Monday, July 2, 2012

Umrah dan Ziarah 2012 : Tanah Suci Mekah & Kaabah

Assalamualaikum..

Waktu di Mekah, kami ada mengikuti tazkirah di Hotel yang  disampaikan oleh Mutawwif Andalusia. Aku nak kongsikan perkara-perkara yang sempat aku catatkan untuk makluman kita bersama.

Menurut mutawwif, bila kita datang ke Tanah Suci, ianya sama dengan kita menjawab panggilan Nabi Ibrahim untuk datang ke Mekah 6000 tahun yang lalu. Nabi Ibrahim memanggil dan Allah yang menyampaikan panggilan itu. Menurut cerita mutawwif, bila Kaabah siap di bina oleh Nabi Ibrahim, Allah menyeru kepada Nabi Ibrahim untuk memanggil semua umat manusia untuk datang mengelilingi Kaabah. Nabi Ibrahim berkata, Ya Allah, suara aku tak kuat, bagaimana aku boleh memanggil semua umat manusia untuk datang ke sini. Jawapan dari ALLAH :  Kau hanya perlu memanggil dan AKU (ALLAH) yang akan menyampaikan panggilan itu.

Subhanallah, sangat indah bila kita dapat menerima panggilan itu. Jadinya, bila kita ada peluang untuk ke sana, janganlah kita mensia-siakan waktu yang kita ada ketika di sana. Ini kerana kita tidak tahu sama ada kita ada rezeki dan kesempatan untuk menerima panggilan ke Tanah Suci lagi. Berdoalah dan berusaha untuk ke Tanah Suci. Tapi jika tidak kesampaian, nanti di akhirat, akan dapat pahala haji dan umrah juga asbab dari doa dan usaha kita itu.

KAABAH
- Binaan pertama atas muka bumi ialah Kaabah. Sebelum lautan, bukit bukau. Nabi Adam yang membina Kaabah dan yang pertama mengelilingi Kaabah ialah para Malaikat.
- Kaabah (Baitullah) ialah Rumah ALLAH kerana kemuliaannya.
- Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat di Masjidil Haram.
  60 rahmat untuk yang tawaf Kaabah 7 pusingan
  40 rahmat untuk yang bersolat di Masjidil Haram.
  20 rahmat untuk yang memandang Kaabah. (Nota tambahan : 3 pandangan yang dapat pahala dan rahmat Allah ialah, pandang wajah ibu bapa kita, pandang Al-Quran dan pandang Kaabah)

AMALAN YANG PALING AFDHAL DI TANAH SUCI MEKAH
- Memperbanyakkan tawaf sunat kerana Malaikat juga tawaf di Baitullah semenjak Kaabah dibina sehingga ke hari kiamat. (Jangan hina orang walaupun dalam lintasan hati. Mungkin orang itu adalah Malaikat). Semua Rasul tawaf di kaabah sebagaimana kita. Begitu juga dengan para Aulia dan Anbia.
-  Tawaf sunat atau tawaf wajib dapat 120 rahmat.
   Habis tawaf 7 pusingan - 60 rahmat.
   Solat sunat tawaf - 40 rahmat.
   Doa mengadap Kaabah - 20 rahmat.
-  Memperbanyakkan umrah sunat dapat menghapuskan segala dosa.
-  Ganjaran pahala di kota Mekah, Solat di Masjid Nabawi dapat 1,000 kali ganda berbanding di masjid lain. Kecuali di Masjidil Haram mendapat 100,000 kali ganda. Bukan setakat solat tapi untuk semua amalan seperti membaca Al-Quran, Selawat untuk Rasulullah, Tasbih, Tahlil dan lain-lain.
-  Usahakan untuk solat jemaah di Masjidil Haram.
-  Berbuat dosa dan berniat Jahat di Tanah Haram akan mendapat siksa yang paling berat.
-   Tempat mustajab berdoa. Berdoalah, pasti Allah akan perkenankan dengan syarat iman dan yakin. Jangan ragu-ragu. Doa akan di kabulkan dengan 3 cara.
   1. Pada masa itu juga.
   2. Ditangguhkan - Untuk menguji keimanan dan kesabaran. Juga untuk menambahkan pahala kita kerana dengan berdoa kita dapat pahala.
   3. Dikabulkan di akhirat.
-  Minum air zam-zam (Air dari syurga). Banyakkan meminum air zam-zam kerana air zam-zam tiada di tempat lain.
-  Berdoa waktu minum air zam-zam. Doa Nabi Muhammad s.a.w ketika minum air zam-zam ialah agar diberikan ilmu yang bermanfaat, agar dimurahkan rezeki dan agar dapat mengubati segala penyakit. 

