Wednesday, June 27, 2012

Umrah dan Ziarah 2012 : Persediaan..

Hari ni nak betulkan sedikit cerita yang aku tulis semalam. Mungkin ada yang salah faham mengenainya dari cara aku menulisnya. Minta maaf ya. Mengenai orang arab tu, bukanlah aku kata mereka tu kasar-kasar. Mereka itu fizikalnya besar-besar dan tegap. Tak macam orang kita yang saiz badan kebanyakkannya kecil. Orang kita yang lemah lembut juga selalunya tidak berapa kuat kalau nak dibandingkan dengan ketegapan mereka ditambah dengan saiz badan mereka. Itu yang kita perlu berhati-hati. Bukanlah nak kata mereka tu kasar. Cumanya, takut kita ni yang tak dapat bertahan kalau berada dalam kelompok mereka. Itu saja. Bab tolak menolak tu, bukan nak kata orang luar saja yang begitu. Orang kita pun ada juga yang begitu. Maklumlah, tempat yang kita nak pergi itu satu tempat yang mulia. Satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Satu tempat yang semua orang mahu berada. Hati orang tak sama. Ada yang boleh menahan rasa teruja. Ada orang yang tidak. Itu yang jadi begitu. Tapi bagi aku, tak perlulah kita tolak menolak. Bersabar dan lebih berhemah itu adalah yang sebaiknya. Tujuan kita mahu ke sana adalah mahu beribadat kerana Allah Taala. Berdoa banyak-banyak agar segalanya dipermudahkan. Kalau ada rezeki kita untuk ke tempat yang baik-baik tu, insyaAllah, kita akan mendapatnya tanpa perlu tolak menolak atau mengasari orang lain.

Sebelum menunaikan umrah, aku memang banyak membaca dan mendengar pengalaman orang lain. Maklumlah, kali pertama. Serba-serbi tidak tahu. Banyak perkara yang tidak faham. Dari pembacaan dan cerita orang lain, dapatlah aku sedikit gambaran sebagai persediaan untuk melakukan ibadat ketika di sana. Alhamdulillah, terlalu banyak perkara yang dapat aku kutip dari cerita-cerita orang lain. Ianya menjadi sesuatu yang berharga buat aku yang baru kali pertama mahu ke tanah suci menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Dari pembacaan dan  cerita orang, ada pelbagai kisah yang aku dapat. Salah satunya mahu aku kongsikan di sini. Aku tak ingat aku membacanya di blog mana. Tapi aku sangat tertarik dengan entrynya yang berbunyi, cerita dari Mekah bagaikan satu pita rakaman yang ceritanya lebih kurang sama dari zaman ke zaman. Di sana, jangan buat itu, nanti.. jangan cakap begini, nanti.. kalau kita begini, nanti.. kalau orang begitu, nanti.. Aku tersenyum sendiri ketika membacanya. Ini kerana, itulah juga versinya yang aku selalu dengar sejak dulu. Kisah benar yang diulang-ulang sehingga kita jadi takut untuk ke sana. Membacanya membuatkan aku berazam sendiri. Aku mahu bercerita yang baik-baik dan yang indah-indah saja bila balik nanti. Kisah benar yang diulang-ulang itu biarlah dari orang lain. 

Tak dinafikan, pada mulanya aku sendiri ada perasaan takut itu. Lebih-lebih lagi selepas dimomokkan dengan kisah benar pengalaman orang lain. Takut juga dengan dosa-dosa sendiri. Dosa dengan Allah sudah cukup banyak. Tak kira lagi dosa dengan suami, emak dan orang-orang disekeliling. Namun, pengalaman indah dari orang lain membuatkan aku tolak tepi perasaan takut itu. Satu nasihat dari temanku membuatkan aku jadi lega dan mahu memperbaiki diri. Kak, niatkan mahu ke sana kerana Allah Taala. Banyakkan buat solat taubat. Banyakkan buat solat hajat minta dipermudahkan segalanya. Perbanyakkan solat-solat sunat. Beritahunya. Ketika di sana ke? Soalku yang blur. Eh, ketika di sini lagilah. Di sana nanti teruskan. Balik nanti pun teruskan lagi. Jawabnya. Alhamdulillah, ianya menjadi nasihat yang sangat berguna untuk diriku. Harap-harap dapat diguna pakai oleh orang lain juga. Bukan sekadar untuk persediaan kita mahu ke tanah suci. Tapi untuk pedoman kita sehari-hari sebagai bekalan menuju kehidupan di akhirat nanti, InsyaAllah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah.

Satu cerita benar lagi indah yang mahu aku canangkan ialah, Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Mencukupi. Allah itu Maha segala-galanya. Subhanallah. Air mata terus mengalir mengingati semua KebesaranNYA. Sebak mengingati semua KebaikkanNYA.  Berdoalah, mintalah, pohonlah dengan sepenuh hati kita tanpa ragu. Allah itu Maha Mendengar. Jika apa yang kita pohon dimakbulkan, Alhamdulillah, bersyukurlah. Jika masih belum dimakbulkan, yakinlah yang Allah itu Maha Mengetahui. Tetap bersyukurlah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja. Semoga keimanan kita akan terus meningkat dengan sentiasa mengingati Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

25 comments:

ummiross said...

Inilah yang terbaik. Allah menjemput kita sebagai tetamuNya,jemputan dari Allah sangat2 istimewa. Tentu persiapan awal sangat penting agar kita bukan sekadar tetamu, tetapi tetamu yang 'diraikan'olehNYa, bila pulang akan masih terasa-rasa nikmatnya..

