Wednesday, July 25, 2012

34 dari 36 hu..hu....

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua..

Pagi tadi dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, aku dengar radio Hot FM. Topik pagi ini berkisar tentang ranking Malaysia di kedudukan ke-34 dari 36 negara untuk tahap kesopanan hu..hu.. Sedihnya. Tapi memang itulah realitinya. Kita sebagai rakyat Malaysia sendiri pun susah untuk menafikan kenyataan itu. Sedangkan soal kesopanan dah masuk dalam prinsip rukun negara. Agak-agaknya ramai yang terlupa mengenainya kut. Kan???

Tak perlu tengok jauh. Di jalanraya saja sudah cukup. Susah sangat para pemandu kita nak bertimbang rasa. Nak beri laluan bagaikan satu jenayah sehinggakan ramai yang mengelak dari melakukannya. Aku  pernah dihon sebab bagi laluan pada  kereta di hadapanku. Subhanallah.. macamkan satu kesalahan pula sedangkan laluan di depan langsung tak bergerak. Beri laluan pun masih ada yang tak puas hati. Aku pernah beri laluan kepada kereta yang mahu keluar dari parking atas rasa perihatin bila kereta lain bagaikan tidak peduli sebab laluannya sempit bila ada yang tak peka parking kereta di laluan kenderaan. Tambah-tambah bila laluanku sendiri tersekat. Tapi boleh pula tanpa rasa bersalah aku yang diminta ke tepi untuk beri laluan untuk dia lalu selepas dia dah selamat keluar. Astaghfirullahalazim. Mana sifat sopan dan sifat berterima kasih dia pergi agaknya ekkk?? Aku tenung juga kut-kutlah orang itu mat hitam. Kut-kutlah juga orang tu anak-anak muda yang baru nak faham erti kesopanan. Tapi... orang itu adalah orang kita yang yang dah berumur. Apa kes ni pakcik? Macam mana nak jadi contoh buat anak muda.

Kes ambil parking orang lain pun pernah terkena juga. Kita ni punyalah sabar menunggu sambil bagi signal nak masuk parking yang baru kosong. Tup-tup orang lain pula yang masuk dari laluan bertentangan. Sudahlah tak ikut peraturan, curi tempat parking orang pulak tu. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah. Kalaulah aku ikut tak sopan tentu dah calar-calarkan keretanya. Tapi sebab tahu kepentingan bersopan, mampu mengomel dalam hati saja. Dalam tren pun begitu juga. Sampaikan en.asben yang tiap-tiap hari naik tren pun selalu mengeluh. Orang perempuan sendiri takde rasa kasihan dengan sesama sendiri. Boleh buat tak tahu aje bila ada perempuan mengandung berdiri di hadapannya. Itu baru satu contoh. Kalau nak sebutkan contoh-contoh lain  terasa malu sendiri. Sudahlah tak sopan. Peka pun tidak.

Aku sebagai rakyat Malaysia memang berasa sangat malu dan sedih. Come on lah Rakyat Malaysia sekalian. Tolonglah ambil berat mengenai hal kesopanan. Kita selalu nak memperbaiki kedudukan yang corot-corot tu. Jadinya, marilah kita sama-sama menaikkan ranking kesopanan kita agar tak terus corot. Malaysia Boleh kan... 

Salam hormat buat semua. Have a nice day. 

31 comments:

mummY daniSha said...

betul..hampir semua yg akak ckp tu sy pena kena...haihhla..dunia akhir zaman,neg barat lebih berbudi bahasa dr negara islam...

♥MAMASYAZA♥ said...

bab memandu ni, mmg sakit jiwa. akak pun slalu camtu. bab parking tu pun slalu gak kena kalo pegi tesco. sakitttt atiiii

Misz-ella said...

KC pun penah kena macam Hanis. bagi org masuk depan kita, kena horn dgn org belakang.

pastu bengang dgn driver yg tak reti nak bagi singal. kita nak keluar simpang punya la tunggu .. kot la dia nak terus tgk2 dia nak masuk simpang. bagi la signal .. apa salahnya, kan.

Izwa Kamaruddin said...

kesopanan,kepekaan semua perlu diajar dari rumah la kak bg pendapat izwa la...kiter didik anak kiter supaya tak jadi mcm tu insya Allah..

susumanis said...

salam hanis, sayang kan hanis, muslim sepatutnya mencontohi akhlak Rasulullah saw, lebih dari sopan dan santun..alahai malaysia...

Kakcik Seroja said...

Atas jalanraya ramai yang berlagak bagaikan raja. :(

♥ Vna ♥ said...

saya pun pemandu jugak tapi kdg² tu memang melampau sikap pemandu Msia nie hurmmmm

Lydia Miza said...

teruknya kedudukan negara kita kan kak fea..huhu. tp mmg makin teruk pun perangai org sekeliling kita.yg memalukan kadang2 sesama melayu dan sah2 sama2 islam

Eye_nee said...

Dah hilang sifat sopan dan santun kan..padahal itulah budaya melayu kita..kalau bangsa lain pun jika mereka rakyat Malaysia pasti sudah memahami budaya bersopan santun tu...kdg tu bukan mereka tak nampak yg kita dah tunggu dan bg signal utk parkir ..tp sifat kurangajar tu telah menutup mata mereka utk melihat...

Kakzakie Purvit said...

Apa yg Hanis perkatakan hari-hari terjadi dan kakak rasa ramai yg pernah kena.. kisah itu macam dah lali sebab itu susah utk diperbaiki.