Catatan ini adalah berdasarkan tazkirah yang disampaikan melalui serba sedikit catitan yang aku buat ketika itu. Jika ada yang tidak betul harap dapat diperbetulkan agar kita dapat sama-sama memperolehi pengetahun yang berguna. Semoga dengannya kita dapat sama-sama memperbaiki diri untuk mencari keredhaan Allah. Salam hormat buat semua. Have a nice day.

31 comments:

mak encik | SZ said...

alhamdulillah ...
teruskan menulis kak! tak sabar nak baca cerita2 madinah + makkah!

TS said...

alhamdulillah..
happynye dpt peluang ke sane kak..

alin said...

Terima kasih atas perkongsian indah ni kak..

psst, kak, bila tengok org pakai baju merah tudung merah teringat kakak ;)

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Seronoknye Marya baca... Cerita lg ye kak klau ade, keluarkan semua ye! :)))

Lulu Caldina said...

kak fea, busy eh skrg.. blog dah jarang update.. email pon tak berbls.. ^___^

nazayiena said...

Seronok baca perkongsian sis di dlm blog nie,tq so much...

Izwa Kamaruddin said...

Subhanallah...bnyk nyer nikmat Allah bagi..

Kakzakie Purvit said...

Terlalu banyak fadhilat berada di bumi anbiya' Hanis. Sebab itulah bila tiba airmata luruh, balik pun airmata luruh. Sayu yg sukar digambarkan. Rindu pasti menggamit sampai bila-bila.

ps: Teringat tong air zam-zam mengelilingi tiang masjidilharam..

-Sara- said...

subbhanallah..besarnya kuasa Allah..Allahuakbar!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

moga diberi peluang utk kesana mcm sis juga.amin.. =)

Kamalia said...

Treima kasih kak di atas perkongsian yang bermanfaat sangat nih..suka bacanya..

faraherda.razalan said...

Semoga sy punya rezeki utk menjejakkan kaki ke sane...

=D

ummiross said...

Betul tu Hanis, indahnya jika dapat menerima panggilan itu, walau berkali2, masih terasa indahnya.

Dr K said...

teria kasih sudi berkongsi ilmu ni kak....Saya puj berdoa semoga satu hari nanti saya dapat penuhi panggilan Nabi Ibrahim tu...Insya Allah

edane said...

tq for sharing...

boleh dijadikan panduan utk semua umat mansia yg ingin ke sana nanti kan

saniah said...

Baca cerita fea ni terasa nak pergi sekarang jgak...nk berdoa..berdoa dan berdoa di sana..nak lipat gandakan ibadat disana...namun seblum kesana kena jgak bertaubat dan buat persiapan diri ni kan....tu yg tengah duk buat skrg... :) moga cepar masa itu tiba ya :)

Rina Rahamat said...

nice sharing kak fea..moga sy dpt panggilan ke sana jua nnt :)

Unknown said...

terima kasih sudi berkongsi semua ni fea...

moga yus juga akan di panggil Allah ke sana....

seronok betul baca cerita2 fea mengenai Mekah dan Madinah, pengalaman mengerjakan umrah yang sangat seronok di baca...

Dinas Aldi said...

Sayu membaca tentang panggilan itu..

Eye_nee said...

Perkongsian yg cukup berguna dari kamu sis..keinginan setiap insan mahu kesana..mahu melakukan yg terbaik disana....semoga perkongsian kamu ini memberikan manfaat buat mereka2 yg akan kesana..InsyaAllah....

mama maman aka yana said...

seronoknya.... bila la nak gisana jugak

SheeLittleSunshine said...

salam kak hanis..
seronok bila kaka berkongsi dan pengalaman macam nie..
harap suatu hari nanti, dian pun akan berkunjung ke sana dengan mak dan ayah..

Kella said...

alhamdulillah... =')
saya suka baca!!

moga sampai la rezeki saya unutk ke sana juga... insyaAllah..

Nini D.. said...

subhanallah....
seronok sgt baca entry umrah akak nih..
terasa macam nini jugak ada disana

Hanis MY said...

Ya allah byknya ilmu yg hanis dpt terima kasih kak fea!

Darling Pya said...

acu rindu nak ke sana semula :(

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya belum lagi ker sana..insyaallah satu hari nanti saya mesti ke sana juga.

susumanis said...

Alhamdulillah, tqsm for sharing hanis :))

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Mungkin yang tempoh masa Nabi Ibrahim A.S. pada para 2 tu
" Menurut mutawwif, bila kita datang ke Tanah Suci, ianya sama dengan kita menjawab panggilan Nabi Ibrahim untuk datang ke Mekah 600 tahun yang lalu." boleh tukar jadi 6,000 tahun tak? Sebab tahun Hijrah pun dah 1435, ie tempoh hijrah dah 1,435 tahun yang lalu. Sekadar mencadang pembetulan..

Hanis Azla said...

As-salam,

Terima kasih atas teguran.. akan dibetulkan, insyaAllah..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...