang menceriakan. Agar kita boleh mengecap bahagia hingga ke akhirnya. Dengan doa dan harapan agar perhubungan kita mendapat keberkatan dariNYA. Harap-harap cerita-cerita manis begini dapat memperbaiki perhubungan kita dengan insan tersayang. Aku bercerita di sini untuk mengenangnya juga. Agar dapat terus berbahagia dan berkasih sayang dengan orang yang aku cinta dengan izin dariNYA juga.

34 comments:

Nini D.. said...

hero akak sweet btol..nanti suh hero akak kasik training sikit hero nini.. :)

mummY daniSha said...

huhu...so sweet....semoga kita terus berbahagia ke akhir hayat,insyaALLAH

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hihi..akak ni mmg suwitla..

tp kan somi kita selalu x layan kita sbb asyik ngadap what's app..kita pon salu majuk hihi

ieja amieja said...

assalam hanis..
hehe..sesekali majuk apa salahnya kan hanis..nak lak ada yg pujuk..semoga bertambah erat kasih syg yg sedia tersemai..

Lulu Caldina said...

so sweet..kakak jangan merajuk lagi..

.: iEyLa :. said...

alolo...sweet sungguh...
adik doakan akk happy smpai ke akhirnya...
majuk2 manje xpe.. :)

Pok Amai-Amai said...

Sy suka budaya merajuk dan pujuk memujuk mcm nie. Tp bukan jenis yg selalu smpikan jdk annoying. Hehehehe. Bukan apa, terasa bara kasih sayang tu. Hahahahaah! Kan kak? Kan?

:: Mrs.Eady :: said...

tergelak sama!heheehehe..... syok sekali sekala merajuk ni sb nyer jarang sekali dpt merajuk..tak sempat pun nak merajuk..hehehe..

muslimah rempit said...

kan........ seronok kena pujuk sebenarnya kui kui kui...

bukan selalu pun... jarang sangat...

kakchik@ella said...

sesekali dipujuk, cairrrr hati ye Hanis. Asam garam rumah tangga. Gaduh manja membawa bahagia, kannnn.

noor said...

kena pujuk mmg best hehehhe....sdgkan lidah lg tergigitkan kak..
hepi family!

kakcik said...

Bagus ada suami yang pandai memujuk. Sesetengah suami, dia buat tak tahu je.

So Shy Lady (SSL) said...

hehe comel je... tp akk pon akn geram jugak klau dibuat donno mcm tu tp stakat ni hb akk blum pnh lg la wat cam tu. klau dia buat, siap dia hahaha

sissyira said...

salam..

hehe, kak, rasanya lelaki mmg mcm tu kot, suami kita pun sama..time dia layan movie ke, game ke, mmg x layan walaupun kita jatuh...

tp bila kenang adegan pujuk memujuk tu, mmg seronok dan hepi..muhehah...

-Sara- said...

isshh dasat asben akak..hehe

sara pon mmg kuat majok..last2 dia dh xlarat pujok! last2 sendiri buat2 xde apa berlaku..hahah

ummiross said...

hehe..boleh bayangkan bagaimana sekeluarga ketawa besar,so sweet!

mak encik | SZ said...

hihhihiii...
tersenyum2 saya baca kisah akak ni,
(ditambah ngan pak enciknya dah ada di sisi keekekeke)

rasanya orang lelaki mmg penumpuan / fokus dia kat tv tu mmg tinggi kak...lagi2 tgk bola ke F1 ke...buat penat je kita tanya itu ini, ntah dengar ke tidak ...kuikuikui

saniah said...

Hehe...sweet n kelakar...
Hubby akak pulak tak layan akak bila tgk sport..elok2 kita nk bercerita kat dia ..kita kena cerita dgn tangan je...talk to the hand anak dia kata...maksudnya kejap...ishh selalu akak sentap haha
Ragam rmhtgga mmg mcm2...harap kita brbahagia hhg ke ujung nyawa ya fea..

mamalieyna said...

hikhik..sweetnye...mcm baca novel plak...

Insyaallah hrp rumahtangga kita aman bahagia..wlu pasti ada cabaran sesekali dtg ...huu~ Amin..

diana said...

hahaha...
kelakar la..
seronok bila kenang cerita2 yang manis ni..bila bergaduh lepas tu ingat balik rasa seronok pulak..hahah

zehan said...

klakar laa....seronok kan bila kita majuk ada org nak pujuk..hehehe..

kueh bakar said...

aku pun tak suka kak kalau tgk muvi ada gangguan ni...kalo tgk dvd takpe la. boleh pause...

Ryu on ahsfantasy24.com said...

semoga cinta sentiasa berkekalan
berada di bawah lindungan Dia..

mama maman aka yana said...

wah..wah... byk kali majuk pun takpe sebab ada yg sudi mujuk.. hehehe

munna said...

seronok baca kak.... adatlah dlm rumahtangga kan... harap2nya kita semua bahagia ke akhirnya

Dinas Aldi said...

Bahagia bila ada yg memujuk :)

Marya Yusof said...

As salam K.fea,

Makhluk planet pluto ni mmg cenggitu... But the different yg buat kite bahagia & saling melengkapi... kan?

Kdg2 rs nak lari je, but still keep on running back to him...hahaha! :)) Kelakar! and it is sooo true...

Semoga bahagia ini milik kita hingga akhirnya.. Amin Ya ALLAH :))

MulutPayau said...

seronokkan..kalau merajuk, ada yg sudi pujuk...hehe

Semoga kebahagiaan yg dimiliki berkekalan....

Tina Othman said...

sooooooo sweet, bestnya dia nak pujuk =)

Faidhatul Arfah said...

alolololo hehe :) sweetnyaaaaa ! untung la hehe :)

Izan Ishak said...

izan suka entry kak fea ni!

camnilah kita orang perempuan kan kak. suka merajuk2 dan dipujuk2. terkenang diri sendiri yg kadang2 saje2 merajuk mintak dipujuk. tapi kadang2 merajuk terus takde sape pujuk... hehe...

Aliza Liza said...

amboi sweet akak... bestnya dipujuk macam tu. Baru harmoni rumahtangga sebab ada penyejukkan. so semoga kebahagiaan akak kekal abadi k

Nazayiena said...

so sweet,merajuk ada yg nak pujuk....

Irfa said...

majuk pada yg sayang.betul tu kak ;)