Malu kalau lihat negara jiran, dekat pulak tu seberang tambak je...

Dr K said...

Kita lihat Islam, di negara kafir/barat..dan begitulah sebaliknya...Sebab apa? sebab Islam hanya pada Mykad

Nini D.. said...

saya dah letih mengadap kerenah tak sopan masyarakat kita yang kemain berbilang bangsa nih...esp kat atas jalan raya.kalo ikut rasa hati,nak aje pinjam poket ajaib doraemon tu..nak pinjam lampu pengecil pehtu nak kecikkan kereta diaorg sumer..pehtu buh dalam akuarium sbgai hiasan..ok x? hahahahahaha

dwatyKNY said...

saya pun dengar era pg td kak... KL antara bandaraya tak ada sopon...

kes ambik parking tu pernah terjadi kat saya dan kengkawan... kita punyalah sabar menunggu dia yang baru datng terus masuk... siap marah kita lagi tunggu kat tempat yg salah... tengok plat no lah bro... kami org luar... hormatla sikit...

-Sara- said...

yelah kak, sbb tu omputih kata 'theym (msian) are not human when on the road'..same2lah renungkan :D

kasihibu said...

kesopanan dan kesusilaan dah semakin kurang
dan agak menakutkan jugak kan?

TS said...

dengar jgk pagi td topik ni kak..
kadang2 pelik bile tgk bkn anak muda yg taknak bersopan kt jalanraya..
tap yg berumur..xbole ke tnjuk contoh baik sket.. :)

mama maman aka yana said...

ramai yg pekak kannn...

Maya Mayana said...

sebabnya semua tu imbuhan atau gnjarannya tk nmpak, cuba bg masuk pertandingan hiburan atau yg ada imbuhan semua berebut nk ranking yg terbaik...my 2 cent comment only

Murni Alfathunnisa said...

yelah..malu rasanya bila baca kat suratkhabar tadi. asyik mengejar kemajuan fizikal..tapi kita leka pembangunan akhlak...jadi negara membangun, tapi akhlak dan kesopanan merudum. bab kena hon tu memang selalu kena..tak boleh terleka sikit kat trafic light tu...hmm..parking kena 'sambar' pun dah biasa kena..

Dinas Aldi said...

Sama2lah kita berdoa semoga keadaan akan bertambah baik selepas keluarnya berita ni. Memang sangat menyedihkan :(

Unknown said...

setuju sangat dengan entri ini fea...nilai kesopanan kita terutama di jalan raya mmg semakin teruk. Moga kita sama2 dapat ingatkan diri sendiri untuk lebih bersopan dan bertimbang rasa di masa hadapan.

faraherda.razalan said...

Disebabkan keringnya hati pemandu di Msia khususnya KL ni, sy pun ikut kering hati.

Teruk betul.

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Marah benar bunyinya entry kali ni... :)

Sbnrnye kan sikap sbnrnye kita adalah bila dlm kereta atau memandu sb masa tu kite sorang je dlm kereta... Syg kalau makin maju makin tak beradap :(

ieja amieja said...

assalam hanis..
slogan berbudi bahasa dijln raya, berhemah semasa memandu etc dah x relevan lagi..kepentingan org len tolak ketepi..utamakan dr sndiri..agaknya itu yg patut dislogankan kot..hehe..oh malaysiaku

Rina Rahamat said...

kalau semua org ada sifat mcm akak sure malaysia duk nombor 1 pasni :)))

Unknown said...

Kak Fea,

Marya dah check artikel tu dr Readers Digest ngopenye... Sb Marya rasa mcm something wrong somewhere...hiks...

Guest what? New York, USA is The Most Courteous City! What the h*^%! Ambil tahu tp jgn percaya 100%... Propaganda yahudi... >>>>>http://www.readersdigest.ca/health/relationships/how-polite-are-we

Apa2 pun Malaysian should learn something from it! Mereka ni mmg suka tunjuk negara kita especially yg Islamic country tak elok...

Doa tiap hari kak kita jumpa & bertemu org yg baik-baik, insya'ALLAH :))

Unknown said...

orang bukan islam nak kena langgar dengan tsunami pun masih boleh bersopan santun sikit pun takde hon hon bagai..orang kita lambat sikit je dah hon bagai nak gila..mungkin kurang kesabaran sbb ramai antara kita ni yg cuma islam pada nama dan dalam ic saja..

saya tak berapa nak hairan kalau orang tak bagi saya duduk masa pregnant..sbb perut kecik..mungkin org ingat saya buncit bukan pregnant kot..hehe..

Akak Kembang said...

Setuju ngan akak..Alin suka tgk orang Korea (mentang2 minat drama Korea)..w.pun dressing dorang up to date tp cara dorang bercakap penuh tunduk hormat..bagi ALin la..tupun selalu tgk drama Korea

Akak Kembang said...

tp ranking dorang atas kiter jek..haahaha

Anonymous said...

pelikkan, rakyat malaysia hilang sopan santun bila pegang stereng kereta

ada kakak ni ceta, dia duduk aussie, kat sana tak ada pun org bunyi kan hon kereta, bukan macam kat sini, sebab tu dia rasa tak selamat bila naik kereta kat malaysia ni

cikceriacorner said...

emm betul tu kak...xramai rakyat malaysia yg bersopan di jln raya..moga pasni ada kesedaran di kalangan mereka..:)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...