Salam buat semua..
Masih tak habis lagi nak bercerita tentang pengalaman umrah. Catatan yang sebenarnya untuk diri sendiri. Mengenangnya adalah sangat indah, sehingga terasa mahu membuat catatan lagi dan lagi mengenainya.
Suhu di Mekah pada waktu kami di sana (31 Mei~5 Jun) adalah sekitar 40~45 darjah celcius. Pernah juga mencapai 49 darjah celcius. Ada yang kata panas tu. Memanglah panas. Tapi yang indahnya, dapat berehat di bilik berhawa dingin yang sejuk dan selesa pun masih tetap ada rasa mahu ke Masjidil Haram juga melalui cuaca panas dengan suhu yang sebegitu. Tarikan untuk berada dekat dengan kaabah adalah lebih kuat dari memikirkan soal suhu yang panas. Panas memang terasa tapi keseronokkan untuk berada di Masjidil Haram, beribadat di dalamnya, bertawaf dikeliling kaabah atau sekadar memandang kaabah adalah lebih dirasai. Subhanallah.
Di bilik hotel, saluran tv pilihan kami ialah siaran langsung di Masjidil Haram berserta dengan bacaan ayat suci Al-quran. Indahnya melihat keadaan di sekitar kaabah, indahnya melihat orang bersolat, indahnya melihat orang bertawaf, indahnya melihat orang bersaie. Jadinya, bila sampai ke bilik untuk berehat, hati mula rasa melonjak balik untuk kembali ke masjidil haram. Hati mula cemburu melihat orang lain boleh berada di luar dengan suhu yang panas. Seronok berada di bilik yang sejuk dengan penghawa dingin tapi lebih berganda seronoknya bila berada di Masjidil Haram. Subhanallah, perasaan yang sangat indah bagiku. Tarikan yang sangat kuat untuk beribadat ketika di sana.
Alhamdulillah, kami dapat merasa hujan di sana. Petang isnin, selepas solat asar, waktu kami keluar dari Masjidil Haram, hujan turun. Kelihatannya, ramai yang menadah tangan berdoa dengan wajah yang cukup seronok. Kami juga ikut meredah hujan untuk balik ke hotel. Beberapa waktu melalui cuaca yang panas, adalah sangat nikmat bila hujan turun.
23 comments:
sayu je tiap kali baca...
alhamdulillah selamat sampai kesana
As salam Kak Fea,
Perasaan yg pastinya sukar digambarkan... Terbayang-bayang pula diri Marya seolah-olah berada di sana... Nikmat yg pastinye tiada tolok banding! :))
Moga2 saya juga berpeluang merasainya... Kak, mohon doakan ye! :)
Alhamdulillah kalau tarikan ke Masjidil Haram lagi kuat walaupun suasana bilik dingin dan nyaman, berbaloi pergi kalau hati penuh dengan keinginan untuk beramal ibadat,anugerah Allah, Alhamdulillah.
alhamdulillah, hujan rahmat ye kak hanis :)
Time panas panas macam tu, mmg laku kan aiskrim mekah tu..hehehe..akak try tak?
seronok bc kisah umrah akak...:)
doakan rezeki sy plak utk kesana...:)
Rindukan rumah Allah terlalu nikmat rasanya kan hanis, semoga ada rezeki kita dijemputa Allah swt berkunjung lagi untuk buta haji pula , insyaAllah....
Allahuakbar...
saya bayangkan saya pulak berada kat sana...
Salam,
Begitulah selalunya kenangan di tanah suci Makkah dan hati akan rindu untuk ke sana selalu.
kalau kt sana rsnya hati kita terikat nk beribadah selalu kan
lambaian Kaabah tu maha hebat!
tak terlawan aircond...
ala kat rumah pun ada kan...hik3
seronok baca pengalaman umrah ni ..
hujan rahmat lah kiranya tu ya fea...alhamdulillah.
Terasa macam yus juga berada di sana.
Ceritalah lagi seberapa banyak pun, seronok yus membacanya....
salam..
moga lepas ni rasa rindu lagi dan dpt pergi lagi..
seronok baca citer akak....:)
Terkedu membaca....
Alhamdulillah..
yang membaca pun turut sama merasai keindahan itu...subhanallah..
Rasa terbayang2 di mata bila baca entri Hanis nih :)
org kata kat sana panas tapi di dingin betul ker?
teringin sgt menjejak kan kaki disana...
mmg betol masa hujan di mekah sy berada di situ , ya allah
Allah's Messenger (ﷺ) said, "(The performance of) `Umra is an expiation for the sins committed (between it and the previous one). And the reward of Hajj Mabrur is nothing except Paradise."
Book Umrah Travel Package
Post a Comment