Izwa Kamaruddin said...

Entry terbaik kak....sebak membaca nyer...

susumanis said...

Allah swt itu penuh dengan kasih sayang yang tak bertepi..lagikan syaitan yang derhaka dan non muslim yang x mahu sujud padanya diberi rezeki dan rahmat, apa lagi kita yang selalu sujud padanya kan hanis..

faraherda.razalan said...

Alhamdulillah, Allah permudahkan setiap urusan akak sepanjang di sana.

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Marya menangis bila baca paragraph yg terakhir tu... Laju airmata turun dipipi... Indeed, smmgnya saya sebak bila mengingati segala kebaikan dariNYA buat diri sy ni... KurnianNYA yg seolah-olah tdk pernah sy syukuri... Ya ALLAH... :'(

Pernah juga dgr dan baca ttg kisah2 benar tersebut tp ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Mengasihani... Dia tahu yg terbaik buat hambaNYA, siapa yg di atas muka bumi ini yg tdk berbuat dosa? Siapa yg sempurna amal & ibadahnya? Kecuali para Nabi & insan2 terpilih di sisiNYA shj... Kalau krn kisah2 itu kite takut menjejakkan kaki ke sana alangkah ruginye...

Nasihat kwn kak tu byk benarnye... kena byk2 buat solat taubat... Marya tak sempat nak baca kisah sblm ni... Tp melalui pengalaman Marya org Arab ni mmg agak kasar sedikit... Mereka ni mmg ada sombongnya sedikit tp kita tak boleh nak nilaikan semuanya pun begitu... setuju dgn akak, org kite pun apa kurangnye... Wallahualam...

♥MAMASYAZA♥ said...

tanpa disedari airmata mengalir bila baca n3 ni

Eye_nee said...

Itulah Iman kan sis...Mendegar pelbagai cerita buatkan kita rasa takut...sehinggakan akk pernah mendengar..Ada insan yg tidak dapat melihat tersergamnya KAABAH itu...Sebak hati membacakn perenggan yg terakhir itu..betapa Allah itu bersedia memaafkan kita hambanya ini..masih lagi membuka pintu taubatNYA buat kita...sedangkan kita masih tetap terus melakukan apa yg menjadi larangannya....

TS said...

indahnya perasaan tu kak..
alhamdulillah dipermudahkan segalanya,..

Qhaifa Nur said...

dengar citer dari mak sendiri yang dah kesana, pertuturan kena jaga..
balasannya sekelip mata...

apa yang diciter dijadikan pedoman buat saya juga..

-Sara- said...

indahnya kenangan akak kat sana ye..alhamdulillah sume dipermudahkan oleh Nya :)

Ati Masrif said...

seronok baca n3 ini

Allah memang maha segalanya jika
tidak di berikan apa yg kita pohon
lani mesti ada hikmah di sebaliknya :)

nazayiena said...

Syukur alhamdulillah Sis dah melalui pengalaman sbgi tetamu Allah,semoga Nurul suatu hari nanti akan ke sana juga.

Rina Rahamat said...

org kita kasar bila kat jalan raya kot hihi


yerla kak kita dpt peluang pegi sana dah alhamulillah kan..kalau kita rs takut dgn segala dosa kita minta ampun dgn Allah bnyk-bnyk..sy pon selalu baca kisah org kat mekah yg kena balasan Allah (dekat mastika)..sekurang-kurangnya cerita begitu menginsafkan kita juga

Dr K said...

yup, macam macam cerita, even dalam TV pun dipaparkan Allah 'bayar cash' kalau buat onar di Tanah Suci..

ps: kalau anak akak tu dah 3 hari sakitkepala teruk, bawak jumpa doc..check matanya, blood pressure nya..maybe bukan denggi...maybe sakit kepala biasa..maybe migraine...byk diagnosis nya..kena jumpa doc ya..;)

Murni Alfathunnisa said...

saya baca entry ni dengan penuh rasa keinsafan...

apdm said...

salam..

org arab tu mmg tegap tp bukan ganas, mungkin org x faham apa yang kita nak sampaikan tu kot..

yea..mintalah pada Dia apa sahaja, pasti semua akan diipenuhi.

mummY daniSha said...

thanks for sharing kak

sisdee said...

alhamdulillah..seronok baca pgalaman tiap org ke sana..mudah2an Allah permudahkan niat saya ke sana juga :)

+ e.z + said...

kalo dh sampai seru kami, eB nak kontak u la... byk yg nk tanyer. :)

Unknown said...

sebak. teringinnya kesana :)

LYAfrina said...

menarik.. sebelum kesana..mmg kna bersedia drp banyak pkara kan..tq for sharing kak.. moga..lya pon bksempatan utk ke sana

Dinas Aldi said...

Akak pun sama kalau nak pi mana2 mesti nak baca & cari informasi banyak2 pasal tempat tu, nak tambah pengetahuan sebelum ke sana. Tambah kalau nak ke Tanah Suci, lagi la ketaq lutut, lagi banyak nak membaca.

maya amir said...

dah lama tak masuk sini.. rasa sejuk hati bile baca ni:).. sgt2 teringin nak ke sana..belum ade rezeki..insya Allah satu ari nanti..amin..

wahida said...

sebaknya baca....
makin sebak bila baca perenggan terakhir tu...

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...