Friday, July 13, 2012

Keselamatan kebakaran..

Assalamualaikum...

Semalam dan kelmarin aku mengikuti Kursus Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Selangor di pejabat. Alhamdulillah, ianya satu kursus yang cukup baik. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi dari kursus itu. Banyak perkara yang sebelum ini diambil sambil lewa perlu diperbaiki agar keselamatan ketika di tempat kerja mahupun dirumah sentiasa terjaga sebaiknya.

Sebelum ini aku tidak pernah tahu yang rupanya, hanya lebih kurang 2 minit saja yang diperlukan untuk kebakaran yang kecil boleh bertukar kepada kebakaran besar dengan suhu yang boleh mencapai sehingga ke 500 dan 600 darjah celsius. Subhanallah. Ianya sangat menakutkan. Rupanya haba panas juga boleh mencetuskan api yang menyebabkan kebakaran boleh merebak dengan begitu cepat.

Pengetahuan untuk menyelamatkan diri dengan cepat juga sangat membantu. Kami diajar bagaimana untuk menyelamatkan diri bila terpaksa berjalan dalam gelap ketika asap tebal. Kami juga diajar cara untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan fire extinguisher, paip bomba, hose bomba dan pili bomba. Kalau sebelum ni cuma tengok dari jauh. Semalam dan kelmarin dapatlah pegang-pegang dan belajar menggunakan semua peralatan yang sangat penting ketika berlakunya kebakaran itu.

Di sini aku nak kongsikan sedikit pengetahun yang aku dapat dalam kursus keselamatan kebakaran tersebut :

- Jangan panik ketika berlakunya kebakaran.
- Cuba cari jalan keluar melalui pintu. Bukannya terus mencari tingkap.
- Pentingnya untuk semua rumah untuk mempunyai detector kebakaran. (Ini kerana bila kita tidur waktu kebakaran berlaku, waktu kita tersedar api sudahpun membesar).
- Di setiap rumah dan di dalam kereta perlu ada alat pemadam kebakaran.
- Jika boleh padamkan api, kita cuba untuk padamkannya terlebih dahulu. Jika tidak, lari dan menyelamatkan diri adalah tindakan yang lebih baik.
- Pentingnya untuk kita semua mempunyai nombor telefon balai bomba dan balai polis terdekat dengan kawasan rumah kita. (Seisi rumah juga patut tahu mengenainya). Balai Bomba Bandar Baru Bangi - 03-89254444.
- Jika di tempat kerja kita ada melakukan latihan kebakaran, di rumah pun patutnya ada untuk mengelakkan panik jika berlakunya kebakaran.
- Perlu ada Pelan Tindakan Kecemasan untuk rumah dan pastikan semua anak-anak dan is rumah juga tahu mengenainya.
- Seeloknya kita tahu, berapa tapak di dalam rumah yang perlu kita ambil untuk ke laluan keluar. (Misalnya dari katil ke pintu bilik, dari pintu bilik ke pintu utama jadinya bila dalam keadaan asap tebal, kita boleh mencari jalan keluar)
- Bila asap tebal, merangkak untuk keluar. Untuk merasa gunakan belakang tapak tangan kerana ianya lebih sensitif.
- Kunci rumah, kunci grill dan semua kunci-kunci penting jangan di simpan dalam satu bekas atau gugusan besar. Ini akan menyukarkan untuk kita mencari kunci yang betul ketika kebakaran.
- Tindakan segera adalah sangat penting untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
- Jangan buka pintu kalau terasa panas. Cuba tutup lubang yang boleh masuk asap.

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi itu saja yang aku ingat setakat ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk orang lain.  Harap-harapnya kita semua dapat menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda kita. Minta dijauhkan dari sebarang musibah dan malapetaka. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH hendaknya, insyaAllah.

Melalui kursus ini juga aku dapat tahu peranan dan tugas Ahli Bomba. Besar sungguh tanggungjawab dan tugas mereka. Barulah aku tahu yang mereka itu juga adalah HERO sebenarnya.

Salam hormat buat semua. Have a nice day.

20 comments:

Rina Rahamat said...

isk..malang x berbau kan

lps bc entri akak ni buat sy terfikir akan langkah keselamatan kt rumah sendiri

Izan Ishak said...

sangat berguna entry ni kak fea... sbb malang sememangnya tak berbau.

masih teringat buat latihan kebakaran masa kat u dulu2...

TS said...

kadang2 api yg kecik tu la punca kebakaran yg besar kan kak..
ambil langkah2 mencegah lebih baik.. :)
enjoy ur weekend kak!!

nazayiena said...

Tq kak fea kongsi tips2 kebakaran nie,tu semua memang kita patut tahu dan ambil beratkan.

Misz-ella said...

byknya yg KC tak tau. thanks share this info with us, hanis.

mama maman aka yana said...

selalunya PANIK yg lebih.. huhu

Qhaifa Nur said...

info yang berguna...

Izwa Kamaruddin said...

ingt ingt...tapi kalau jadi bebetul mmg tak ingt...mcm mane tuh??hehehe...

faraherda.razalan said...

Ptt kat umah sendiri pun mst ade alat penggera kebakaran ngan fire extinguisher sendiri kan?

Mak Wardah said...

tqvm Hanis for sharing

Unknown said...

saya pernah jugak ikut latihan kebakaran ni..tapi tak pernah merasa pegang alat pemadam kebakaran tu..tengok dari jauh je.. kalau berlaku kebakaran confirm tak tau nak padamkan mcm mana..hehe..

Dinas Aldi said...

Akak pun masa dema datang buat ceramah haritu, pucat jugak dibuatnya. Rasa nak tidoq tepi pintu pun ada masa tu bila terfikir pasal kebakaran..takut..

Akak Kembang said...

info berguna ni kak pia..teringat latihan kebakaran masa sekolah2 dulu

SheeLittleSunshine said...

baru tahu kegunaan pihak kolej kediaman dulu selalu wat fire drill..

Murni Alfathunnisa said...

smoke detector dan alat pemadam api tu kena standby kat rumah..bila dah ikut seminar fire prevention baru la sedar kepentingannya..especially smoke detector tu..

MulutPayau said...

terima kasih atas prkongsian....ngeri bila ingatkan pasal kebakaran...

Unknown said...

As salam Kak fea,

Waaaa...lama tak dtg sini... Bercoti sakan kak ..hehee... langkah kanan dpt ilmu baru harini ttg abg bomba!

Dlm byk2 badan beruniform Marya paling tabik toink2 dgn bomba sb dorang ni buat semua kerja dr accident, bangunan terbakar smplah tangkap ular & tolong org nak bunuh diri...they are the real hero sbnrnye tau! ;))

-Sara- said...

bagos entry ni kak..peringatan dn panduan utk kita semua..

*kita selalu tak ambil berat hal-hal macmni kan..

Outbound di malang said...

nice post ...
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya! terimakasih ...

Anonymous said...

Oh begitu makasih infonya
Main ke blog gue kentang.tk

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...